31 mei
Dalam bas
8. 30 pagi
Assalamualaikum
diari,
Sekarang
ni aku on
the way ke Sg.
Congkak. Ada kem persekolahan. Kem
hanya untuk pelajar tingkatan
5. Siapa yang berminat
sahaj a yang pergi.
Aku sebenarnya memang
tak berminat dengan
kem-kem ni. Tapi aku
dipaksa sebab aku penolong
ketua kelas. Ni
semua mangkuk nasi kandar
tu punya pasallah. Dia
yang beritahu ustaz yang aku
tak nak
ikut. He is so
dead!! Leceh betullah. Satu benda
lagi, Miss Princess Air Longkang ni ( Tengku Mia) tak
habis-habis jeling kat
aku. Apa yang
dia tak puas
hati?? Kang aku tonyoh
cili merah kat
mata dia baru
tau. Biar buta
terus :P
Sekian...
8. 41 pagi
Nia Athirah pantas menutup diarinya lalu menyumbat ke dalam beg sandangnya, takut ada yang nampak dia menulis diari. Jatuh saham aku. Athirah membetulkan tudungnya. Hesy, rambut ni asyik terkeluar aje lah. Tak sayang ke kat aku ni yang bakal menerima azab yang pedih sekiranya rambut ni sibuk nak terjojol ke luar?
Satu keluhan bosan dilepaskan. Ni lah satu sebabnya dia tidak mahu mengikuti perkhemahan ini; perjalanan yang jauh dan bosan. Matanya melilau sekeliling bas itu. Semua orang sedang nyenyak tidur kecuali pemandu bas. Athirah menoleh ke sebelahnya lalu terlongo besar dengan mata yang terbeliak.
Afiza sedang khusyuk tidur sampai ternganga-nganga siap berdengkur pulak tuh. Aiseh... minah ni, tidur ke nak makan? Punya lah besar mulut Afiza ternganga. Habis kerusi bas itu terkena air liur basi Afiza yang berbaur lagi pekat itu. Mak aii, pagi tadi kau tak berus gigi ke Afiza?!!
Athirah mengeluarkan beberapa helai tisu lalu mengelap air liur yang meleleh di tepi mulut dan pipi kawannya itu. Kemudian dia mengelap kerusi bas itu supaya tidak berbau. Setelah siap mengelap, tisu itu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan, Athirah melelapkan matanya. Semua orang tidur aku pon nak tidur.
Dia tidur beberapa minit sahaja kemudian dia terjaga dek kerana terasa kerusinya ditendang beberapa kali. Athirah terpisat-pisat matanya sambil menahan menguap. Athirah meneguk air daripada air botolnya. Tetiba....kerusinya ditendang sekali lagi. Hampir tersedak dia dibuatnya. Athirah menutup botol itu lantas memaling ke belakang untuk melihat malaun mana yang kuang hajor sangat nih.
Terbeliak mata gadis itu tatkala melihat wajah ‘malaun’ yang menendang kerusinya. Mendidih satu badannya. Athirah menggenggam tangannya ke bentuk penumbuk. Geram sungguh dia dengan lelaki bernama Irfan Iskandar itu. Mamat ni kalau sehari tak menyusahkan hidup aku agaknya dia tak boleh hidup kot.
“ Apa kau nak?” tanya Athirah kasar tetapi perlahan, takut mengganggu cikgu-cikgu dan pelajar yang sedang tidur. Irfan Iskandar memeluk tubuh lalu tersenyum mengejek. Suka hatinya bila dia dapat membuat gadis itu marah. Dia tahu Athirah semarah mana pun dia, dia tidak berani mengambil tindakan agresif.
“ Dah bangun dah?” usik Irfan. Athirah dah berasap dah.
“ Macam tu ke cara nak kejutkan orang? Tak boleh kejutkan elok-elok ke? Kau takde adab ke hah?” bentak Athirah. Irfan Iskandar ketawa kecil apabila mengenangkan cara dia nak kejutkan gadis itu.
“ Dah tu kau nak aku kejutkan kau macam mana lagi? Aku panggil kau banyak kali kau tak bangun-bangun pon, aku buat lah cara aku. Takkan aku nak cium kau baru kau bangun. Haram hukumnya. Tapi kalau satu hari nanti kau dah jadi isteri aku, aku kejutkan kau macam tu,” Irfan masih tak puas-puas mengusik musuhnya itu.
‘ Arghh! Kenapa lah malang sungguh nasib aku? Kenapa mesti aku yang merana disebabkan model iklan asam jawa ni? Erk..silap, model iklan asam Korea,’ rungut Athirah dalam hati. Athirah merenung geram wajah seterunya itu.
“ Kau jangan merepek boleh tak? Jangan nak perasan aku akan jadi isteri kau. Aku lebih rela terjun longkang daripada buat kerja gila tu. Dah, dah, kau tak payah nak senyum-senyum macam tu, sakit jiwa aku menengoknya,” tukas Nia Athirah sebelum berpaling semula ke hadapan. Lagi dilayan mangkuk Korea tu bertambah sakit jiwa aku nih. Athirah menghembuskan nafas. Kononnya nak hembus ke luar asap-asap marahnya.
Lelaki berkacukan Korea itu tersenyum sinis seraya menjengukkan kepalanya ke tepi sedikit untuk melihat musuhnya di seat hadapannya. Kelihatan gadis itu sedang mendengar sesuatu dari Ipodnya. Bertambah lebar senyuman lelaki itu. Irfan mengeluarkan sehelai kertas dan dikoyakkan sedikit hujung kertasnya lalu dijadikan bentuk bola kecil. Bola kecil itu kemudian dilontar ke tempat Athirah.
Athirah tersentak apabila bola kecil itu jatuh di atas ribanya. Tak payah pusing belakang, dia sudah tahu siapa dajjalnya. Siapa lagi kalau bukan mangkuk bertingkat made in Korea tu. Tanpa menoleh ke belakang Athirah melontar semula bola kecil itu ke belakang.
Berbunga hati Irfan bola kecilnya itu dilontar semula oleh musuhnya. Namun dahinya berkerut apabila bola kecil itu tidak sampai kepadanya sebaliknya termasuk ke dalam mulut Izadeel yang tengah berdengkur disebelahnya. Izadeel terus terjaga tatkala terasa sesuatu di belakang tekaknya. Terbatuk-batuk budak tu. Irfan kaget lalu cepat-cepat dia memejamkan matanya, berpura-pura tidur.
Izadeel tertelan benda yang tersekat dikerongkongnya. Berair matanya terbatuk-batuk tadi. Dia mengusap lehernya sambil keningnya bertaut. ‘Apa benda yang aku tercekik tadi? Air liur aku ke?’ fikir Izadeel lalu memandang ke siling bas, takut kalau-kalau ada cicak yang berak. Izadeel meggaru kepalanya yang sememangnya tidak gatal.
Irfan pulak bersusah-payah menahan ketawa daripada tersembur keluar. ‘Adeyy, Minah Kepoh salah target lah. Bola kau termasuk lubang maut. Dah lenyap dihadam perut Izadeel. Hahaha .’
Sebaik sahaja mereka tiba di tempat perkhemahan, cikgu sudah membahagikan tugas. Setengah daripada pelajar perempuan perlu menolong cikgu meyediakan makanan, setengah lagi ditugaskan mendirikan khemah. Pelajar lelaki pula ditugaskan untuk mengambil air dan mencari kayu api. Athirah dan Afiza terkial-kial mendirikan khemah tetapi akhirnya mereka berjaya juga mendirikan satu khemah.
Selepas makanan sudah siap dimasak, mereka semua menjamah dengan lahap sekali. Tidak lama kemudian mereka menjamak dan mengqasarkan solat Zuhur dan Asar secara berjemaah. Diimamkan oleh cikgu Saiful. Cikgu membenarkan para pelajar untuk berehat di dalam khemah masing-masing. Aktiviti bermula pada waktu petang.
Aktiviti hari pertama-
“ Fiza! Janganlah tarik aku,” Athirah separuh menjerit kepada Afiza yang menarik-narik lengannya. Tatkala itu pelajar perempuan perlu merentas air sungai yang deras dan sejuk itu. Afiza dibelakangnya dari tadi sibuk memaut pada lengannya. Manakala pelajar lelaki pula menjalankan aktiviti ditempat lain.
“ Weh, Nur kau ni jangan lah tolak-tolak aku, nasib baik aku tak tergelincir tau,” tempelak Afiza dengan kuat. Pekak telinga Athirah karang. Namun begitu tiada siapa yang kisah betapa kuatnya suara Afiza sebab semua pelajar perempuan terjerit-jerit, ada juga yang terkulat-kulat takut nak merentas air yang sangat deras itu.
“ Yang kau tu tarik-tarik aku apa kes?” marah Athirah. Hampir saja dia tergelincir dek kerana ditarik Afiza.
“ Aku takut lah Nur. Jangan tinggalkan aku,” lirih Afiza. Athirah terhenti seketika lalu menoleh ke belakang. Daripada nada suara Afiza, dia dapat menangkap ada ketakutan. Baru dia teringat kenapa Afiza fobia dengan sungai. Arwah abang Afiza meninggal dunia dihanyut sungai yang deras. Afiza hampir lemas namun dia sempat diselamatkan oleh adik Athirah, Adrian.
Ketika itu mereka berumur 13 tahun.
Athirah menggenggam tangan sahabatnya lalu tersenyum kecil. “ Aku takkan tinggalkan kau, kawan. Jom kita sama-sama menghadapi cabaran ni. Tapi kau kena jalan, aku tak boleh carry kau. Patah tulang belakang aku karang,” sempat Athirah berseloroh. Afiza ketawa kuat. Athirah ikut ketawa. Pelajar-pelajar yang lain semua pandang pelik ke arah dua orang sahabat itu. Apa kena dengan budak dua orang ni tadi punyalah terjerit-jerit sekarang boleh pulak dia orang ketawa. Dah sawan ke apa?
“ Weh, Minah Kepoh!” serta-merta dua orang sahabat itu berhenti ketawa. Athirah dan Afiza saling berpandangan. Dalam fikiran mereka bermain persoalan yang sama. ‘ Aku dah gila ke apa? Tak silap aku , tu suara mangkuk Korea,’ bisik hati Athirah. Perlahan-lahan dia menoleh mencari empunya suara.
Sah memang aku tak gila lagi. Telinganya tidak tersalah dengar. Ditebing sungai kelihatan Irfan Iskandar dan Izadeel serta beberapa lagi pelajar lelaki tercegat di situ, memerhatikan mereka. Irfan tersengih-sengih.
“ Korang buang tabiat ke, gelak macam pontianak?!” pekik Izadeel pula. Athirah dan Afiza mendongkol geram dan menjeling dua orang musuh mereka itu. Mereka berdua menyambung merentas sungai untuk sampai ke seberang sungai.
“ Siap lah kau Sambal Belacan dan Asam Korea, aku goreng korang jadi ikan masak gulai masak asam korea, dicicah dengan sambal belacan. Korang tunggu je lah aku sampai ke seberang sana,” Athirah membebel. Afiza hanya tersenyum lebar menahan ketawa. Kawannya tu memang panas baran sikit.
“ Awalnya budak lelaki dah habis aktiviti dia orang,” gumam Afiza perlahan.
“ Tau takpe. Baik kita cepat sebelum dia orang melihat bentuk tubuh badan kita,” balas Nia Athirah perlahan. Baju mereka melekat pada tubuh badan mereka dek kerana basah kuyup. Nia Athirah dan Afiza Batrisyia bersungguh-sungguh merentas derasan air sungai itu.
Entah mana silapnya, Afiza tergelincir dan terlepas tangan Athirah. Afiza lemas di dalam air.
“ Nur, tolong!” teriak Afiza sebelum air masuk ke dalam mulutnya. Athirah cemas namun cepat-cepat dikawal. Lalu Athirah berenang selaju mungkin ke arah Afiza yang tergolek-golek dalam air. Tangan Athirah menggenggam sekuat-kuatnya lengan Afiza.
Pelajar-pelajar yang lain turut cemas. Dua orang pelajar lelaki berlari untuk mendapatkan cikgu lelaki. Cikgu perempuan dah takde idea nak buat apa. Izadeel berdebar-debar jantungnya bagai nak rak. Dia terbeliak matanya. Irfan pula tetap dengan gaya coolnya memerhatikan Athirah yang sedang menyelamatkan Afiza. Takde perasaan ke mamat nih? Dalam situasi yang tegang sebegini pun dia masih nak poyo dengan kemachoannya.
Tengku Mia yang melihat situasi itu terus berpura-pura lemas. “ Help!! Somebody help me! Irfan!! Help!” teriak Raja Mia. Hey.. minah lintah ni, dalam keadaan macam ni pun sempat nak cari perhatian.
Terkejut beruk Irfan mendengar pekikan gadis itu yang mengalahkan pontianak. Dia sempat berpandangan dengan Izadeel yang sedang cuak tahap gaban. Irfan terpaksa terjun ke dalam sungai untuk selamatkan Tengku Mia.
Nia Athirah menarik Afiza dengan kuat untuk melawan arus sungai. Afiza cuba mencapai huluran tangan Nuha dan beberapa lagi pelajar perempuan yang berada di tebing sungai. Nuha dan kawan-kawan yang lain menarik Afiza naik ke tebing. Mereka cuba mencapai Athirah yang turut menghulurkan tangan.
Tiba-tiba Athirah tersilap langkah lalu terjatuh lemas ke dalam sungai. Dia tidak berdaya lagi untuk melawan. Kepalanya terhantuk pada batu-batu di dalam sungai itu. Berdenyut-denyut rasanya. Dia hanya mampu berdoa dalam hati kepada Allah untuk selamatkannya. ‘Ya Allah adakah begini caranya aku akan kembali kepada-Mu, Ya Allah?’ lirih Athirah dalam hati.
“ NUR!!!” Afiza meraung sekuatnya. Izadeel, Dzul dan semua pelajar lelaki berlari menghampiri Afiza dan pelajar perempuan. Seorang pelajar lelaki tetiba terjun ke dalam air lalu berenang dengan laju ke arah Athirah yang hanyut dibawa arus. Dia berjaya mencapai lengan Athirah yang sudah tidak sedarkan diri.
Izadeel, Nuha dan Afiza dah ternganga melihat tubuh Athirah yang berada dalam pelukan lelaki itu. Lelaki itu dengan gagahnya melawan arus sungai. Irfan yang sedang membawa Tengku Mia ke tebing turut terhenti sambil memerhatikan Athirah dan Si Hero. Tengku Mia pulak mengambil kesempatan untuk memeluk tubuh Irfan.
Lelaki itu meletakkan Athirah dengan hati-hati ke lantai setelah mereka selamat sampai ditebing. Ly Zhi meriba kepala Athirah yang tidak bertudung itu. Entah ke mana hanyutnya tudungnya itu. Nuha yang masih waras ketika itu lantas berlari ke khemahnya. Afiza mendapatkan kawan baiknya itu.
“ Nur, Nur bangun weh,” lirih Afiza. Dia menangis kerana tidak tahan sebak di dada. Betapa takutnya melihat kawannya hanyut dalam arus. Dia menepuk-nepuk pipi Athirah yang masih tidak menyedarkan diri. Afiza Batrisyia yang memang sudah takut sehingga tidak terkata terus menampar kuat pipi Nia Athirah.
GASP! Semua yang berada disitu terpaku seketika. Lebih-lebih lagi Ly Zhi yang terkenal dengan sikapnya yang lemah lembut.
Allah... terus tersedar kawannya tu. Terkejut agaknya kena penangan kawan sendiri. Nia Athirah terbatuk-batuk mengeluarkan air. Afiza mengucapkan syukur lalu memeluk erat sahabatnya itu. Seketika kemudian Nuha muncul membawa satu tuala yang besar. Tuala itu bagi menutupi kepala dan badan Athirah. Nuha juga memeluk Athirah.
“ Alhamdulillah kau selamat Nur. Kenapa kau nih? Kenapa kau selamatkan aku? Kau buat aku cuak je tau tak?” Afiza marah sambil air matanya keluar. Athirah tersenyum lemah.
“ Sebab kau sahabat aku dunia dan akhirat. Takkan aku nak biarkan kau lemas?” balas Athirah lemah. Afiza dan Nuha tersenyum. Suka dapat mendengar suara Athirah. Nuha membisikkan sesuatu ke telinga Athirah. Lalu Athirah mendongak menatap wajah heronya. Lelaki itu berkulit cerah dan rambutnya yang basah diraup ke belakang. Lelaki itu menguntumkan senyuman kepada Athirah. Athirah membalas seadanya.
“ Thanks,” ucap Athirah perlahan.
“ No problem. That was a brave thing you did for your friend there. Risking your life for hers,” balas lelaki itu. ‘Ek eleh speaking pulak hero aku ni. Takpe lah baru nampak real macam dalam movie omputih tu,’ dalam keadaan sakit-sakit macam ni pon sempat dia berangan. Nia, Nia..
Irfan dan Tengku Mia juga selamat sampai di tebing. Kawan-kawan Tengku Mia mengepung mereka berdua.
“ Mia, you okey ke?” tanya salah seorang konco Tengku Mia yang bernama Hana. Tanya kuat-kuat pulak tu. Saja nak tarik perhatian orang yang sedang mengepung Nia Athirah. Athirah dan yang lain memandang ke arah Irfan yang mendukung Tengku Mia. Terkebil-kebil mata mereka.
Irfan sebenarnya rimas dipeluk oleh Tengku Mia. ‘Dah lah berat minah ni, sakit tulang belakang aku,’ rungut Irfan dalam hati. Sebaik saja dia menyedari dia menjadi perhatian orang ramai, Irfan cepat-cepat melepaskan tubuh Tengku Mia, dia sudah tidak tahan mendukung perempuan itu.
Sewaktu itu cikgu-cikgu lelaki baru sampai dengan beberapa orang pelajar lelaki. Mereka terpinga-pinga seperti rusa masuk kampung. Cikgu-cikgu perempuan menceritakan segalanya kepada mereka. Lepas tu dia orang terangguk-angguk.
“ Pelajar yang lain boleh balik ke khemah masing-masing. Salin baju. Pelajar perempuan tolong cikgu sediakan makanan lepas dah salin baju,” cikgu Maizatul memberi arahan kepada para pelajar.
Beberapa orang cikgu berlari mendapatkan Tengku Mia dan Nia Athirah. Tengku Mia mengerang perlahan dijatuhkan oleh Irfan. Sebal bontotnya. Hana, Diana, Katrina dan Juliana memeluk Tengku Mia. Tak tau lah sama ada mereka betul-betul takut atau itu hanya lakonan semata-mata.
“ Thank you Irfan. You dah selamatkan I,” dengan manja Tengku Mia mengucapkan terima kasih. Irfan dah meremang bulu romanya mendengar nada suara perempuan yang pelik itu. Macam witch aje. Tanpa berkata apa-apa, Irfan terus mengorak langkah ke arah khemahnya. Pelajar-pelajar yang lain hanya menghantar pemergian lelaki itu dengan mulut terlongo.
“ Bila masa lah pulak Princess Cacing Lintah tu lemas?” rungut Afiza, makin meluat dia menengok Si Mia tu. Pelajar yang mendengar rungutan itu tergelak kecil mendengar nama gelaran yang diberi kepada Tengku Mia. Nia Athirah juga tergelak.
“ Eh, kau cakap tak baik panggil orang macam tu. Sekarang ni siapa yang lebih-lebih? Tu lah kau, semak borang, goreng kaki kiri, nasihat orang, dia yang tak sedar diri,” tembak Athirah. Nuha dan Izadeel serta Si Hero terkebil-kebil mendengar pantun empat kerat karya Nia Athirah itu.
“ Diam lah, Nur Nia Athirah. Panggilan yang aku bagi tu okey lagi daripada panggilan yang kau bagi. Princess Air Longkang,” bentak Afiza, siap sebut nama penuh Athirah pulak tu. Tidak mahu kalah. Cikgu Fatimah segera bersuara sebelum dua orang sahabat itu mula bertengkar.
“ Dah cukup. Afiza, kawan kamu ni tak sihat, jangan dilayannya sangat. Athirah kawan kamu ni pun dah tak betul jadinya melayan kerenah kamu,” sindir cikgu Fatimah yang juga merupakan cikgu Biologi mereka. Athirah dan Afiza tersengih.
Athirah mengerang kesakitan tatkala dia mahu bangun. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Dia memegang kepalanya. Rasa melekit. Apa benda ni? Nia Athirah berkerut-kerut dahinya melihat darah yang banyak di telapak tangannya. Afiza disebelahnya tiba-tiba jatuh terkulai.
“ Eh, kenapa dengan Afiza ni? Tetiba pengsan?” kecoh Ly Zhi. Agaknya dia dah muak tengok orang pengsan hari ni. Athirah melepaskan keluhan bosan.
“ Dia pantang tengok darah,” jawab Athirah, meredakan keadaan. Afiza sejak kecil tak boleh tengok darah banyak, gerenti pengsan 40 hari 40 malam. Gurau je lah.
“ Izadeel, Fareez, kamu berdua tolong bawa Afiza ke khemah. Tasneem, Sofea dan Jaclynn,” (bukan Jaclynn Victor ye, walaupun suara dia macam Jaclynn Victor) cikgu Fatimah mengerling satu persatu wajah orang yang disebut, sebelum bersambung, “ Kamu bertiga temankan Afiza nanti cikgu datang. Cikgu nak rawat Athirah dulu.”
Izadeel dan Fareez sama-sama mengangkat tubuh Afiza. Ala...bukannya berat pun Si Afiza tu sampai nak dua orang kena angkut dia. Dharshini, Sofea dan Jaclynn mengekori dari belakang.
“ Ly Zhi, Nuha, kamu berdua temankan Athirah, cikgu nak pergi ambil first aid kit kat dalam-,” belum sempat ayatnya dihabiskan cikgu Biologi itu sudah berlari meninggalkan mereka bertiga.
Nia Athirah merehatkan kepalanya di atas riba Ly Zhi. Dia merenung wajah Nuha yang berwajah Cina-India. Cindian. Gadis itu sangat comel, nampak sebiji macam Melayu cuma pelat sikit. Nuha dan keluarganya telah memeluk Islam 2 tahun yang lalu.
“ Nuha, tadi mamat yang selamatkan aku tu siapa?” soal Athirah perlahan. Nuha merenung ke dalam anak mata Athirah, hanya bertemu dengan kekeliruan yang terdapat dalam sepasang anak mata coklat pekat itu.
“ Dia tu budak baru. Takkan kau tak ingat dia?” soal Nuha balik. Bertambah kerutan di dahi Athirah. ‘ Ingat? Aku pernah kenal ke mamat tu?’ desis hati Nia Athirah. Mukanya blur aje.
Nuha menaikkan anak matanya ke atas lalu melepaskan keluhan bosan. Dia sudah mengagak reaksi kawannya itu. Kadang-kadang dia sendiri pelik dengan sikap Athirah. Nak katakan pelupa tak jugak sebab Athirah boleh mengingat semua fakta dan ilmu yang dipelajarinya. Misteri sungguh gadis bernama Nur Nia Athirah binti Mohd Hafiz.
“ Kau ingat tak sewaktu kita darjah 6, Zaffri and the geng suka kacau kau. Dan ada hero kau datang menyelamatkan kau?”ujar Nuha, cuba mengingatkan Nia Athirah. Athirah mengebilkan matanya sekejap lalu bibirnya dibentukkan ‘O’ dan jari telunjuknya naik.
“ Budak tembam tu ke? Yang-...yang suka menyapu kelas tu ke?” Athirah sedikit teruja sehingga terlupa yang kepalanya masih sakit. Nuha mengangguk, mengiyakan soalan Nia Athirah.
“ Ye, nama budak tu Luqman Hakeem.”
“ By the way, budak tu yang suka tolong you menyapu kelas Athiyah,” tambah Ly Zhi yang sedari tadi hanya mendengar. Sudah hampir 3 tahun berkawan dengan Ly Zhi, gadis itu masih tersalah sebut nama Athirah, jadi Athiyah pulaknya.
Nia Athirah tersipu malu apabila mengenangkan masa lamanya. Setiap kali dia menyapu kelas, pasti Luqman Hakeem akan memegang penyodok untuk membantunya. Dia teringat satu sekolah menggelarnya dan Luqman Hakeem ‘ Sweet Couple’. Waktu itu, dia masih belum matang, jadi dia tidak kisah orang gelarnya begitu. Tapi kalau sekarang, memang kiamat dunia orang yang menggelarnya macam tu.
“ Dah kurus dah budak tu,” Athirah gumam perlahan.
“ Yelah, kan 4 tahun dia menghilang, mestilah dia jaga badan dia. Nampak tough je. Makin hensem pulak tu,” balas Nuha.
“ He’s quite charming,” sampuk Ly Zhi, bunyi dah macam orang angau. Nia Athirah tersenyum-senyum sambil otaknya mencerna nama Luqman Hakeem. My Hero... namun banyak lagi persoalan yang berlegar dalam benaknya.
Pada malam itu, aktiviti mereka masih dijalankan. Semua pelajar dan guru terlibat dalam aktiviti itu... kecuali Nia Athirah, Afiza Batrisyia dan dua orang guru yang ditugaskan menjaga mereka bertiga sepanjang malam. Sepatutnya Tengku Mia tidak dibenarkan mengikuti aktiviti malam itu tetapi atas desakan dan kedegilannya mahu menyertai, cikgu terpaksa membenarkan jua.
Mereka duduk berkumpul sekeliling unggun api ditengah. Terdapat 19 pelajar lelaki dan 13 pelajar perempuan tidak termasuk dua orang yang dikecualikan. Semua pelajar yang ada disitu wajib membuat persembahan menunjukkan bakat masing-masing dihadapan mereka semua.
“ Siapa nak mula dulu? Perempuan atau lelaki?” cikgu Basri bertanya. Pelajar perempuan menuding ke arah lelaki, lelaki pula menjerit, “ Perempuan!” Cikgu Basri menjulingkan anak matanya ke atas, gaya orang bosan.
“ Siapa rasa dia lelaki angkat tangan,” ujar cikgu Basri. Semua lelaki angkat tangan.
“ Okey, lelaki mula kan dulu, sebab semua lelaki angkat tangan,” putus cikgu Basri. Kedengaran pelajar lelaki mengeluh manakala pelajar perempuan ketawa kecil. Irfan sahaja yang relaks. Sejak petang tadi dia tidak bercakap apa-apa. Sepatah pun tidak. Diam aje.
Pelajar lelaki yang pertama memulakan aktiviti itu membuat persembahan shuffle. Terrer jugak. Ramai yang bersorak untuknya. Kemudian pelajar lelaki seterusnya mempersembahkan bakat yang tersembunyi. Ada yang buat hip-hop dance, ada buat miming dan sebagainya. Persembahan mereka sangat menghiburkan.
Sepanjang persembahan itu Irfan Iskandar langsung tidak menumpukan perhatian. Dia sibuk mengumpul daun-daun kering yang terdapat disitu lalu dikoyakkan kepada cebisan daun. Sekali-sekala anak matanya memerhatikan barisan pelajar perempuan. Izadeel dan Dzul yang berada dikiri kanan Irfan, saling berpandangan dan menjongket bahu masing-masing.
“ Kenapa dengan kau, Fan?” tanya Izadeel. Pertanyaannya dibiar sepi. Irfan masih dengan permainan koyakkan daun. Wajahnya seperti orang yang tiada perasaan. Kosong saja.
“ I shouldn’t have saved her but I should have saved her,” Irfan gumam perlahan. Antara dengar tak dengar. Namun tetap sampai ke pendengaran Dzul. Dzul mengerutkan kening. ‘Siapa her? Tadi Irfan selamatkan Tengku Mia dan sekarang dia cakap yang dia tidak patut selamatkan Tengku Mia tetapi selamatkan...,’ Dzul cuba menyelesaikan teka-teki rekaan Irfan.
Dzul menangkap mata Irfan yang melirik ke arah pelajar perempuan. Dia turut mengikut perbuatan Irfan. Matanya dikecilkan seraya memikirkan jawapan kepada teka-teki Irfan.
‘Irfan tidak memandang ke arah Tengku Mia dan konco-konconya tetapi ke arah khemah-khemah perempuan..., kenapa...adakah Irfan... tak mungkin. Dia orang kan suka bertekak, buat apa dia nak....melainkan...GASP!’ mata Dzul terbeliak tatkala dia mendapat jawapan yang sangat mengejutkan. Dia seolah-olah faham kegusaran yang bermain dalam hati Irfan.
“ Dia okey je, bukannya parah pun lukanya,” ujar Dzul perlahan, hanya boleh didengar oleh Irfan. Irfan berhenti mengoyakkan daun lalu perlahan-lahan menoleh kepada Dzul yang berwajah tenang. Dia merenung wajah Dzul, menyuruhnya meneruskan kata-katanya tadi. Dzul seakan faham dengan isyarat itu.
“ Lukanya cuma kat bahagian kepala sebab terhantuk kat batu-batu tadi,” sambung Dzul, tetap membisik. Dia mengerling ke sebelahnya. Dan mendapati Irfan memandangnya semacam dan terkejut sedikit. Cepat-cepat Dzul menambah, “ Tapi ingatannya still okey, like I said she’s fine.”
Perbualan antara Irfan dan Dzul terhenti apabila seorang lelaki tampil ke tengah. Irfan merenung tajam pelajar itu. Tangannya menggenggam kuat-kuat daun-daun kering sehingga berkecai. Matanya tidak terlepas daripada wajah pelajar itu. Hero Nia Athirah.
“ Namanya Luqman Hakeem, budak baru tahun ni. Tapi kita orang sekolah rendah yang sama dulu. Dulu dia satu kelas dengan Athirah sewaktu kita orang darjah 6,” jelas Dzul.
Mereka memerhatikan Luqman Hakeem membuat satu pertunjukkan silap mata. Luqman Hakeem meletakkan duit 50 sen di telapak tangannya sambil menunjukkan ke arah penonton. Kemudian dia menggenggamkan tangan dan membuka semula. Duit 50 sen dah hilang. Dia menghampiri Nuha dan memetikkan jari di tepi kepala Nuha yang dilitupi tudung. Ta-da! 50 sen. Semua memberi tepukan gemuruh.
“ Kenapa baru sekarang dia tetiba muncul? After 4 years?” Irfan bersuara. Dzul menjongketkan bahu.
“ Ke mana dia menghilang selepas result UPSR keluar? Kita orang tak tahu.”


No comments:
Post a Comment