Monday 24 December 2012

KST 1

Kafe ‘Strawberry Tea’ 1




      Dalam sebuah bandar yang kecil dengan populasi yang sederhana, terdapat sebuah kafe yang comel dan termasyhur. Kafe itu dinamakan Kafe ‘Strawberry Tea’ disebabkan teh strawberrinya yang paling sedap didunia. Tidak lupa juga hot chocolate yang menyamankan.

         Kafe itu dibuka oleh seorang usahawan yang berdedikasi iaitu Puan Raihana. Puan Raihana seorang yang peramah dan baik hati. Walaupun dia sebagai majikan dan manager, beliau tetap turun ke dapur dan tolong apa yang patut. Hubungannya dengan pekerja-pekerjanya sangat akrab. Pekerja-pekerja turut menyenangi beliau.

          Namun, semakin usia meningkat, Puan Raihana tidak se-aktif dulu lagi. Dia mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dan jawatan manager diserahkan kepada assistant manager  kafe kesayangnya yang berwibawa lagi kacak dan bergaya. Adam Zachary. Kebanyakan pelanggan yang bertandang ke kafe itu ialah perempuan. Nak isi perut sambil cuci mata menengok wajah hensem assistant manager kafe berkacukan Korea-Inggeris-Melayu. Ooh banyak gila campuran darahnya.

                                     ************************

MAKLUMAT PEKERJA KAFE ‘STRAWBERRY TEA’..... YG BERDEDIKASI
PENGURUS KAFE
NAME: ADAM ZACHARY
UMUR:25
MAMAT NI TEGAS, BERANI, BERWIBAWA, MUKA DINGIN, CAREFUL...DON’T FALL FOR HIS GOOD LOOKS, NANTI MERANA KAU


            Humaira membaca butiran maklumat yang disediakan oleh pengintip nombor satu, sepupunya. Humaira mengupah sepupunya, Hannah untuk mendapatkan maklumat mengenai pekerja-pekerja kafe milik mamanya, Puan Raihana.

           Dia yang sedang menikmati aiskrim strawberi di atas lantai biliknya, hampir tersedak membaca ayat last sekali.

           ‘Eleh, macamlah hensem sangat mamat tu sampai aku yang coldhearted ni boleh cair. Pigidahh!’ kutuk Humaira dalam hati.

            “Besides I’m only 18. I’m still an innocent kid. Tak main lah cinta-cinta monyet ni,” ujar Humaira sendirian. Dia meneruskan bacaannya.
          

  TUKANG MASAK SIDE DIHES
NAME: LEON BEAUDELAIRES
UMUR:23
FRENCH GUY. EXTREMELY GORGEOUS. GENTLEMAN HABIS!!! (cair sekejap):D

         Humaira tergelak kecil membaca komen Hannah. Hannah, Hannah, bab usha anak teruna orang kemain lagi.


    PEKERJA YANG LAIN

NAME: HAREEZ
UMUR: 20
BAIK HATI, PERAMAH, HAPPY-GO-LUCKY. AWESOME KALAU DAPAT ABANG MACAM NI


NAME: SYAZWANI
UMUR:33
AWEK MUDA. JANDA MELETUP. PHEWIT


NAME: JIHAN
UMUR: 19
NI BUDAK LEPASAN STPM, BAIK DAN ALIM. NOTHING ELSE TO COMMENT ON HER.


NAME: NAIM
UMUR: 23
ROCKERS, SPORTING HABIS, SAMA SPESIES DENGAN KAU (CRAZY)

        Humaira yang membaca itu, merengus menyampah. Crazy? Dia kata aku crazy? Hannah kau lagi crazy daripada aku, omel Humaira dalam hati.

         “Aira!!” laung mama dari tingkat bawah. Humaira seperti terkena renjetan elektrik terus berdiri. Mangkuk asikrim yang kosong itu dibuang ke dalam tong sampah. Dia berlari masuk ke dalam bilik air untuk berkumur mulut. Kalau mama tahu dia makan aiskrim pagi-pagi, naik darah orang tua tu.

           “Ye, ma?” sahut Humaira seraya menurun spiral staircase. Rumah orang kaya. You know how it is.

             “Cepat sarapan. Buat apa terperap dalam bilik?” arah Puan Raihana sambil bercekak pinggang. Humaira tersengih lalu berlari anak ke dapur.

            “MMmm... sedapnya. Mama nasi lemak mama sedaplah hari ni. Kalau Aira tambah pinggan lagi, rasanya penuh perut Aira. And when I’m full, I feel sleepy-,”

             “Jangan nak tidur pulak. Dah lupa ke Aira kena pergi kafe hari ni?” sampuk Puan Raihana. Tahu sangat perangai anaknya tu. Sejak dah habis SPM makan, tidur, makan, tidur je kerjanya. Tapi tak gemuk, gemuk pulak.

            “alaa... mama!!” rengek Humaira. Semalam habis-habisan dia menentang keputusan mama yang menyuruhnya kerja di kafe itu. Orang baru lepas SPM, nak enjoy!!!

              “Takde ala-alanye,” pintas Puan Raihana. Kalau tak diajar dari kecik mana nak dapat experience? Humaira menarik muncung. Hilang terus apetite. Puan Raihana boleh tayang muka selamba rockers.

                                **********************

                  Signboard kafe itu dipandang lama. Baseball cap berwarna pink disarung ke kepala. Nak terbakar kepala aku terdedah kat matahari pagi ni. Tadi Puan Raihana menyuruh driver Puan Raihana hantar Humaira ke kafe. Kata Puan Raihana ‘Kalau mama bagi kamu naik scooter kamu tu, ntah ke mana kamu pergi merempet karang!’

                 Humaira memandang dalam kafe itu melalui cermin tingkap kafe itu. Ramai pengunjung. Hanya beberapa je meja yang kosong. Malas lah, esok-esok je lah aku start kerja.

                Dia berpusing membelakangi Kafe ‘Strawberry Tea’. Samsung Galaxy S3 dikeluarkan. Nombor Hannah didail.

                  “Hello, Hannah. Bowling jom,” ajak Humaira. Salam pun tak bagi teruk betul punya budak. Anak sape lah ni?

                 “What? Kau tak kerja ke?” tembak Hannah.

                  “Nope. Nak tak?” ulang Humaira. Hannah dihujung talian mengerut kening. Lantaklah malas aku nak fikir hal minah ni.

                   “ Aku in,” jawab Hannah. Ikut je ler. Sepupunya yang Humaira ni pelik sikit. Tak macam anak orang kaya yang lain. She doesn’t like doing what other rich and spoilled kids do. She hates shopping. Kalau shopping pun tak suka, baju pun brand local je yang dipakai. Kalau boleh baju T-shirt yang tertulis ‘I’m crazy!’ kat depan dan seluar jeans lusuh warnanya yang jadi pilihan Humaira. Puan Raihana pun tak larang asalkan pakai yang cukup kain dan tak sendat sana-sini.

                “Hannah, one more thing,” pinta Humaira sambil menahan sengih.

               “Apa lagi?”

               “Kau ambik aku kat depan kafe mama aku ni,” jawab Humaira dah tersengih tak tahu malu. Hannah merengus.

               “tengok, mama kau pun dah dapat predict kau akan cabut lari. That’s why she didn’t let you off with your scooter,” bebel Hannah. Humaira cepat-cepat matikan talian. Malas nak dengar bebelan Hannah.

                                       ******************

              Pintu bilik ofis yang terletak bersebelahan dengan dapur itu diketuk. Walaupun pintu memang sentiasa terbuka luas tapi kena respect manager tu. Hareez menapak masuk.

               “ Boss, buah epal dah nak habis stok. Stok yang ada tak cukup untuk buat 100 apple pie,” ujar Hareez. Adam Zachary yang sedang mencari resepi baru mendongak dari laptop Lenovo.

               “Ada orang buat tempahan ke?” tanya Adam Zachary.

                “Haah, for erm... engagement party. Dia orang nak by this evening, occassion esok,” terang Hareez. Adam Zachary mengangguk faham. Dia menghulur satu sampul surat yang mengandungi duit sebanyak RM200.

                “Suruh Kak Wani-,”

               “Kak Wani tengah layan customers,” sampuk Hareez cepat-cepat. Adam Zachary memandang wajah Hareez.

               “What about our new friend?” tanya Adam Zachary merujuk kepada pekerja baru yang dimaksudkan  oleh Puan Raihana semalam.

             “Dia tak datang lagi, entah lah,” jawab Hareez. Sepatutnya hari ni pekerja baru masuk. Tak muncul-muncul pulak.

               Nak suruh Leon, Leon tukang masak. Naim handle minuman. Kak Wani bertugas jaga kaunter. Hareez, cuci pinggan mangkuk. Jihan pula ambik pesanan pelanggan. Adam Zachary mengambil semula sampul surat itu.

               “Biar saya je yang pergi beli,” putus Adam Zachary. Kunci Aston Martin dan Blackberry Curve 9380 dicapai. Hareez hanya tercengang. Ada ke manager sendiri yang turun supermarket untuk belikan barang dapur? Hareez menjongketkan bahu je.

                                        ********************

              “Aira! I thought you cakap nak gi bowling!” Hannah tak puas hati di heret ke Supermarket semata-mata nak belik stok aiskrim strawberi kegemaran Humaira.

             “Lepas ni. This is a priority to me,” balas Humaira selamba. ‘Kepala hotak hang priority. Aku yang drive, minyak aku bazir sebabkan aiskrim dia tu,’ rungut Hannah dalam hati. Hannah jarang pergi ke Supermarket, selalunya bibik kat rumah tu yang pergi. Ni lah padahnya kalau outing dengan Humaira. Setiap benda yang selalunya dibuat oleh orang low class, dia nak buat.

                Mereka melewati seafood section. Lantai kawasan tu kotor sedikit dan bau hanyir menusuk hidung.

                “Yuck! Aira! I’m not going through there,” bebel Hannah. Humaira mendengus lalu berpatah balik ke Hannah.

                 “Kau tunggu kat section shampoo apa benda tu. Nanti aku datang,” ujar Humaira lantas meninggalkan Hannah.

                “banyak bunyi betul Hannah tu,” kutuk Humaira perlahan. Dek kerana mengutuk Hannah punya pasal Humaira terlanggar bahu seseorang dan orang itu terdorong ke belakang. And the worst thing happened. Buah epal yang tersusun cantik itu, semua tergolek jatuh ke lantai.

                “Oh, crap,” Humaira pantas menarik hujung baseball capnya untuk melindungi wajahnya.  Apabila lelaki yang dilanggar tadi berpusing menghadapnya, Humaira pantas melarikan diri. Orang ramai semua menjeling-jeling si mamat tu.

                 ‘Phew. Nasib tak kena sembur free-free tadi. Biar mamat tu je lah yang kena take blame. Sape suruh dia diri tengah-tengah laluan aku tadi.’ Humaira mentertawakan lelaki itu.

                                           *********************

              “HUMAIRA BINTI YUSUF!!!” tak kena sembur dengan mamat tadi tapi kena ceramah free dengan Puan Raihana. Panas hati Puan Raihana  apabila Syazwani menelefonnya dan memberitahu bahawa ‘pekerja baru’ tak masuk kerja hari ni. Menggelegak darah Puan Raihanna.

              Humaira mengintai dari tingkat  atas dan tersengih sambil menunjuk peace. Puan Raihanna mengetap bibir. Matanya mencerlung memandang anak daranya yang sorang tu. umur dah 18 tahun tapi perangai mengalahkan budak 5 tahun. Degil tak nak dengar cakap. Ikut baka bapaknya lah tu.

              “ Turun sini sekarang juga!” Huisy marah benar mamanya tu. Sampai merah muka wanita itu. Humaira mengeluh dan dalam keadaan tak rela dia turun ke tingkat bawah. Dia melabuhkan punggung disofa ruang tamu dengan muka tak bersalah.

             “Tadi Aira melencong ke mana? Mama suruh pergi ke kafe kan?” marah Puan Raihana. Geram dengan anak daranya tu.

               “Alaa maaa.... Aira tak nak lah kerja. Orang baru habis SPM. Lagipun bukannya Aira buat benda tak senonoh. Aira pergi main boling dengan Hannah je,” Humaira mempertahankan diri. Mata Paun Raihana terbeliak.

               “Main boling? Oo so Hannah pun join sekaki bersubahat dengan Aira lah ni?” kan Hannah dah jadi mangsa sekali. Humaira menelan air liur. Humaira menggeleng kepala kemudian dia terhenti. Wait a minute.. I don’t lie. Dia mengangguk semula kepala mengiyakan.

                 “Ma.. bukan salah Hannah. Aira yang paksa dia. Ma janganlah marah Hannah, please,” rayu Humaira. Kesian kat Hannah, favourite cousin nya itu langsung tak bersalah dalam hal ni.

               Puan Raihana tetiba mendapat satu idea. Idea yang sangat bernas untuk memaksa Humaira setuju kerja di kafe itu. Wajahnya diseriuskan lagi, nak kena berlakon nih.

            “Apa dia tak salah? Hannah yang ambik Aira kan? Hannah yang bawak Aira pergi boling kan? Aira pergi sana naik motor dia kan? So maknanya salah Hannah juga,” hujah Puan Raihana dengan konfidennya.

              “Yes, that’s true but ma...”

             “Takde, mama tak kira. Hannah tetap bersengkokol dengan Aira. Mama nak call Mak Ngah,” ugut Puan Raihana. Isy, macam serius je mama aku ni nak hentam Hannah. Siap nak call mama Hannah pulak tu. Tak boleh jadi ni, fikir Humaira.

           Humaira meluru ke arah mamanya dan menahan mamanya daripada mendail nombor Mak Ngah.

               “Mama please. Jangan buat macam ni. Hannah tak bersalah. Aira yang salah. Mama hukum lah Aira tapi jangan Hannah. Aira sanggup buat apa saja asalkan mama tak marah Hannah,” rayu Humaira bersungguh-sungguh sampai nak pecah empangan mata air matanya dek kerana rasa bersalah terhadap Hannah.

            Puan Raihana mempertimbangkan keputusannya. Ceh saja je buat-buat berfikir padahal dari awal lagi dah ada planning. Saja buat gimik lebih.

             “Betul ni, Aira sanggup buat apa-apa je?”

             “Betul ma. Apa saja yang tak melanggari hukum Allah,” tambah Humaira. Puan Raihana menyembunyikan senyuman. Dia meletak gangang telefon.

              “Okey. Kalau macam tu Aira kena janji dengan mama Aira akan kerja kat kafe mama mulai esok.” Puan Raihana tersenyum menang. Humaira rasa nak menangis guling-guling kat atas rumput. Mama ni tak fair kenakan aku.

          Anda terkena Bang-bang BOOM!

No comments: