Tuesday 18 December 2012

Cupcake Yaya


Bab 9

        “Kenapa you halau Yaya time dia mintak tolong, Hana?” marah Kim, mukanya merah. Hana kelihatan cuak. Tak pernah-pernah Kim marahnya sebelum ini.

        “I....” lidah Hana kelu.

         “ kalau ye pun you tak suka dia, janganlah mix kan personal things dengan kerja. You tau tak dia datang sebab nenek dia sakit time tu? You senang-senang je halau dia. If anything happens to her granmother, you nak bertanggungjawab?” herdik Kim. Hana menekur memandang lantai.

         Kim melepaskan keluhan dan meraup wajahnya tatkala teringat pergaduhannya dengan Hana siang tadi. Dia tersandar pada kerusi dimeja kerjanya. Kim memang asalnya kerja dihospital itu dan sekali-sekala dia akan kerja diklinik di kampung Aman.

         “Kenapa mengeluh ni?” tegur doktor Hafizudin yang baru masuk ke dalam bilik Kim.

          “Eh, abi, duduk lah,” Kim mempelawa abinya duduk di kerusi bertentangan dengannya. Doktor Hafizudin duduk.

          “Ni kenapa muka stress je ni?” tanya abi. Kim senyum kecil.

           “It’s not a big deal. Just had a little problem with Hana. That’s all,” jawab Kim. Doktor Hafizudin angkat kening. Gaduh dengan awek rupanya, lebih baik stay out of this.

           “Abi, about.. the patient with the lung cancer....isn’t there any other way we can help her? I mean, shouldn’t we at least....” Kim tidak dapat menyambung kata-katanya. Dia sendiri tahu Nek Eyang tidak lama lagi perjalanan hidupnya. Tapi dia tak sanggup membayangkan apa  yang akan terjadi pada Yaya sekiranya benda itu berlaku.

            “There’s nothing else we can do. Kita hanya mampu serahkannya semua pada Allah dan berdoa agar Allah permudahkannya. For the time being, it’s best if we keep her here to supply oxygen and all,” ujar Dokotr Hafizudin. Kim mengangguk faham. Tapi Yaya faham ke nanti? Detik hati Kim. Terbayang wajah pucat Yaya malam semalam. She’s just a young girl...

                                               *****************

              Yaya, Ying, Baihaqi dan Gopal duduk diluar bilik. Wajah Yaya pucat apabila Dato’ Yazid datang ke hospital. Hampir 10 tahun tidak bersua muka dengan papanya Yaya berasa kekok pula untuk duduk dalam satu bilik.

             “ Yaya? Kau okey ke?” tanya Ying perlahan. Yaya hanya merenung lantai lalu mengangguk perlahan. Ying berpandangan dengan Bai dan Gopal. Bai mengangguk apabila mendapat isyarat mata dari Ying.

               “ Aku nak pergi beli makanan dekat kedai bawah. Korang nak pesan apa-apa?” ujar Ying seraya berdiri.

               “Get me 2 Bliss strawberry,” pesan Bai.

                “Aku ikut kau lah, Ying,” ujar Gopal lalu berdiri.

               “Yaya? Do you want anything?” tanya Ying. Yaya menggeleng perlahan tanpa mengangkat muka. Ying dan Gopal berlalu ke tingkat bawah. Bai menghela nafas.

               “Yaya... what’s bothering you?” soal Bai.

               “Nothing,” ujar Yaya perlahan. Bai melepaskan keluhan.

               “Yaya don’t lie. You’re terrible at lying. Aku kawan dengan kau sejak darjah 1 lagi. I can tell when something’s bothering you,” tukas Bai. Yaya bermain dengan jari-jemari.

                 “You’re hiding something. What is it that you’re not telling us?” Bai serkap jarang. Yaya dia saja. Budak ni kan memang susah nak spill the beans.

                “Yaya please, tell me,” rayu Bai. Selain Ying, Yaya paling rapat dengan Bai. Apa-apa masalah pasti Yaya cerita kat Bai dulu.

                 “Nenek,” sepatah yang keluar dari mulut gadis itu. Bai mendengar.

               “ The doctor said her condition is getting worse. Nenek dah tak....tak lama,” bisik Yaya dengan air mata yang ditahan. Perkara itu yang memberatkan dadanya. Just thinking of it makes me sad to death. Bai tergamam. Teruknya keadaan Nek Eyang sampai macam tu.

                “I’m scared, Bai. I’m scared if I can’t accept her absence. Nenek orang yang paling aku sayang,” lirih Yaya. Air matanya mengalir jatuh ke pipi. Bai bersimpati. Nak peluk Yaya macam tak kena pulak. Haram hukumnya. Dia dengar saja esakan Yaya.

              Kim yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka hanya memandang Yaya dengan sayu. Esakan halus Yaya menyapa telinganya sudah cukup menyayat hatinya.

No comments: