Tuesday 18 December 2012

Cupcake Yaya


Bab 10

            Pintu bilik wad Nek Eyang dibuka dari dalam, Dato’ Yazid keluar dari bilik itu bersama-sama Doktor Hafizudin. Yaya, Ying, Bai dan Gopal pantas berdiri. Lagak macam nak menyambut YB je. Yaya tidak berani menatap wajah papanya apatah lagi bertentang mata.

             “Saya harap Dato’ dapat bersabar dengan ujian Allah ini. Banyakkan berdoa,” pesan Doktor Hafizudin. Dato’ Yazid mengangguk walaupun hatinya berat untuk menerima kenyataan.

             “Terima kasih doktor,” ujar Dato’ Yazid. Doktor Hafizudin mengangguk kemudian meminta diri. Yaya masih menunduk diam. Dia meramas-ramas jari-jemarinya yang sejuk. Nervous....

             Dato’ Yazid memandang anaknya yang senyap. Yaya dah banyak berubah sejak 10 tahun yang lalu. Dia hampir tidak cam kalau bukan wajah Yaya yang iras-iras mamanya.

          Ying mencuit lengan Yaya lalu membisik, “ Kita orang ciao dulu. Kau cakaplah dengan papa kau.” Ying, Bai dan Gopal tersengih kepada Dato’ Yazid meminta diri. Mereka pantas berpaling ke belakang dan jalan laju-laju ke lif dihujung koridor.

          ‘Janganlah tinggalkan aku sorang-sorang. Aku tak tau nak cakap apa,’ ronta hati Yaya. Menyesal dia tak tahan Ying daripada pergi tadi.

          “Ehem,” Dato’ Yazid berdehem. So much things to say but nothing is coming out.

         “Err.. duduk lah,” pelawa Yaya perlahan. Dato’ Yazid melabuhkan punggung dikerusi luar bilik wad itu. Yaya perlahan-lahan duduk dikerusi selang satu daripada papanya. Terasa awkward nak duduk sebelah lelaki yang bergelar papa.

          “It’s been a long time since I’ve seen you. You’ve grown a lot,” Dato’ Yazid memulakan conversation. Yaya yang sedang bermain dengan jari-jemari, memberanikan diri mengerling papanya. Bibir bawahnya digigit perlahan.

        “Well, that’s part of growing up isn’t? We change. You’ve changed too,” tangan Yaya naik ke tepi kepala, merujuk kepada rambut tepi Dato’ yazid yang beruban. Dato’ Yazid tergelak kecil. Uban aku pulak dia nampak. Yaya menjatuhkan tangan dan tersenyum kecil. ‘I missed your laughs,’ bisik hati Yaya.

           Nizam memerhatikan abang Long dan anak buahnya dari jauh. Sedari tadi dia perhatikan, Yaya nampak awkward je nak cakap dengan papanya. Nizam melepaskan keluhan perlahan. Along, can’t you see how much your daughter misses you?

           “Who’s that?” Nizam terkejut mendengar suara dari belakangnya. Dia menoleh sedikit kepada orang yang berdiri disisinya.

            “Kau rupanya Kimi. Abang Long aku,” jawab Nizam. Kim merupakan senior Nizam merangkap roommatenya sewaktu belajar di Russia. Kim turut menala pandangan kepada Yaya.

              “Her father?” tanya Kim. Nizam mengangguk. Mereka berdua perhatikan saja anak-beranak itu berborak.

                                        *******************

SEMINGGU KEMUDIAN.......

             Hujan turun renyai-renyai pagi subuh itu. Nizam menghampiri Yaya yang duduk dikerusi luar bilik wad. Gadis itu menunduk sejak tadi. Nizam duduk disebelah Yaya. Dia menunduk sedikit untuk melihat wajah Yaya.

            “ Allah lebih sayangkan nenek kan?” Yaya bersuara perlahan. Air matanya mengalir perlahan. Sedaya upaya dia menahan air mata dari tumpah. Namun dia tewas. Nizam memegang kedua-dua belah muka Yaya lalu mengesat air mata dengan ibu jarinya.

              “Yes. Allah does,” Nizam mengiyakan.

             “ Maybe it’s better for her to go. She’s not in pain anymore. And she’s never coming back,” lirih Yaya. Sebak didada tidak dapat ditahan lagi. Yaya menyembamkan muka ke dada Pak Su. Nizam memeluk anak buahnya itu. Dia juga menangis kehilangan ibunya.

           
                 Ramai saudara-mara jauh dan dekat dan jiran-jiran berkunjung ke rumah. Pak Su, Mak Ngah dan sepupunya sibuk melayan tetamu yang mengucap takziah dan kata-kata semangat. Hanya Dato’ Yazid yang belum sampai. Kata on the way.

               Yaya duduk dibuaian belakang rumah keseorangan sambil menghadap laut. Angin tengah hari kuat dan panas tetapi Yaya tidak pedulikan. Dia duduk termenung. Terngiang-ngiang perbualannya dengan papa beberapa hari lalu.


              “So how’s school?” tanya Dato’ Yazid.

              Yaya mengangguk sambil berkata, “ Alhamdulillah, okey-okey je.” ‘Baru sekarang nak tanya? Orang dah nak habis sekolah dah,’ sambung Yaya dalam hati. Dia masih menjaga adabnya dengan seorang bergelar papa.

             “Papa dengar Yaya buat jualan kuih-kuih. Kenapa tak mintak je school fees dengan papa?” Dato’ Yazid dapat tahu anaknya itu bekerja untuk menampung pembayaran sekolah daripada Nizam. Dia sedikit berkecil hati dengan Yaya kerana tidak meminta tolongnya.

               “Allah bagi Yaya tangan, kaki dan kemampuan untuk berusaha berdikari. I can look after myself,” Yaya bergumam, dalam hati dia menahan geram. Geram kerana papa masih berlagak seolah-olah nothing happen. Seolah-olah papa tak pernah abaikan dia sebagai anak.

              “By the way, you shouldn’t have to ask if I needed money. You know that nenek don’t have enough money, so why didn’t you pay for my school fees?” tambah Yaya. Geram dan marah meluap-luap dalam dada ditahan.

               Dato’ Yazid mengeluh lalu meraup wajahnya. Dia tahu banyak dosa dan salahnya terhadap anaknya itu. Dosa terhadap ibunya yang ditinggalkan bersama-sama Yaya. Dia hanya mampu menebus kesilapannya terhadap ibunya dengan menampung bil rawatan dihospital dan menjaga ibunya.

             Tetapi kesilapan terhadap Yaya bagaimana nak ditebus, sedangkan kesalahannya menggunung tinggi sejak dia mengabaikan Yaya dengan meletakkan Yaya dibawah penjagaan Nek Eyang?

               “I’m sorry Yaya. I’d be grateful if you come back and live with us,” pelawa Dato’ Yazid, merujuk kepada keluarganya di Shah Alam. Datin Arissa dan Daniel. Yaya tersentak dengan pelawaan itu. Papa nak aku balik?

                “After all these years, why do you want me back now? Kan dah bahagia hidup dengan isteri dan anak teruna tersayang tu?” kalau diikutkan hati mau saja Yaya cakap macam tu. Tapi didiamkan saja dirinya.

                 “Papa harap sangat Yaya tak tolak pengharapan papa. Papa nak Yaya tinggal dengan papa semula,” pujuk Dato’ Yazid lembut.
                

                Satu keluhan dihembus. Dia buntu. Separuh hatinya hendak sangat hidup semula dengan papanya tetapi separuh hatinya nak tinggal di kampung dia membesar. ‘Ya Allah, I seek your help and guidance,’bisik Yaya perlahan.

No comments: