Tuesday 18 December 2012

Cupcake Yaya


Bab 7

Yaya menadah tangan, berdoa kepada Ilahi. Selepas membaca doa dan mengaminkannya, dia terdengar bunyi batukan nenek yang kuat dan bunyi loceng. Nenek bila nak panggilnya, nenek gunakan loceng sebab nenek tak larat nak bercakap.

           Yaya pantas menanggalkan telekung dan berlari ke bilik nenek. Kelihatan nenek sesak nafas.

           “Nenek, ya Allah,” Yaya tak tahu nak buat apa. Nenek perlukan oksigen. Pantas dia mencapai tudungnya dan berlari ke rumah sebelah. Dia mengetuk pintu rumah Mak Cik Idah bertalu-talu.

           “Mak Cik Idah!!! Tolong! Nenek sakit!” Yaya berasa sebak. Air matanya mula bertakung. Mak Cik Idah keluar dengan tergesa-gesa.

            “Kenapa Yaya? Kenapa dengan Nek Eyang?” cemas Mak Cik Idah. Yaya tak terkeluar suaranya. Lalu menggeleng. Mak Cik Idah bergegas ke rumah Nek Eyang. Mak Cik Idah mendapatkan Nek Eyang.

            “Akak! Ya Allah,” Mak Cik Idah cemas melihat mata Nek Eyang yang menjuling ke atas.

            “Yaya, panggil doktor!” arah Mak Cik Idah. Yaya mengangkat gangang telefon. Talian tiada. What? Dia berlari ke bilik dan mencapai Blackberrynya. Dia dail nombor Doktor Hasan yang selalu merawat nenek.Tak dapat. Tiada talian? Apehal tetiba takde talian ni?. Ya Allah , apa aku nak buat ni.

           Tanpa berlengah-lengah. Yaya keluar dari rumah. Hanya nenek yang bermain dalam mindanya. Dia tak pedulikan dirinya. Yang penting nenek. Yaya berlari sekuat hati ke kampung Aman. Ke klinik yang baru dibuka itu. Nenek bertahan sikit nenek, Yaya nak panggil doktor ni.

                                               ********************

              Kim berjalan pulang ke klinik selepas membeli gula di kedai sebelah. Dia ternampak Yaya baru keluar dari klinik dengan muka gelisah dan tak tentu arah. Gadis itu berlari menyeberang jalan. Kim berasa tak sedap hati.

             Pantas dia masuk ke dalam klinik. Hana dalam bilik. Sara yang duduk dikaunter kelihatan pucat.

             “Sara awak kenapa? Awak okey tak?” tanya Kim.

              “Yaya.” Sepatah yang keluar dari mulut Sara.

               “Kenapa dengan Yaya?”

               “Tadi Yaya datang, dia mintak tolong tapi.. doktor Hana halau dia,” luah Sara, cuak dan risau. Kim terkejut. Hana halau? Dia rasa geram dan marah tetiba terhadap Hana.

                “Doktor, saya risau pasal Yaya. Saya tak pernah tengok Yaya sepucat dan tak tentu arah macam tu. Saya takut kalau-kalau something happen kat nenek Eyang,” ujar Sara. Dia betul-betul tak sedap hati apabila melihat Yaya merayu kat kaki Hana tadi.

           “Tolong doktor, nenek saya,” masih terngiang-ngiang rayuan dan lirihan Yaya dikaki Hana.

             “Nenek?” ulang Kim. Sara mengangguk pantas.

             “Sara come with me. We have to find Yaya. We need to help her,” arah Kim. Sara pantas bangun. Mereka masuk ke dalam kereta Kim.

            “Kita pergi ke Kampung Anggerik. Saya dapat rasa Yaya balik ke kampungnya untuk mintak bantuan kawan-kawan dia,” cadang Sara, cekap. Kim menekan minyak dan meluncur laju ke kampung sebelah.

                                       ************************

            ‘ Ya Allah, aku mohon sangat pada-Mu, tolonglah selamatkan nenek. Aku dah takde sesiapa kecuali nenek. Please Ya Allah, dengarlah permintaanku ni,’ Yaya tidak henti-henti berdoa dalam hati. Dia berlari laju balik ke Kampung Anggerik. Dia perlu mintak bantuan Bai, Ying dan Gopal.

            “Argh!!” kaki Yaya melecet dibahagian tepi. Kakinya yang pedih-pedih itu tidak dihiraukan. Lagi sikit je nak sampai. Padahal jauh lagi nak sampai kampung. Oksigen tak cukup sampai keseluruh anggota. Yaya rasa seperti hendak pitam.

            ‘No. Not yet. I can make it,’ dia berdegil. Dia terjatuh juga ke lantai. Rasa lemah untuk bangun. ‘Nenek, tunggu sekejap Yaya datang ni,’ bisik Yaya perlahan seraya cuba untuk bangun.

                                          ***********************

                “Doktor! Tu Yaya!” Kim berhenti serta-merta. Dia bergegas keluar dari kereta dan mendapatkan Yaya yang terkulai disitu. Sara menggoncang tubuh Yaya.

               “Yaya!” panggil Sara. Yaya membuka matanya. Bergenang air mata dikelopak mata Yaya.

                “Kak Sara.... nenek,” bisik Yaya, sedih.

               “Yaya jangan risau. Ni ada Doktor Kimi. Dia boleh tolong nenek Eyang,” ujar Sara menahan air mata.

                 “Let’s get her in the car,” gumam Kim lantas mendukung tubuh Yaya masuk ke dalam kereta.

                “Sara tunjuk saya jalan ke rumah Yaya,” pinta Kim.

No comments: