Tuesday 25 December 2012

KST3


KST 3




          Humaira menghampiri meja yang diduduki oleh pelanggan yang baru masuk. Okey relaks Aira. Just smile and follow the procedure. Kak Syazwani mengajarnya cara melayan pelanggan pagi tadi. Kalau boleh Humaira nak duduk kat dapur je, dibiarkan Jihan yang buat kerja ambil pesanan pelanggan tetapi sekarang dah lunh hour. Kafe itu penuh dengan pelanggan. Nak tak nak terpaksa Humaira melakukan tugasnya.

        Step 1: Senyum dan pergi ke meja pelanggan. Done.
        Step 2: Keluarkan tab untuk mencatat order cutomer. Done.
        Step 3: ucapkan selamat pagi/tengah hari/ petang dan tanyakan pesanan mereka.

          “ Selamat tengah hari encik. May I take your order?” dengan ramah dan ceria Humaira menyapa. Lelaki yang berumur 30-an itu terkejut dan hampir terjatuh dari kerusi dek kerana sapaan Humaira yang tetiba je. Humaira tersenyum menayang barisan giginya yang putih dan tersusun.

           Lelaki itu berdehem nak cover malu tadi. Dia memandang Humaira dari atas hingga bawah. Keningnya dijongket. Heran melihat gadis yang wajahnya iras-iras Emma Watson version bertudung dan cakap bahasa Melayu.

           “Adik ni, mixed ke?” tanya lelaki itu. Humaira rasa nak hampuk buku menu itu ke kepala lelaki itu. Hisy, nak makan cepatlah cakap nak makan apa, pipi aku dah naik kebas senyum sampai ke telinga.

             Mata Humaira menangkap kelibat Adam Zachary yang baru keluar dari ofis dan menuju ke dapur. Humaira tetiba tersenyum jahat. Haha ini lah masanya untuk aku merealisasikan rancangan aku. Operation – Getting-Fired. Muaahahaha.

                                               ************************

           Sakit matanya asyik melihat skrin laptop, dah lebih dua jam dia update blog kafe dan mencari resepi baru. Adam Zachary menggeliat. Dia bingkas berdiri dan keluar dari ofis. Dia menjenguk ke dalam dapur dan melihat-lihat sekiranya ada apa-apa dia boleh tolong.

          Leon sedang bertungkus-lumus memasak nasi goreng tom yam. Syazwani pula pantas meletak hidangan ke atas dulang untuk dihidang ke pelanggan. Naim bersemangat buat teh tarik. Ditariknya teh susu itu panjang-panjang, pergh siap ada gaya mamak lagi. Hareez pula lincah mengangkut pinggan mangkuk yang dah kering ke atas meja tengah-tengah dapur. Senang untuk Leon dan Syazwani mengambilnya.

          Adam Zachary melipat lengan baju ke siku dan membasuh pinggan mangkuk disingki. Hareez mengambil pinggan yang dah dibasuh dan disumbat dalam dishwasher untuk dikeringkan.

           “ Lasagna, mushroom soup dan nasi goreng tom yam untuk meja 21,” pinta Jihan dari tingkap dapur.

            “Pesanan untuk meja 21, siap,” balas Syazwani lalu menghulur dulang hidangan meja 21 kepada Jihan.

            “terima kasih,” ucap Jihan dan berlalu.

            “ Naim, teh strawberi 3 cawan untuk meja 2,” Jihan kembali semula ke tingkap dapur sambil itu Jihan menguruskan pelanggan yang ingin membuat pembayaran. Tak cukup tangan dia nak buat kerja.

             “Jihan nah pesanan untuk meja 2,” kata Naim. Dalam seminit 3 cawan teh strawberi siap dibancuh. Naim menjenguk dari tingkap dapur dan melihat Jihan sibuk di kaunter pembayaran.

             “Naim, tolong hantarkan. Aku busy,” kata Jihan. Naim akur dan keluar ke ruang hadapan untuk menghantar pesanan pelanggan meja 2.

             Adam Zachary sedari tadi mendengar perbualan pekerjanya terus berhenti membasuh dan berpaling. Apesal Jihan busy kat kaunter pembayaran pulak? Kenapa bartender Naim yang kena hantar kat customer?

               Adam Zachary hairan. Semua pekerja dia dah meninjau kecuali sorang... Humaira. “Mana Humaira?” tanya Adam Zachary bercekak pinggang.

            “Dia pergi ambil pesanan pelanggan tadi,’” jawab Syazwani tanpa menoleh. Lamanya nak ambil pesanan. Adam Zachary mengeringkan tangannya dan keluar dari dapur dan menuju ke ruang hadapan.

         Dia tercari-cari kelibat si budak kecik. Terjegil matanya melihat Humaira selamba badak duduk bersembang dengan pelangga. Nasib baik tak jadi badak je. Adam Zachary dengan muka serius dan pantas menghampiri meja 33 itu. Amboi pekerja aku tak cukup kaki tangan kat dapur tu, dia boleh sedap-sedap lepak kat sini.

        Humaira gelak sakan dengan pelanggan itu. Adam Zachary berdehem dan merenung tajam Humaira. Si budak kecik itu mempamerkan muka innocent habis.

         “Eh Adam,” tegur lelaki yang bergelak sakan dengan Humaira tadi. Adam Zachary terkejut melihat abang saudaranya.

         “Abang Huzaifah.” Huzaifah berdiri dan berjabat tangan dengan Adam Zachary.

         “Lama tak jumpa abang, buat apa kat sini?” Humaira yang mendengar hampir-hampir saja menepuk dahi sendiri. Apa punya soalan lah ahjussi ni, dah orang ni ada kat kafe mesti lah nak makan takkan nak ternak lembu pulak.

             “ Abang saja nak try makan kat kafe ni. Abang dengar kafe ni paling sedap makanannya. Dan cik adik ni pun beriya-iya mempromosikan macam-macam makanan yang sedap kat sini,” ujar Huzaifah.

           Humaira rasa dunianya gelap seketika. Oh crap, ni dah tersasar dari plan original aku. yang mamat ni cakap aku promote kafe ni apesal? Cakaplah aku kutuk kafe ni, baru lah manager aku ni buang aku dari kerja, omel Humaira dalam hati.

         Tapi memang dari tadi dia sibuk cadangkan makanan yang sedap kat kafe sedangkan tujuan dia duduk di situ adalah untuk buat managernya fikir dia curi-curi tulang time kerja. Adeyh.. plan tak menjadi nampaknya.

             “Er..encik terima kasih kerana sudi lepak dengan saya. Saya minta diri dulu ye,” Humaira bingkas bangun dan berlalu ke meja dapur. Adam Zachary dan Huzaifah memandang gadis itu hingga hilang ke dapur.

            “Pekerja baru?” Huzaifah menaikkan kening. Adam Zachary mengangguk.

                                             **********************

             Meja itu dilap dengan bersih sambil dia menyanyi lagu Taylor Swift, I knew you were trouble. Jam didinding menunjukkan pukul 6. 50 petang. Kafe itu tutup pukul 6.30 petang. Dan pekerja dibenarkan balik pukul 9 malam. Apa kes? Lama gila nak mengemas. Rupa-rupanya kena siapkan resepi untuk esok.

           Hareez mengerling gadis itu dari tingkap dapur. Humaira kelihatan khusyuk buat kerja mengelap meja. Sepanjang hari gadis itu nampak ceria dan energetik. Sedangkan yang lain semua kelihatan letih. Manager yang kerjanya terperap dalam ofis memikirkan resepi baru pun letih.

            “ Hareez, tolong keringkan  pinggan mangkuk ni,” panggil Syazwani yang membasuh pinggan di sinki. Hareez mengambil pinggan mangkuk yang sudah dicuci dan masukkan ke dalam dishwasher untuk dikeringkan.

       Syazwani membakar cheese onion bun dalam ketuhar, esok pagi panaskan saja. Lagi mudah dan effisien, bukan?

              Naim menyapu lantai kafe itu. Leon seperti biasa menambah lagi stok ramuan untuk esok. Jihan pula membuat jam strawberi sebagai menambah stok jam untuk esok.

           Adam Zachary muncul didapur. Lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku. Dia menjenguk pekerja-pekerjanya dan menolong Hareez menyimpan pinggan yang kering ke dalam almari.

              “Naim mana?” tanya Adam Zachary.

               “Dia tengah sapu lantai,” jawab Leon. Adam Zachary bergerak ke ruang depan untuk memastikan Naim buat kerja.

                “Asal sapu sorang-sorang? Humaira mana?” tanya Adam Zachary bercekak pinggang.

               “Dia pergi solat tadi,” jawab Naim lalu menggaru kepala yang gatal. Terangkat kening Adam Zachary. Nampaknya dia underestimate budak kecik itu. Humaira masih menjaga solatnya. Isy tu lah Adam, kau buruk sangka tu kenapa?

               “Kenapa ahjussi rindu saya ke?” sergah Humaira dari belakang. Adam Zachary menoleh. Humaira tersengih sambil ditangannya sebatang mop.

                “In your dreams little kid. Dah cepat mop lantai ni sampai berkilat. Lepas tu pergi kupas bawang dengan Hareez kat dapur,” arah Adam Zachary.

                 “Whatever, ahjussi,” jawab Humaira selamba. Adam Zachary mengerling Humaira yang mula mop lantai sebelum berlalu ke ofis. Hanya Humaira sorang yang memanggilnya ahjussi. Macam-macam kerenah budak ni, gerutu hati Adam Zachary.

                                      *****************************

           Humaira menyalin pakaian uniform ke baju T-shirt berlengan panjang dan seluar jeans lusuh warnanya. Tudung Ariani ditanggalkan dan digantikan dengan topi baseballnya. Uniform disumbat dalam beg untuk dibasuh.

        “Kak Wani, Kak Jihan, saya balik dulu, takut tertinggal bas,” ujar Humaira kepada pekerja kafe yang sedang mengupas bawang di meja tengah dapur. Kedua-duanya hanya mengangguk.

        “Bye Humaira,” kata Naim.

        “Humaira, jangan lupa tutup pintu kafe rapat-rapat, kang pelanggan sesat masuk waktu kita orang tutup,” pesan Hareez yang masih mengupas bawang.

         “Hati-hati Humaira,” pesan Leon pula.

          Humaira melemparkan senyuman kepada semua pekerja dan berjalan keluar kafe. Nasib baik manager ada kat dalam ofis, kalau tak mesti dia tak bagi aku balik awal 15 minit. Humaira terlihat sebuah bas baru sampai di bus stop berdekatan lantas dia berlari, takut ditinggal bas. Mama sudah memberi kebenaran untuk Humaira pergi dan balik naik bas.

         Humaira tak suka dimanjakan. Dia lebih suka buat segala benda sendiri. Berdiri atas kaki sendiri a.k.a berdikari. Dan dia tidak suka seandainya orang tahu dia anak golongan kaya-raya.

          “Macam mana kerja hari ni? Seronok?” sapa puan Raihana tatkala Humaira sampai ke rumah. Humaira menyalam tangan mamanya dan senyum.

             “Boleh lah ma.. tapi manager baru tu suka sangat arah Aira buat itu, buat ini. Ergh... dia tu siang malam terperap dalam ofis je, tak tau ke orang penat buat kerja?” bebel Humaira. Puan Raihana tersenyum mengejek, baru anak dara ni tau apa itu erti kerja.

           “Baguslah kalau macam tu. Dah nama pun kerja, mesti lah penat. Meh sini uniform, mama basuhkan. Aira pergi naik mandi. Dah solat Isya’ ke belum ni?” tanya Puan Raihana. Terasa seperti menyuruh budak kecil 5 tahun buat itu, buat ini.

           “Dah solat dah kat kafe tadi. Suraunya cantik ma. Pandai mama design,” Humaira puji ikhlas. Baju uniform bertukar tangan. Humaira menaiki anak tangga yang dirasakan seperti mendaki gunung Kinabalu.


                                                         *********************

         Adam Zachary menutup suis lampu dan air-cond setelah semua pekerja kafe pulang. Pintu kafe dikunci dan dia berjalan ke Aston Martinnya. Tak sabar rasanya nak sampai ke rumah. Badannya melekit dan lesu serta berbaur pelbagai bau. Bawang ada, sambal ada...

           Sampai di perkarangan Villa Swiss, enjin kereta dimatikan. Ruang tamu dan tingkat atas masih bercahaya, menandakan isi rumah itu belum tidur.

           “Assalamualaikum,” Adam Zachary memberi salam diluar pintu. Pembantu rumah merangkap mak saudaranya, Mak Lang, membuka pintu. Adam Zachary menyalam tangan Mak Lang tanda hormat.

            “Waalaikumussalam, lambat balik hari ni,” sapa Mak Lang.

            “Banyak kerja kat kafe tu, Mak Lang. Ummi dan Walid dah masuk tidur ke?” Adam Zachary masuk ke bahagian ruang tamu.

            “Ummi dan Walid belum balik dari surau lagi. Adam nak minum ke? Mak Lang suruh Maisarah buatkan,” pelawa Mak Lang. Adam Zachary mengangguk. Dia tak perasan pula kereta Walid takde di garaj tadi.

            “Adam, minum lah,” Maisarah muncul sambil menatang dulang. Segelas epal jus diletak atas cofee table.

           “Terima kasih Kak,” ucap Adam Zachary kepada kakak saudaranya itu. Maisarah hanya mengangguk sebelum berlalu. Terpandangkan epal jus itu, wajah Humaira terus terlayar di matanya.

            ‘Isy, astaghfirullah,’ Adam Zachary mengusir bayang-bayang Humaira jauh-jauh. Si budak kecik tu...

No comments: