Monday 24 December 2012

KST2

KST 2




                   Baju T-shirt tertulis ‘Dare Devil’ disarung. Entah gila apa minah sorang ni. Dah lah hari ni Puan Raihana sendiri yang akan hantarnya ke kafe. Seluar jeans kegemarannya disarung. Rambutnya yang blondish-brownish , bukan dye okey, memang pure asli, dilepas.

                    “Aira, kamu pakai baju macam tu kenapa?pergi salin baju lain,” marah Puan Raihana tatkala Humaira turun tangga. Nasib baik tak heart attack dek terkejut gaya pemakaian anak dara sorang tu. Humaira menarik muncung dan naik semula ke atas.

                 Baju T-shirt plain dan kemeja stripe disarung tanpa dibutangkan. Macam tomboy je. Topi baseball kesayangannya tidak lupa dibawa sekali. Bergaya tak? Hahaha. Puan Raihana hanya menggeleng. Tak kuasa nak jerit-jerit dah.

                                              **************************

                  Adam Zachary mengeluarkan kunci kafe dari poket seluar. Dia menoleh ke kanan, Naim berjalan ke arah kafe dengan skateboardnya. Adam Zachary tersenyum kecil sebelum masuk ke dalam kafe.

              “Assalamualaikum encik Adam,” sapa Naim dengan earphone masih ditelinga. Adam Zachary menjawab salamnya dan berlalu untuk membuka suis lampu dan air-cond kafe.

                Naim berhentikan skateboardnya, earphone dicabut dari telinga. Leon tetiba muncul dengan gaya kedua-dua tangan dalam poket seluar dan slingbag. Huisy, tergugat iman perempuan kalau nampak nih.

                 “Awal pulak hari ni,” perli Leon. French guy speaks Malay. Awesome. Leon ialah dua pupu kepada Adam Zachary.

                 Naim tersengih. Selalunya dialah orang paling lambat datang. Mereka berdua masuk ke dalam kafe.

              Syazwani yang baru sampai dihadapan kafe sempat membetulkan tudungnya sambil melihat cermin tingkap kafe itu.

                  “Kak Wani!!” sergah Hareez yang kelihatan baru berlari seratus meter.

                  “Hisy, Hareez kau ni buat akak terkejut je. Ni apahal peluh-peluh ni?”

                    “Tertinggal bas tadi. So lari je lah. Besides nanti tukar jugak pakai uniform kafe yang awesome tu,” balas Hareez lalu menapak ke bilik salinan di tingkat atas kafe. Kafe itu ada dua tingkat. Tingkat bawah ada dapur, ofis, tempat pelanggan makan. Tingkat atas ada surau, changing room pekerja, ruang pekerja Kafe ‘Strawberry Tea’ untuk hangout (ada sofa dan coffee table je) dan ruang makan pelanggan.

                 “Semalam aku call Puan Raihana, pasal pekerja baru kita tu,” ujar Syazwani kepada Naim ketika mereka berdua sedang menurunkan kerusi dari meja.

                “What did she say?” tanya Naim. Dia mengelap meja itu.

                  “Dia cakap pekerja baru tu ada hal lain semalam so tak boleh masuk tapi hari ni dia confirm datang,” ujar Syazwani. Naim mengangguk. Arif benar dengan perangai Puan Raihana yang boleh jadi queen control kadang-kadang.

                 “Korang cakap pasal apa tu?” sampuk Jihan yang baru sampai. Saja nak menyibuk. Dia tersengih kepada Syazwani yang menjeling. Suka sampuk conversation orang.

                 “ Pekerja baru.”

                 “Owh, I wonder if it’s a guy or a girl,” ujar Hareez pula yang membetulkan alas meja sambil mengerutkan dahi.

               Tetiba pintu kafe itu dibuka dari luar. Semua menoleh. Kecuali Adam Zachary yang berada di dalam ofis, of course.

                “Hi,” kata Humaira selamba. Semua tercengang memandang budak 18 tahun yang nampak macam 16 tahun.

                 “Er... hi,” jawab pekerja-pekerja kafe itu dengan awkward.

                “Er.. saya... I’m here to fill in the ....jawatan kosong?” ujar Humaira, dia sendiri tak pasti. Semua pekerja kafe blink.

                 “Oooowhhh,” panjang ‘o’ pekerja kafe itu. Serentak pekerja kafe itu menuding ke arah ofis seolah-olah berkata, ‘Sila ke ofis untuk punch-in card.’

          Humaira berwajah kelat. Okey , this is freaking me out. Dia berjalan berhati-hati ke arah ofis. Matanya masih perhatikan pekerja-pekerja itu yang memandangnya tanpa berkelip.

                                              ************************

             Adam Zachary membelek gadis itu dari atas hingga ke bawah. Sampai ke kepala gadis itu, matanya dikecilkan. I know that hat. Dia cam sangat-sangat baseball cap itu. Budak yang langgar dia semalam. Adam Zachary sandar pada meja kerjanya dan berpeluk tubuh.

             “I know you. You’re that clumsy little girl from yesterday,” ujar Adam Zachary sambil tersenyum sinis. Humaira, sejak dia masuk ofis itu dan nampak batang hidung mamat itu dia terus jadi gugup. Dan dia sentiasa menunduk pandang lantai.

            ‘Clumsy little girl?!!! Kuajor gila mamat ni. Kang aku humban dia dalam lori sampah baru tahu,’ bisik hati Humaira, menahan geram.

             “You don’t remember me?” tanya Adam Zachary lagi. Naim,Hareez dan Leon mengintai dari luar ofis. Syazwani dan Jihan memang berdiri disebelah Humaira mengerling Humaira sekilas. Semua pekerja tercengang. Ni jejak kasih ke apa?

                “Err... nope. Not at all. Tak ingat pulak saya pergi mana-mana semalam or langgar sape-sape,” balas Humaira selamba tapi masih melindungi wajahnya. Adam Zachary mengherotkan sedikit bibirnya ke tepi.

                “Tanggalkan topi tu,”arah Adam Zachary. Humaira dah kalut dah. Alamak! I’m so dead.

                “Take off the hat and look me in the eye. Maybe awak akan ingat apa jadi semalam,” ulang Adam Zachary, menyindir. Humaira menlepaskan keluhan dan perlahan-lahan dia tanggalkan baseball capnya. Rambutnya yang disumbat dalam topi terurai jatuh. Fuh, macam iklan syampu pulak.

               Semua terlopong. Naim dan Hareez sampai terbeliak mata. Leon yang selalunya cool, tetiba tergamam. Syazwani juga terbeliak mata. Jihan ternganga luas. Hanya Adam Zachary yang berlagak biasa boleh lagi tersenyum kecil. Humaira masih tidak bertentang mata dengan manager barunya itu.

               Dia sempat menjeling sedikit Syazwani yang tak henti-henti terbeliak. ‘Haisy! Apesal dia orang ni macam tak pernah tengok orang? Aku rasa awkward pulak ditenung macam tu,’ omel hati Humaira.

               “Look me in the eye,” arah Adam Zachary. Dia dengar gadis itu mengeluh bosan. ‘Kalau macam ni lah perangai manager baru aku, Mr. Bossy, aku nak cepat-cepat quit lah,’ putus hati Humaira. Dia beranikan diri bertentang mata dengan lelaki itu. Apa? Fikir budak kecik ni tak berani ke? Biar badan kecik tapi jiwa besar. Merepek lah kau Humaira. Adam Zachary tersenyum puas. Ikut jugak arahan aku.

             “Sekarang dah masuk waktu bekerja. Kak Wani tolong uruskan budak kecik ni. Show her around the cafe and her schedule,” Adam Zachary berkata lembut kepada Syazwani. Syazwani mengangguk.

             “oh, and... jangan lupa ikat rambut awak kemas-kemas dan pakai tudung, Humaira,” tambah adam Zachary. Huh! Tu nak perli aku ke apa? Humaira mengetap bibir. Sakit jiwa dia menengok senyuman sinis mamat separuh Korea ni. Eiii, tak tahan aku kalau setiap hari hadap muka dia.

      ‘Aku perlu cari jalan penyelesaian. Tak sanggup aku dapat manager yang kerek semacam. Tapi aku dah janji dengan mama akan kerja,’ rungut Humaira dalam hati.

        ‘Tapi.. kalau mamat ni sendiri pecat aku, maknanya aku tak mungkir janji sebab bukan aku yang tak nak kerja tapi.... diberhentikan kerja,’ hasut orang kiri. Humaira evil laugh dalam hati.

           Humaira menayang senyuman separuh sinis dan berpeluk tubuh. Lalu dia berjalan menghampiri manager itu. Dalam jarak 15 sentimeter Humaira berhenti.

            “Aresseo (Got it), ahjussi,” ujar Humaira dalam bahasa Korea. Ambik kau, mangkuk hayun. Kan sedap kena perli macam tu. senyuman sinis Adam Zachary hilang entah ke mana, tinggal riak dingin saja diwajah Korea itu.

            Semua pekerja terlopong dan tercengang.

            “Berani gila budak ni,” bisik Hareez.

             “I know. She’s freaking awesome,” bisik Naim. Yes ada jugak orang sama gila dengan aku. tapi segila-gila aku pun aku tak berani nak bantai cakap Korea in his face.

              “Wow,” Jihan yang alim itu terkelu lidah.

               “ Humaira is her name?” bisik Leon. Naim dan Hareez mengangguk. Mata mereka tak lepas daripada memandang Humaira yang keluar dari ofis dan ke tingkat atas dengan muka selamba rock. Sewaktu Syazwani melintasi ketiga-tiga jejaka itu dia berkata tanpa suara, “She’s crazy but I love this kid!”

               “We know!” balas ketiga-tiga jejaka tanpa suara.

                                              **************************

                Syazwani menunggu diluar changing room. Excited semacam dapat member baru. Dah lah budak ni berani habis. Bukannya pekerja kafe itu tak menghormati manager atau tak suka manager itu .. but it’s about time someone mengubah tradisi kafe mereka. Setiap hari kafe itu melalui benda yang sama, tiada apa-apa yang menarik berlaku. Bosan. Sekarang ada Humaira a.k.a budak sekolah yang tak matang pasti meriah sikit.

         “Ehem,” Humaira berdehem apabila keluar dari changing room. Sekali lagi Syazwani terlopong. Ya Allah cantiknya budak ni bertudung. Uniform kafe simple tapi cantik dan menutup aurat. Bagi perempuan, blause dan seluar slack hitam dan tudung Ariani. Bagi lelaki, t-shirt berkolar dan seluar slack hitam.

            “Wow, you look amazing,” puji Syazwani, terkedu. Humaira tersipu malu.

            “Err...so....saya nak kena buat apa ni?” Humaira menukar topik. Puji lama-lama makin kembang aku. Syazwani senyum dan menarik Humaira ke dapur. Sewaktu melewati hadapan ofis yang terbuka pintunya, Humaira menjenguk sedikit ke dalam. Kelihatan Adam Zachary sedang menunduk membaca sesuatu.
              “Peace, ahjussi,” laung Humaira sambil tersengih dan jari buat tanda peace. Adam Zachary tersentak lalu mendongak. Dia juga tercengang. Tak pernah-pernah pekerjanya buat macam tu.

               Adam Zachary menggeleng kepala, menghilangkan budak kecik itu dari fikirannya. Dia sambung dengan bacaannya yang terbengkalai tadi.

No comments: