1 Jun
Kat dalam
khemah
6. 50 pagi
Assalamualaikum diari,
Kepala aku dah
pulih sikit dah. Hari
ni hari kedua kita
orang camping. Cikgu
cakap hari ni aku boleh
ikut aktiviti. Mujur semalam aku
dan Afiza dikecualikan,
dapatlah aku tidur
puas-puas.
Aku tak sangka
Luqman Hakeem akan
datang balik setelah 4
tahun menghilang. Ke mana
dia pergi selama ni? Hensem sangat lelaki tu. dup-dap
dup-dap jantung aku. Dia
selamatkan aku semalam. My Hero datang balik...
Gottago
sebelum pelajar lain nampak
6.55 pagi
“ Hari ni kita akan buat jungle trekking. Mr. Nate dan Encik Akil akan mengetuai dan menjaga keselamatn kita sepanjang perjalanan. Para pelajar diingatkan supaya menjaga perlakuan masing-masing. Jangan nak berlagak hero dan heroin pulak nanti kat dalam hutan ni,” pesan cikgu Din. Para pelajar setia mendengar.
“ Perjalanan ni akan mengambil masa yang lama, jadi siapa yang nak balik awal dan makan, hah jalan tu jangan melenggang-lenggok pulak. Ingat, dalam hutan ni ada banyak benda-benda yang tak patut kamu kacau. Kalau nampak atau dengar apa-apa yang pelik, jangan panik dan buat tak tahu aje. Benda tu takkan kacau kamu kalau kamu tak kacau dia. Faham?” terang Encik Akil.
“ Faham,” jawab semua pelajar. Semua dah takut. Ada yang saling berbisik sesama mereka.
“ Nur, aku nak tarik diri lah. Tak nak lah aku ikut, kang tak pasal-pasal terserempak dengan hantu polong. Pengsan jugak aku tengah-tengah jalan,” bisik Afiza. Nia Athirah mencebik.
“ Fiza, kau ni penakutlah. Mana ada hantu siang-siang macam ni. Relaks lah. Aku kan ada kat sebelah kau,” pujuk Athirah. Afiza menelan air liur. Mukanya kelat. Dia mengangguk, setuju.
“ Betul jugak apa yang kau cakap. And at least kita bukan orang yang paling belakang,” ujar Afiza, menenangkan dirinya. Terdapat beberapa pelajar lelaki dibelakang mereka.
“ Yup....seandainya kita ditakdirkan terserempak dengan benda-benda tu, rezeki kita lah,” sempat Athirah memasukkan fakta yang melemahkan semangat Afiza sewaktu mereka sudah bergerak ke dalam hutan. Afiza cepat-cepat menggengam tangan Athirah.
“ Kau ni jangan lah takutkan aku weh,” bisik Afiza, keras. Nak saja dia bagi sebijik kasut ke muka Athirah. Suka sangat takut-takutkan orang. Athirah tersengih.
Dzul, Irfan dan Izadeel orang yang paling belakang sekali. Mereka ditugaskan menjaga keselamatan dibelakang.
“ Agak-agak pukul berapa kita sampai balik?” Izadeel bertanya. Irfan malas nak jawab soalan hanya diam sambil matanya melilau sekeliling hutan. Dzul tukang menjawab.
“ Pukul 12 tengah hari kot. Apa hal?”
Izadeel tersengih macam kerang busuk 40 hari. “Aku
lapar.” Dzul memandang Izadeel dengan muka tak percaya.
“ Kau ni biar betul, belum apa lagi kau dah lapar. Kau mengidam ke apa?” sindir Dzul. Irfan tersenyum saja. Kerenah kawan-kawannya meghiburkan hatinya. Lantai hutan bersepah dengan daun-daun kering. Dahan-dahan pokok melindungi lantai hutan daripada pancaran matahari. Sejuk saja rasanya.
Para pelajar berbual dan berbisik sesama mereka. Irfan terpandang Nia Athirah yang membantu Afiza mendaki kawasan yang berbukit. Peluh memercik dari dahinya. Wajahnya merah menampung berat Afiza.
“ Sikit je lagi weh,” kedengaran Athirah bersuara perlahan. Dia berjaya menarik Afiza tetapi dia pula yang tergelincir kaki. Irfan cepat-cepat ingin berlari mendapatkan musuhnya, pause sekejap; rasanya perkataan musuh tu dah tak sesuai, habis tu apa? Idaman hati?, sambung. Namun niatnya terbatal apabila Luqman Hakeem lebih pantas menarik lengan Athirah supaya tidak jatuh tergolek.
Nafas Nia Athirah kencang dek kerana terkejut tergelincir. Dia terduduk di lantai hutan. Afiza juga terduduk disebelahnya. Kedua-dua sahabat itu termengah-mengah. Jantung mereka begitu kencang sehingga boleh menyebabkan gempa bumi.
“ Lain kali hati-hati. Nasib baik saya nampak tadi kalau tak-,” belum sempat Luqman Hakeem menghabiskan ayat, Afiza terlebih dahulu memotong. Minah ni suka sangat potong percakapan orang.
“ Kalau tak maybe kau dah jadi arwah dah.” Huisy, mulut tu tak sayang langsung. Ada ke cakap macam tu pulak. Aku yang jatuh tadi tak terfikir lagi sampai ke situ. Over sangat Si Afiza ni.
Nia Athirah menjeling kawannya tu, kurang senang dengan apa yang disebut Afiza. Afiza pulak mampu tersengih lebar. Luqman Hakeem hanya tersenyum senang dengan perangai dua orang kawan tu.
“ Terima kasih,” ucap Athirah lalu menguntumkan sebuah senyuman kepada Heronya yang sedang bertinggung disebelahnya. Luqman Hakeem terpana seketika. Dadanya berdebar-debar semacam. Namun dia tetap membalas senyuman gadis itu. Dia merenung redup wajah Athirah sehingga Athirah terpaksa mengalihkan mukanya ke tempat lain.
‘ Apa kena dengan jantung aku ni. Semacam aje iramanya. Terlebih laju dan tak stabil. Am I having a heart attack?’ desis hati Athirah. Adoii, bengapnya.
‘ Bukan heart attack lah bijak, tu maknanya kau tengah mengalami proses jatuh suka,’ bidas otaknya. Gitu ke?
“ Ehem,” satu deheman dibelakangnya membuatnya tersentak. Athirah mendongak ke atas. Kelihatan Irfan Iskandar merenungnya tajam dengan kening terangkat.
“ Yang korang berdua ni duduk melepak ni apa kes? Cepatlah jalan, kang lambat sampai, nasi habis macam mana?” sampuk Izadeel. Tak habis-habis dengan nasi dia tu.
“ Masak lah lagi, apa susahnya?” bentak Afiza sudah bercekak dihadapan Izadeel. Nia Athirah dan Luqman Hakeem bangun.
“ Siapa nak masak? Kau? Boleh aje,” balas Izadeel. Afiza dah merah muka menahan marah. Kang ada jugak yang makan penendang Jepun aku ni.
“Dah Fiza, cool. Kau bau tak nasi, Fiza?” soal Athirah sambil mukanya dikerutkan. Izadeel, Dzul dan Luqman Hakeem menarik nafas cuba menghidu bau nasi. Nasi pun ada bau. Irfan sorang je yang tetap dengan reaksi dinginnya. Dia sudah mengagak ke mana Athirah nak pergi.
“ Haah lah weh, aku pun bau. Eh jap, baunya bertukar pulak. Bau macam..” ujar Afiza.
“ Nasi Kandar.” Serentak dua orang sahabat itu menyebut. Dzul menahan ketawa. Izadeel memang mulut besar ketawa terbahak-bahak. Luqman Hakeem saja yang kebingungan kerana tidak tahu Nasi Kandar itu nama gelaran yang diberi oleh Athirah kepada Irfan. Irfan berlagak macho tidak berkata apa-apa.
“ Hahahahahakakakakah,” berdekah-dekah ketawa Izadeel. Athirah tersenyum mengejek kepada Irfan yang merenungnya tajam. Kalah parang datuk Athirah.
“Weh Adeel, nanti aku masak kau Nasi Kandar Sambal Belacan makan dengan kicap Cap Princess Air Longkang. Plus dapat penangan penendang Jakarta aku. Mesti sedap punya,” perli Athirah. Siap masukkan semua nama panggilan ketiga-tiga musuhnya. Sambal Belacan, Nasi Kandar dan Princess Air Longkang. Izadeel mengetap bibir. Sia-sia saja dia gelak bagai nak rak satu hutan tu. Alih-alih dia jugak terkena dengan mulut Athirah.
“ Hey, yang kat belakang tu buat apa tercegat kat situ aje? Cepatlah!” teriak Mr. Nate dari depan. Kelima-lima remaja itu bergerak laju menghampiri rombongan mereka.
Nia Athirah berjalan beriringan dengan Afiza dan Luqman Hakeem, meninggalkan tiga orang jejaka yang membahang. Dzul terpandang Irfan yang tersembul satu urat didahinya. Irfan tu memang dah tahap bengang dah tu.
“ Chill, Irfan,” Dzul cuba menenangkan kawan tu. Irfan akur tapi berjalan pantas. Dzul simpati terhadap kawannya itu. Dia perlu cari cara membantu kawannya tu. Tetiba dia tersenyum lebar, selebar-lebar yang mungkin. Menakutkan...
Selepas solat Isyak, para pelajar dibenarkan merayau sekeliling tempat perkhemahan sahaja. Nia Athirah memilih untuk bersendirian di tepi sungai. Bukannya gelap sangat. Ada lampu di tepi sungai. Nia Athirah bertinggung di atas batu sambil merenung permukaan air yang kelihatan tenang.
“Assalamualaikum,” tegur satu suara dari belakangnya. Nia Athirah mendongak lalu menjawab salamnya. Luqman Hakeem melemparkan senyuman manis. Athirah membalas senyuman walaupun hatinya dah macam konsert tak tentu arah. Luqman Hakeem mengambil tempat duduk di atas batu yang agak jauh daripada Athirah. Mungkin dalam 1 meter jurang antara mereka berdua.
Luqman Hakeem menyertai Nia Athirah memerhatikan air sungai yang mengalir tenang.
“ Jauh termenung... ingat kat siapa tu?” usik Luqman. Athirah tersengih.
“ Kat mamat jering,” seloroh Athirah. Mamat Jering a.k.a Zafri yang suka mengusik Athirah sewaktu sekolah rendah dulu. Setiap kali Athirah dikacau pasti Luqman Hakeem datang menyelamatkannya.
Luqman tergelak kecil. “ Hmm.. lama tak dengar nama tu. Tak nampak pulak orangnya,” gumam Luqman Hakeem.
“ Owh, dia dah pergi asrama dah. Dia dapat result bagus sewaktu PMR,” jawab Athirah. Luqman mengangguk. Dari jauh ada beberapa pasang mata memerhatikan mereka berdua.
Keadaan antara mereka menjadi sepi sahaja. Masing-masing melayan fikiran sendiri. Tiba-tiba Athirah memecahkan kesunyian.
“ Ke mana awak menghilang selama ni?”tanya Athirah sambil memandang wajah Luqman yang samar-samar dalam cahaya lampu tepi sungai dan cahaya bulan. Lelaki itu menoleh kepadanya.
“ Bila masa pulak saya menghilang? Kalau saya menghilang orang lain dan GPS tak boleh kesan saya,” dalih Luqman. Berlawak bodoh pulak....
Wajah Athirah tiada senyuman. Maknanya aku serius tau nih. “ Boleh tak jangan mengelat? Saya serius okey.”
Luqman Hakeem berhenti tersengih lalu memandang semula ke arah sungai. Athirah juga mengalihkan pandangannya ke arah yang sama. ‘Apa kena dengan aku ni? Kenapa tetiba je aku serius?’ bisik hatiAthirah.
“ Saya bukan menghilang atau larikan diri daripada masalah. I was heading towards the solution to my problem,” suara lelaki itu mendatar seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
Nia Athirah menoleh kepada lelaki itu. Luqman Hakeem tidak menoleh kepadanya. Tangan Luqman mengepal bentuk penumbuk. Athirah tetap memandang wajah lelaki itu meminta penjelasan.
“ Have you ever feel like you don’t want to leave but you had to? Pernah tak merasai kesakitan untuk meninggalkan seseorang yang sangat kita sayangi dan pergi untuk selamatkan diri sendiri?” Luqman Hakeem meluahkan dengan nada yang sama. Nia Athirah menelan air liur. ‘Main teka-teki pulak dah. Aku bukannya pro sangat main teka-teki ni.’
Athirah memilih untuk berdiam sambil otaknya ligat berfikir soalan Luqman. Pernah ke dia merasai begitu? Hmmm...
“ Luqman... saya tak... tak faham..” ujar Athirah perlahan. Dia nampak halkum Luqman naik turun. Lelaki itu memandang tanah sambil tangannya dicantumkan seperti orang yang sedang berfikir.
“ Athirah...” Luqman menaikkan pandangan pula. Athirah masih setia menatap wajah lelaki itu. Wajah lelaki itu kelihatan sedih.
“ Boleh tak saya tanya awak satu soalan?” pinta Luqman kali ni merenung tepat pada wajah Athirah. Berdegup kencang jantung gadis itu. Nia Athirah menarik nafas lalu mengangguk perlahan.
“ Kenapa awak tanya ke mana saya menghilang?” Athirah tersentak. Dia kaget seketika. ‘Hey, mamat ni tak jawab lagi soalan aku tu dah tanya kenapa aku soal pasal tu. Err...kenapa ye aku tanya dia?’ desis hati Athirah.
“ Saya rasa semua orang yang pernah kenal awak akan tanya soalan macam tu. Sebab awak terus menghilang lepas ambik result UPSR. Result awak pon bagus. Kalau awak pergi asrama mesti ada yang tahu. Tapi tak, takde sesiapa pon yang tahu ke mana awak pergi.
Kawan baik awak Dzul pon tak tahu. You just.. left without saying anything to him... awak tak ucap pon selamat tinggal kat saya. Awak tau tak betapa sedih dan risaunya saya bila awak hilang. I thought we were friends... nampaknya saya tersilap. Sampai hati awak buat saya macam tu,” luah Athirah. Ayat yang terakhir tu dia sebut perlahan antara dengar tak dengar. Luqman terpaku mendengar ucapan atau pengakuan daripada mulut gadis itu.
“ I’m sorry. Saya tak...” ujar Luqman.
“ Takpe, saya faham,” potong Athirah lalu mengalihkan pandangan. Malu dengan diri sendiri. Terlepas cakap pulak....Dia rasa nak menangis tetiba. Air matanya mula bergenang. ‘Tolong lah Nur jangan kau menangis depan orang pulak. Hilang keayuan kau nanti,’ marah otaknya.
Dia memang tak boleh nak tahan dah. Empangan dah nak pecah, baik cabut lari. Nia Athirah terus berdiri lalu meninggalkan lelaki itu keseorangan. Luqman Hakeem melepaskan keluhan sambil meraup wajahnya.
Athirah berjalan pantas, gelap punya pasal dia hampir tersadung akar pokok. Dia mengelap air matanya. Tetiba..... Buk! Pandangannya menjadi kabur lalu dia rebah.
Irfan
Iskandar sibuk memeriksa senarai nama peserta. Dia ditugaskan untuk mengendali
aktiviti terakhir pada keesokan harinya sebelum mereka bertolak pulang. Dia
sengaja duduk di dalam khemahnya, lebih sejuk mata dan hatinya. ‘daripada kat
luar, sakit mata aku menengok Si Luqman tu,’ desis hati Irfan.
Tetiba telinganya menangkap kekecohan diluar. Dia segera ke luar untuk mengetahui apa masalahnya. Semua pelajar seperti panik tak tentu pasal. Dahinya berkerut. Dia melihat Dzul, Izadeel dan Afiza di hadapan khemah Athirah. Dia menghampiri mereka.
“ Apahal ni?” soal Irfan. Ketiga-tiga kawan tu memandangnya.
“
Athirah... dia hilang-,” belum sempat Dzul habis bercakap, Afiza dah memotong.
“ Kita orang dah cari dia sekitar kawasan perkhemahan dah. Dia takde,” cemas Afiza. Irfan menghela nafas. Bibirnya diketapkan.
“ Bila korang perasan dia hilang?” soal Irfan nada suaranya mendatar.
“ Baru je tadi. Last aku nampak, dia ada tepi sungai dengan....” Afiza tidak menghabiskan ayatnya sebaliknya mengerling ke arah Luqman Hakeem yang kelihatan termenung di hadapan unggun api.
Irfan Iskandar turut memandang ke arah lelaki itu lalu tangannya dikepal bentuk penumbuk. Dzul yang dapat membaca fikiran kawan tu cepat-cepat menahan Irfan daripada menyerang Luqman Hakeem.
“ Irfan, relaks bro. He doesn’t have anything to do with this. Dia tak tahu apa jadi kat Athirah,” Dzul cuba menenangkan kawan tu. Kang tak pasal-pasal mati anak orang. Irfan chill sedikit lalu mengerling ke arah hutan yang gelap gelita. Dia menghela nafas panjang sambil meraup wajahnya.
“ I’m gonna go find her,” putus Irfan, dia membuka langkah untuk menuju ke khemahnya. Dzul, Izadeel dan Afiza saling berpandangan. Dahi Izadeel dan Afiza berkerut seribu dek kerana tidak faham mengapa musuh nak mencari musuh sendiri. Dzul pula berwajah kelat dan hatinya gusar. Dia memang bercadang dah plan nak sembunyikan Athirah dan Irfan akan selamatkan Athirah. Tapi masalahnya sekarang ni...dia belum lagi melaksanakan plannya tu. Maknanya ada orang lain yang telah mendahuluinya. Siapa dalangnya???
“ Fan, aku tolong kau cari dia,” Izadeel bersuara setelah Irfan datang semula dengan torchlight.
“ Aku pon sama,” ujar Dzul.
“ Aku pon.” Ketiga-tiga lelaki itu menoleh kepada Afiza.
“ Fiza, baik kau stay kat sini,” saran Dzul. Afiza menggeleng.
“ Dia kawan aku. Kawan dunia akhirat aku. Sewaktu aku dalam kesusahan, Athirah mesti ada sebelah aku. Sekarang dia dalam kesusahan, tak kan aku nak duduk sini je?” bantah Afiza.
“ Lebih baik, kita orang je yang mencari dia. Kang kau jugak tersesat macam mana? Susah kita orang nak cari dua orang dalam satu malam,” pujuk Izadeel. Afiza menggigit bibir. Ada benarnya kata-kata Izadeel tu. Afiza mengalah jua.
Irfan bergerak menghampiri guru-guru yang lain. Cikgu Din kelihatan cemas. Ye lah anak murid hilang dalam hutan tengah-tengah malam pulak tu. Mr. Nate dan Encik Akil tekun mencari torchlight lebih dalam kotak.
“ Cikgu, kita orang boleh tolong cari kan Athirah. Kita orang tahu selok belok hutan ni,” ujar Irfan. Cikgu Din memandang mereka bertiga dengan wajah separuh pelik separuh cemas. Belum sempat Cikgu Din berkata apa-apa, Encik Akil terlebih dahulu menjawab, “ Okey, bagus. Kamu bertiga ikut kami.”
Tanpa berlengah mereka bertiga mengekori ranger hutan itu. Sampai di dalam hutan mereka berlima berpecah. Dalam hati mereka tidak putus-putus berdoa meminta pertolongan dan perlindungan Tuhan.


No comments:
Post a Comment