Thursday 10 January 2013

KST 5



                   Jam didinding menunjukkan pukul 4.30 petang. Pelanggan pun makin berkurangan memandangkan sudah hampir masa kafe itu tutup. Jihan berasa bosan duduk di kaunter sambil menyelak buku menu kafe itu. Hareez datang lalu berdiri dikaunter.

                 “Apehal buat muka separuh mati ni?” tegur Hareez yang tua setahun dari Jihan. Jihan tak angkat muka malah menyambung kerja selak-menyelak menu kafe itu. Dia penat hari ni memandangkan bendera Jepun tengah berkibar.

                  “Weyh, serious ni. Apesal dengan kau? Moody je. Orang kat dapur tu pun moody. Bos tu pun asyik terperap dalam ofis je. Ape kena dengan semua orang hari ni?” Hareez bersuara. Jihan menutup buku kafe itu lalu  menongkat dagu dan memandang sekeliling. Malas nak jawab soalan Hareez. Dia sendiri tak tahu kenapa suasana kafe hari ni agak mendung.

                “Mana Humaira?” dia baru perasan sejak pagi tadi dia tak nampak gadis ceria tu.

                  “Dia kena denda dengan bos,” jawab Naim dari tingkap dapur dibelakang kaunter. Jihan terkebil-kebil mendengar. denda?

                   “Dia ambik masa lama untuk buat delivery, so bos kira dia ponteng kerja lebih setengah jam,” terang Hareez yang memahami persoalan yang berlegar dibenak gadis itu.

                   “Tu pun kena denda?” Naim dan Hareez menjongket bahu. Selama ni mereka buat salah atau ponteng kerja sekejap, Adam Zachary tak pernah denda pun. Marah je lah tapi denda tak pernah.

                   “Hareez, kau jaga kaunter sat. Aku nak gi surau,” ujar Jihan. Dia nak baring sekejap, pinggangnya rasa lenguh.  Hareez mengangguk dan masuk ke bahagian kaunter. Jihan berlalu ke surau di tingkat dua. Adam Zachary baru keluar dari surau lelaki dan senyum kepada Jihan.

                 “ Err.. bos..” panggil Jihan. Adam Zachary baru nak menuruni tangga, menoleh.

                   “ Bos nampak Humaira tak?” tanya Jihan. Adam Zachary angkat bahu.

                  “Entah.” Jihan terpinga-pinga. Apa punya jawapan daa. Sendiri denda, sendiri tak tahu.  Adam Zachary menuju ke tandas, dia masuk ke dalam tandas lelaki. Pergh.. berkilat dan harum baunya. Terer jugak budak kecik ni buat kerja. Tapi mana Si Humaira ni? Dia masuk pula tandas perempuan.

                “ARGHH!!!!!!” teriak seorang perempuan yang sedang berdiri ditepi sinki untuk membasuh tangan. Adam Zachary terkejut lantas keluar dan menutup pintu rapat. Dia menghembus nafas perlahan. Isy, memalukan betul. Mukanya merah malu. Jantungnya juga berdegup laju.  Adam Zachary berlalu ke ofis.

                    Humaira dan Hannah yang berada dalam tandas tadi ketawa berdekah-dekah. Nasib baik tak berguling-guling kat atas lantai. Perempuan yang menjerit tadi ialah Hannah dek terkejut diserbu manager kafe itu. Sape tak melalak kalau orang lelaki mengganggu privasi?? Humaira pula tengah mengemop lantai tandas itu juga terkejut lelaki itu berani main terajang pintu masuk. At least ketuk lah dulu kalau nak check on aku pun.

                “kelakar giler muka ahjusii tu! kahkahkaha!!!” kuat giler Humaira gelak sampai hentak-hentak mop atas lantai. Hannah pula terpaksa pegang sinki dek sakit perut gelak kuat.

                                     ***************************

            Hari Jumaat dan Sabtu kafe ditutup. Humaira dapat rehat sepuas-puasnya. Lepas Subuh Humaira membaca Al-Quran kemudian dia menolong Puan Raihana menyediakan breakfast untuk mereka berdua.

          Mama dan abahnya bercerai 12 tahun yang lalu. Humaira mempunyai kembar bernama Huda. Ketika itu dia hanya berumur 6 tahun. Perkahwinan mama dan abah tak pernah direstui oleh Dati Nayli, ibu Puan Raihana. Demi menjaga hati seorang ibu mertua, abah setuju untuk berpisah walaupun Puan Raihana berat hati. Lebih menyayat hati apabila pasangan kembar itu juga dipaksa berpisah. Humaira memilih Puan Raihana dan Huda memilih Encik Yusuf kerana Huda lebih rapat dengan abahnya.

            Humaira jarang menziarah abah dan Huda. Kalau ye pun dia terpaksa berjumpa secara sembunyi tanpa pengetahuan Datin Nayli yang sangat tidak suka Encik Yusuf. Entah apa masalah nenek tua tu dengan abah dia pun tak tahu.

            “Aira nanti tolong belikan barang dapur, ye,” pinta Puan Raihana. Humaira mengangguk.

 Di Supermarket......

        Humaira mencapai barang-barang yang dipesan mama dan dimasuk ke dalam bakulnya. Barang yang dipesan tak banyak. Dah dua orang je duduk dalam rumah tu, nak makan banyak-banyak buat apa.

         “Kali ni awak jangan langgar saya pulak,” tegur Adam Zachary yang berada dibelakangnya. Humaira tergamam melihat bosnya yang berpakain santai T-shirt biru lembut berlengan panjang dan jeans hitam. Sangat..erm.. mengugat jiwa perempuan. Ceh terlebih sastera pulak daa.

             “ Ahjussi buat apa kat sini?” tanya Humaira.

             “ Tengok bola,” sarkastik punya jawapan. Humaira bengang dengan muka sinis manager tu.

             “Tengok bola? Mana? Mana? tak nampak pun pemain bola?” sindir Humaira pula siap buat-buat cari players, referee, goalkeeper. Adam Zachary hanya tergelak. Budak kecik ni ada je benda nak balas.

               “ Banyaknye beli aiskrim,” Adam Zachary meninjau ke dalam bakul Humaira. 3 kotak aiskrim strawberi!  

                “ Eh suka hati saya lah beli berapa banyak pun. Perut saya, bukan perut awak,” ujar Humaira. Humaira menjeling bakul lelaki itu pula. Ada rempah, bawang merah, kunyit, sayur-sayur, sekotak ubat gigi dan sabun mandi.

                   “Ahjussi nak masak ke?” tanya Humaira. Adam Zachary senyum saja dan mencapai cereal box Honeystars di rak sebelah Humaira.

                   “Kenapa, don’t think I can cook?” keningnya diangkat tinggi.

                   “Saya tak cakap apa-apa pun,” dalih Humaira dan berlalu ke kaunter untuk buat pembayaran. Sony Xperia Z milik Humaira bergetar menandakan satu SMS masuk.

Mama: Mama ada kat rumah Mak Long, dh habis beli barang datang lah sini. Lunch sekali kat rumah Mak Long.

        Humaira mencebik meluat. Tak mau dia ke rumah Datin Qira, mesti Adrian a.k.a  annoying orange tu ada. Adrian ketua pengawas di sekolah merangkap sepupu Humaira. Dihadapan khalayak ramai mamat bajet bagus tu boleh lah berlakon bagus dan baik. Sampai cikgu-cikgu dan adik-adik junior puji mamat tu melambung-lambung. Nak saja aku lambung Adrian sampai ke planet Saturn. Tetapi apabila bersua muka dengan Humaira, sikap bagus Adrian berubah jadi mamat paling menjengkelkan di dunia ni. Ada saja mamat tu tak puas hati dengan Humaira. Entah apa masalah.

          Humaira masih beratur di kaunter pembayaran. Pantas jari jemarinya membalas SMS mama.

 Humaira: tak mau lah mama. Aira lebih rela lunch dengan itik kat tepi tasik daripada menghadap annoying orange tu.

            Selepas buat pembayaran, kaki Humaira laju diatur ke scooternya yang parking cantik tu. Plastik itu diletak dalam raga scooter itu. Topi baseball ditanggalkan dan diganti dengan helmet ala-ala pelumba motor di litar Sepang.

         Enjin motor dihidupkan. Next stop: rumah Hannah. Minyak ditekan dan dia pecut laju. Adam Zachary yang baru keluar dari Supermarket hanya tersenyum kecil. Tak padan dengan kecik, nak merempit.

                                            **********************

           Pekerja kafe diberikan cuti selama 3 hari sempena hari ulang tahun kafe ‘Strawberry Tea’ yang ke-5. Humaira dipaksa balik ke kampung. Semua ini angkara Datin Nayli a.k.a Granma yang tetiba murah hati nak ahli keluarga berkumpul. Walaupun Datin Nayli seorang jutawan, tetapi hati nenek itu baik dan tidak pernah memandang rendah terhadap golongan miskin. Malah Datin Nayli lebih suka duduk kat kawasan kampung. Katanya lebih tenang dan tak bising seperti duduk di bandar.

          Keluarga Datin Nayli tak ramai,ada  Puan Raihana dan Humaira, keluarga Mak Long,  keluarga Mak Ngah, dan Keluarga Pak Su. Sepupu Humaira hanya Hannah, Ryan, Yahya, Ain, Annoying Orange (Adrian), Kak Syifa dan Abang Alif.

          Suasana pagi di kampung itu berbeza dengan suasana di bandar. Kebiasaannya dibandar pasti dengar deruan kereta dan motor yang lalu lalang dan mungkin bunyi kicauan burung murai. Tetapi di kampung ni, pagi-pagi dengar ayam rumah jiran sebelah berkokok mengejutkan penduduk kampung bangun Subuh. Ayam pun reti bangun Subuh. Angin pagi yang sejuk terasa hingga ke tulang hitam, dan embun pagi di pokok dan rumput menyapa pandangan.

           Humaira duduk diberanda rumah granma, rumah kampung moden. Keluarga Mak Ngah dan Keluarga Pak Su belum sampai lagi, mungkin tengah hari nanti sampai lah mereka tu. Puan Raihana dan Humaira sampai sejak malam semalam lagi. Jarang Humaira balik rumah granma. Dalam sebulan maybe sekali je.

           “Aira,” Puan Raihana muncul dimuka pintu dengan bertudung. Mama memang menjaga auratnya, cuma si anak dara ni je belum-belum dapat seru untuk memakai tudung. Mama dah banyak kali menasihatinya untuk pakai tudung sampai dah jemu mama nak ulang benda yang sama. Oleh sebab itu, mama dah tak larat nak tegur lagi hanya mendoakan supaya Allah membuka hati anak gadisnya itu.

            “Ye ma?” sahut Aira.

            “Tolong pergi beli kuih-muih atau apa-apa je lah untuk sarapan, mama buat nasi goreng je tapi takde pencuci mulut,” ujar Puan Raihana. Duit sebanyak RM50 dihulur kepada anak gadisnya. Humaira berdiri dan menyambut duit itu.

          “Okey, madam. I’m on it,” kata Humaira dengan semangat lagaknya tak ubah seperti tentera mendapat arahan daripada komander.

            “Hey nak pergi mana tu?” tegur Puan Raihana. Humaira yang tengah pakai selipar itu tercengang memandanga mamanya. Tadikan suruh pergi beli kuih, orang nak pergi beli lah ni...

           “Nak pergi warung lah ma. Takkan Aira nak pergi kilang kuih pulak,” loyar buruk pula minah ni. Puan Raihana menjegilkan matanya.

           “ Nak pergi dengan baju tidur sekali ke?” perli Puan Raihana. Hah sedap punya sindiran. Humaira mengerling pemakaiannya. T-shirt lengan pendek dan boxer takat lutut. Eii pemakaian macam anak jantan je. Humaira tersengih malu. Dia segera berlari masuk dalam rumah dan menukar memakai baju lengan panjang dan seluar track. Sebelum Subuh lagi dia dah mandi cuma tak salin baju je.

               Kakinya dihayun mencari warung yang sibuk beroperasi waktu pagi-pagi begini. Humaira menggaru belakang telinganya. Dia dah sesat jalan ke? Dia ingat-ingat lupa selok-belok kampung yang indah dan aman ini. Ceh baru berapa bulan je tak jejak dah ingat-ingat lupa. Terlebih minum air semut ke apa aku ni.

               Kiri kanannya hanya rumah orang. Di hadapan itu ada sekolah tadika. Erk?! Aku benar-benar sesat. Nak cari warung makan pun sikit punya susah, rungut Humaira dalam hati. Namun dia bukan mudah give up apabila masalah datang. Dia akan smackdown masalah tu habis-habisan sampai dia dapat cari warung makanan.

           Sewaktu melewati tadika itu, seorang wanita dan budak lelaki 10 tahun menjual kuih-muih. Humaira rasa nak lompat girang je kat situ dek kerana terlalu gembira. Alhamdulillah, tak jumpa warung tapi jumpa kuih! Memang rezekinya berjalan jauh dan tersesat ke simpang mana tapi jumpa juga apa yang dicari. Hah itulah pentingnya usaha dan tidak mengaku kalah. Hwaiting Aira!

         “Cik, saya nak beli semua kuih ni,” kata Humaira dengan ceria. Terlalu happy menjadikan dia terlebih murah hati. Mak cik tu pun dah senyum melebar. Wah rezeki besar hari ni Allah bagi. Satu pelanggan, habis semua kuih, dan untungnya juga  dapat.

           “Semuanya RM 39.40,” ujar mak cik itu. Humaira masih dengan senyuman manisnya.

           “Nah, bakinya mak cik ambillah, terima kasih ye mak cik, dik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” Humaira cepat-cepat beredar takut mak cik tu tak mau menerima duit selebihnya. Habis segala kuih-muih diborongnya. Wah berpesta kuih lah gamaknya hari ni.

           Okey, satu lagi masalah... mana jalan balik? Humaira termangu-mangu apabila sampai disimpang empat. Nak belok kiri ke kanan atau straight don’t belok-belok?

         Dia menyeluk poket seluarnya. Allah! Dugaannya! Phone pun aku tak bawak! Humaira rasa nak meraung kat situ. Ditangannya ada 5 plastik beg kecil. Tentu mama dan granma tengah menunggu aku..dan kuih ni. Humaira mengeluh halus.

           ‘Setiap kebaikan yang dibuat tanpa dimulakan dengan bismillah adalah sia-sia,’ terngiang-ngiang suara manager kereknya. Humaira berjeda. Aku nak balik ke rumah untuk bagi sarapan kat mama dan granma, itu perkara baik kan?

           Dengan lafaz  bismillah, Humaira melangkah mengambil simpang kanan. Dalam hati berdoa supaya Allah tolong dia cari jalan balik ke rumah. Matanya terkebil-kebil melihat suasana sekeliling, cuba mengingat. Rasa-rasanya tadi aku ada pass by sawah ni. Tengah dia termangu-mangu seperti rusa sesat masuk kampung, sebuah basikal berhenti di tepinya. Bukan basikal tua atau lapuk. Basikal biasa je lah.

        “Assalamualaikum,” sapa orang tu. Humaira mencebik dalam hati, isy mamat miang mana nak ngorat aku pagi-pagi ni? Humaira mendongak.

          Erk!

          “Ahjussi!” spontan Humaira berkata. Matanya terbeliak dan mulutnya separuh ternganga. Ni barulah muka benar-benar terkejut. Adam Zachary yang berpakaian santai tersenyum kepadanya. Hisy, hensem pulak bos aku hari ni.

          “Ahjussi buat apa kat sini?” pelik Humaira. Ke mana saja dia pergi pasti bertembung juga dengan ahjussi kerek. Hari tu kat Supermarket, sekarang kat kampung aku pun jumpa.

           “Awak boleh lagi tanya saya soalan tu Humaira? Ni kampung saya lah. Saya tak perasan pula awak sekampung dengan saya,” kata Adam Zachary. Humaira tersenyum kelat macam senyum kambing pun ada. Lelaki itu mengerling Humaira dari atas hingga bawah kemudian keningnya berkerut.

           “Awak nak ke mana?” tanya lelaki itu. Humaira rasa nak terjun dalam sawah je. Takkan nak mengaku dia sesat,  simpang malaikat 44. Pasti ahjussi ni ketawakan aku nanti.

            “Nak balik rumah nenek saya lah. Takkan nak pergi main sawah kot,” Humaira berloyar buruk nak cover malu. Adam Zachary angkat kening dan senyum sinis.

            “Awak berpakaian macam ni, bukan nak turun sawah ke?” perli lelaki itu. Humaira mengerling pakaiannya. Aku pakai baju macam mak-mak dan pak-pak yang bendung sawah ke?

             “Mana ade. Orang nak balik lah,” tempelak Humaira.

            “Oh yeah? Awak nak balik rumah ke mana, Humaira binti Yusuf? Depan sana tu  cuma ada sawah dan sekolah je, cik adik oi,” sindir lelaki itu. Adam Zachary ketawa kecil. Dari jauh dia cam topi baseball warna pink milik Humaira. Dia memang nak ke sawah dan dia fikir Humaira juga nak ke sawah. Tak sangka gadis itu nak balik rumah tapi menuju ke sawah.

              Humaira dah berona merah wajahnya. Aisey, sawah ke kat depan tu? Malunyer aku. Kali ni dia betul-betul nak terjun dalam sawah.

             “Awak jarang balik kampung ke Humaira?” Adam Zachary masih dengan senyuman mengejeknya. Dah sesat tak nak tanya orang, budak ni kepoh betul.

             “Rumah nenek awak kat mana? meh saya tolong hantar awak balik,” pelawa Adam Zachary lembut. Humaira teragak-agak nak terima offer itu. Dia tahu lelaki itu takkan buat benda tak baik padanya.

              “Err..  depan rumah ada... pondok kecil,” Humaira memberi description lokasi rumah granma. Adam Zachary berfikir, di mana lokasi yang disebut Humaira.

               “Owh, dekat dengan masjid?” Adam Zachary ingin kepastian. Humaira mengangguk.

                 “Cepat naik, saya hantar awak.” Humaira terbeliak matanya. Gila! Tak mau aku naik basikal dengan ahjussi ni. Humaira mengeras disitu. Dia trauma naik basikal. Waktu kecik-kecik dulu dia terjatuh dari basikal dan paling best dia melayang bagaikan superman masuk ke dalam longkang depan rumah. Sape tak trauma weyh??

                 “Cepatlah Humaira binti Yusuf. Nak saya dukung awak ke?” ugut lelaki itu. Humaira cepat-cepat membonceng dibelakang. Adam Zachary mengayuh perlahan dan berhati-hati basikal itu supaya Humaira tak perlu peluk pinggangnya. Sekali pandang nampak macam sweet couple je. Dua kali pandang, ragu-ragu couple ke adik-beradik?

                Humaira hanya mencengkam hujung baju lelaki itu. Takut terjatuh. Angin pagi menampar lembut wajahnya. Rasa best pulak. Ditambah lagi driver basikal ni hensem. Humaira terharu dengan kebaikan lelaki itu. Walaupun dia selalu nak sakitkan hati lelaki itu supaya dipecat segera tetapi manager kerek itu tetap berbuat baik dengannya.

             Matanya mencuri-curi pandang wajah lelaki itu dari belakang. Adam Zachary hanya senyum sepanjang masa. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipi lelaki itu. Warghhh memang cair lah. Tanpa disedari Humaira juga tersenyum dan perlahan-lahan perasaan takut nak naik basikal itu pudar.

              Humaira terjenguk-jenguk ke hadapan apabila dia nampak rumah jiran sebelah rumah Datin Nayli, Humaira menyuruh Adam Zachary memberhentikan basikal. Dia tak mahu lelaki itu tahu dia cucu jutawan. Kalau boleh dia tak mahu sesiapa tahu.

             “Rumah nenek dekat-dekat situ je. Terima kasih tolong hantar saya balik,” ucap Humaira dengan ikhlas setelah turun dari basikal. Adam Zachary memandang ke arah deretan rumah di situ. Mana satu rumah nenek gadis ini?

             “Awak tahu tak awak berjiran dengan seorang jutawan?” tanya Adam Zachary. Ye lah mana tahu kot-kot budak ni tak kenal jiran-jiran sebelah.

             “Saya tahu ada nenek jutawan duduk kat sini. Awak ingat saya katak bawah tempurung ke?” bidas Humaira, berlakon. Adam Zachary tersenyum. Tatkala itu Humaira terpana. Rentak jantungnya tetiba tak stabil. Degupan jantungnya laju sangat. Apesal ni? Renungan mata lelaki itu membuatkan debar di dadanya bertambah teruk.

               “Er.. okey. Nah ni sebagai tanda terima kasih,” ujar Humaira demi menutup perasaan aneh itu lalu menghulur satu plastik kuih.

                “Terima kasih, Humaira. Saya tolong awak tadi ikhlas kerana Allah,” ujar Adam Zachary perlahan.

                “Saya tahu tapi saya terbeli lebih kuih tadi. Daripada saya membazir baik saya bagi kat awak,” tambah Humaira. Dia takut lelaki itu tersalah faham.

                “Okey, assalamualaikum ahjussi,” kata Humaira lalu berlari-lari anak menuju deretan rumah itu. Adam Zachary tersenyum kecil. Hatinya tercuit dengan gadis itu. Dia mengayuh basikal menuju ke sawah padi.

No comments: