Thursday 10 January 2013

KST 4





           Pagi-pagi Humaira dah tercongok di hadapan kafe menunggu pemegang kunci kafe datang. Mamanya yang memaksanya pergi awal-awal. Macam dia tak tahu kenapa mama suruh dia pergi seawal pukul 7 pagi sedangkan kafe buka pukul 8, sebab sementara menunggu jarum jam berganjak ke angka 8, Humaira pasti sedap buat tahi mata. Hehehe...

          “Assalamualaikum Humaira,” tegur satu suara. Humaira yang duduk ditepi dinding bangunan kafe itu mendongak. Terpana Humaira seketika. Leon bagi salam?

          “Awak cakap apa tadi?” tanya Humaira tanpa berselindung. Leon tersenyum dan ikut bercangkung disebelah gadis itu.

           “Saya cakap, Assalamualaikum,” ulang Leon. Humaira terkebil-kebil. Maknanya aku tak pekak lagi .

           “Awak Islam?” tanya Humaira, straight to the point, takde kona, kona.

            “Yes I am a muslim, Humaira. Dan awak masih belum jawab salam saya,” ujar Leon. Humaira tersentak lalu tersengih kambing.

           “Waalaikumussalam.”

            “Awak convert ke?” tanya Humaira lagi.

            “No. Saya lahir dalam Islam lah,” sangkal Leon. Humaira rasa kerdil tetiba. Baru dia tersedar bahawa Islam bukan saja untuk orang Melayu dan orang Arab tetapi untuk semua bangsa.

             “Sorry, it’s just that you look French and I thought.... nevermind,” dalih Humaira. Mulut ni nak kena cili nih. Lain kali cakap fikir seribu kali dulu.

              “You know, I didn’t think you were a muslim either when the first time I saw you until you said your name was Humaira. Mesti lah awak Islam dah nama awak pun gelaran isteri Rasulullah, Aisyah Humaira,” Leon bersuara. Humaira tersengih malu. Tu lah Aira kau cakap orang, kau tu dua kali lima je. Ramai juga yang beranggapan sedemikian, dengan wajahnya yang mat salleh tulen, rambut perang asli dan mata hazel, siapa tak terkejut sekiranya dia kata dia Islam.

             “So.. awak ambik baka siapa ni?” tanya Leon.

              “My dad, mat salleh. My mom half malay, half- English. Awak?”

             “French on my dad’s side. Malay on my mom’s side,” terang Leon.

             “ Your dad was a chef?” teka Humaira. Pasti Leon mewarisi bakat memasak daripada bapaknya. Leon mengangguk.

               Hareez tetiba sampai dihadapan mereka dengan skateboard ditangan.

              “Eh, bos tak sampai lagi ke?” tanya Hareez. Leon menggeleng.
Baru je sebut, Kereta Aston Martin berderu masuk ke tempat parking. Wah panjang umur ahjussi ni, detik hati Humaira. Adam Zachary berkemeja yang lengannya dilipat hingga ke siku dan berseluar slack hitam keluar dari kereta. Managernya itu kelihatan segak dan bergaya. Hati perempuan mana tak cair? Kecuali Humaira yang coldhearted, overfrozen agaknya.

             “Assalamualaikum semua,” tegur Adam Zachary dengan ramah dan senyuman manis. Namun senyuman itu hilang tatkala terpandangkan Humaira yang dari tadi terduduk memandang lantai. Isy, perangai macam budak-budak, tak respect manager langsung, gumam hati Adam Zachary. Dia membuka pintu kafe dan meluru ke dalam.

                                               *******************

          Humaira membungkus burger di meja tengah dapur. Syazwani lincah membuat strawberi pai. Naim bertungkus lumus membancuh air. Hareez ligat mengambil pesanan pelanggan. Jihan sibuk di kaunter. Leon tenang memasak dengan cekap.

           Tetiba manager masuk ke ruang dapur dengan muka resah gelisah. Lelaki itu bercekak pinggang sambil anak matanya bergerak ke kiri dan kanan memerhatikan pekerjanya. Hareez yang baru masuk ke dapur itu terhenti dan menggaru kepalanya. Ada tanda soal yang terkeluar dari kepala remaja itu.

            “bos kenapa? Ada yang tak kena ke?” Hareez memberanikan diri bertanya. Adam Zachary menoleh ke belakang.

           “Ada pelanggan mintak kita buat delivery ke rumahnya,” ujar Adam Zachary. Syazwani yang baru selesai membakar pai dalam ketuhar terus terhenti tengah-tengah jalan.

           “Tapi kafe kita tak buat delivery,” Syazwani bersuara. Itu lah yang membuat Adam Zachary duduk tak senang dari tadi.

            Hareez keluar balik ke ruang hadapan untuk hantar makanan pelanggan ke meja 3, meja 25 dan meja 8. Leon mengelap tangannya disehelai tuala kecil.

            “dia minta delivery apa?” tanya Leon.

            “ ni list dia order,” Adam Zachary menghulur sehelai kertas kecil kepada tukang masak. Leon membaca list yang panjang itu. Macam nak buat party je ni. 50 cheese onion buns,  25 plate lasagna, strawberi milkshake untuk 100 orang...

            “Semua ni sekejap je siap,” Leon bersuara. Adam Zachary kelihatan lega sedikit. Dia letakkan kepercayaannya atas tukang masak kesayangannya.

              “Tapi siapa nak buat deliverynya?” Syazwani bersuara pula. Adam Zachary memandang setiap pekerjanya dan matanya jatuh pada Humaira yang leka membungkus dari  tadi. Entah gadis itu sedar atau tak persidangan yang diadakan di meja bulat itu.

             “Humaira,” panggil Adam Zachary dengan suara tegas, mengarah. Gadis itu tayang muka selamba dan angkat dagu seolah-olah bertanya, ‘Apehal?’ Adam Zachary rasa geram pula dengan budak selamba rock ni.

           “ Bila saya panggil tu, jawab Ye bos. Faham?”

            Humaira merengus bosan dan menjulingkan mata ke atas, “ ye bos,” katanya malas.

            “Do you have a motor license?” tanya Adam Zachary.

           “Bos, bos jangan pandang rendah kat saya. Mentang-mentanglah saya kecik, bos ingat saya tak reti bawak motor ke?” Humaira back up diri sendiri.

         “Saya tanya awak ada lesen ke tak? Saya tahu awak boleh bawak motor, saya tengok je saya dah tahu awak ni jenis yang merempit,” balas Adam Zachary. Sengaja cari pasal dengan budak kecik tu. Humaira mengetap bibir. Cis kurang asam punya ahjussi, muka budak baik macam aku ni dia kata suka merempit? Walawei, ahjussi ni memang minta smackdown ni.

              “Eh at least saya merempit ada lesen okey,” Humaira dah berdiri dan bercekak pinggang. Adam Zachary malas nak bertengkar dengan budak hingusan ni apabila Humaira dah jawab soalannya.

               “ Leon. Kak Wani, cepat siapkan tempahan customer kita. Humaira awak habiskan membungkus burger lepas tu masuk ofis,” arah Adam Zachary sebelum balik ke ofis. Humaira mencebik. Suka sangat mengarah orang. Ngee...

                                ************************

        Semua makanan tempahan dah dimasuk ke dalam kotak dan diikat atas motor milik Naim. Motor biasa-biasa je tapi sangat berguna. Humaira memakai helmet dan bersedia atas motor.  Adam Zachary mengemaskan lagi ikatan kotak dibelakang.

           ‘Aku pulak jadi delivery girl. Takpelah asalkan boleh jalan-jalan, rempit-rempit ke. Hehe,’ desis hati Humaira.

               “Hantar makanan ni ke alamat saya tulis ni. Hantar, ambik duit, dan balik terus ke kafe. Janganmengada-ngada melencong ke tempat lain, faham?” pesan Adam Zachary.

                “Arasseo,” balas Humaira, malas. Dia membelek alamat rumah itu. Ceh dekat-dekat dengan rumah Hannah je. Pasti lah aku pro selok-belok bandar ni.

                 “Be careful, Humaira,” pesan lelaki itu sekali lagi. Adam Zachary risau sebenarnya nak biarkan gadis 18 tahun buat delivery. Kang apa-apa berlaku, dia kena bertanggungjawab.

                 “Ye, ye. Ahjussi jangan risau lah. Bye-bye,” Humaira menekan minyak dan pecut laju. Adam Zachary mengetap bibir, geram. Lagi dilarang, makin galak dibuatnya, getus hatinya.

                                     ***************************

              Adam Zachary bermundar-mandir di ruang dapur itu. Syazwani yang menengok dah naik muak dah. Hampir setengah jam managernya begitu. Sekali-sekala Adam Zachary melurut rambutnya ke belakang.

             “ Mana perginya budak ni?” dia bercakap sendirian. Tak senang dia duduk menantikan kepulangan Humaira.

              Naim dan Hareez saling berpandangan. Hareez mengangkat keningnya seolah-olah betanya, ‘Apehal dengan bos?’ Naim menggeleng tanda tak tahu. Jihan tetiba muncul di dapur dengan pinggan mangkuk kotor dan diletak dalam singki besar itu.

            “Jihan, awak duduk dekat-dekat dengan Taman Wira kan?” Adam Zachary tetiba bersuara. Jihan yang baru nak keluar dari dapur terus tekan brek emergency. Muka manager yang serius itu membuatnya kecut perut.

           “Err.. haah. Kenapa?” jawab Jihan tergagap-gagap.

              “ How long does it take for you to drive from here back home?”tanya Adam Zachary. Jihan menggaru kepalanya yang bertudung, mencongak-congak masa.

             “ Err... dalam 10 minit depends on my speed,” jawab Jihan. Adam Zachary mengeluh. Kalau sepuluh minit untuk datang ke kafe., maknanya pergi balik dalam dua puluh minit. Ni apesal budak ni tak balik-balik lagi? Dah lebih setengah jam ni.

              “ Adam relaks lah. Tak ke manalah Si Humaira tu. She’s maybe a little lost to find the house. dia okey tu,” Leon cuba menenangkan sepupunya itu. Adam Zachary terus keluar ikut pintu belakang. Dia terpacak di situ menanti kelibat Humaira bersama-sama motor Naim.

                Tetiba dia terdengar enjin motor dari belakang. Adam Zachary bercekak pinggang dan matanya terjegil melihat Humaira dengan muka tak bersalahnya turun dari motor. Kawan yang membonceng belakang Humaira juga turun.

                “Awak dari mana ni Humaira? Kan saya kata jangan melencong ke tempat lain,” tegas suara Adam Zachary. Humaira dalam hati bersorak riang. Yes Operation-Getting-Fired 2 berjalan dengan lancar.

              “Saya tak melencong. Saya pergi hantar on time dan dapat duit lebih. Pastu saya siap bawak customer lagi ke sini,” Humaira pertahankan diri. Tadi selepas buat delivery, Humaira singgah di rumah Hannah, diajaknya Hannah ke kafe. Sambil-sambil itu dia sengaja ikut jalan jauh untuk sampai ke kafe. Sempat lagi dia isi minyak untuk Naim.

               Adam Zachary merenung tajam Humaira. Ada saja budak ni menjawab. Dia mengerling pula customer yang dimaksudkan Humaira. Hannah tersengih kepadanya.

                “ Saya minta maaf ye cik. Let me escort you to our entrance. This is our backdoor. Mari,” ujar Adam Zachary dengan sopan dan senyuman. Hannah terpinga-pinga seketika lalu berjalan dahulu.

                 “Masuk dalam. I’ll deal with you later,” bisik lelaki itu. Humaira mencebik menyampah. Dengan Hannah boleh pulak senyum, dengan aku nak senyum punyalah sikit kedekut.

                                          **********************

           Almari di dalam ofis itu dilap dengan perasan geram yang membuak. Ditenyeh kain lap di almari itu seolah-olah almari itu kepala Adam Zachary. Rancangannya hari ni gagal. Adam Zachary tak memecatnya tetapi mendendanya. Dendanya pula langsung tak boleh diterima oleh Humaira.

               “Awak nak lap almari tu sampai esok pagi ke Humaira?” perli Adam Zachary yang duduk dimeja ofis itu sambil menghadap laptop. Humaira menjeling geram. Dia lap pula meja lelaki itu. Sekali-sekali dengan mug kosong dan permukaan fail dilapnya. Nasib baik dia tak bantai lap skrin laptop manager tu.

           “Setiap benda yang kita buat tu boleh dijadikan ibadat bergantung pada niat kita. Sama ada kita ikhlas buat kerana Allah atau sebab nak lepaskan geram kat saya. Tidak semestinya solat, puasa dan baca Al-Quran itu saja ibadat, tetapi semua kebaikan yang kita buat dalam kehidupan harian kita adalah ibadat. Dan Rasulullah juga berpesan supaya setiap kebaikan dimulakan dengan bismillah. Sesungguhnya sia-sia kebaikan yang dibuat tanpa bismillah,” tetiba Adam Zachary bersuara lembut.

            Humaira yang membelakangi Adam Zachary terkedu. Tangannya yang tadi lincah mengelap tiba-tiba perlahan pula. Dia terfikir kata-kata manger itu. Mulakan dengan bismillah.... Humaira membetulkan niatnya dan membaca bismillah dalam hati.

              “Lepas ni awak buang sampah dalam bakul sampah tu ke tong sampah luar. Kemudian awak pergi cuci tandas, lelaki dan perempuan. Kalau tak bau harum dan tak berkilat, awak cuci sekali lagi,” arah Adam Zachary selamba. Humaira rasa nak cekik-cekik leher ahjussi ni. Aku disuruh cuci tandas? Dia pikir aku superbibik ke apa?

              “Kalau nak bau harum apa kata saya spray tandas tu dengan perfume ahjussi,” balas Humaira, geram.

               “Jangan banyak cakap, kang saya stapler mulut awak tu kang. Pergi cuci cepat,” balas  Adam Zachary dengan muka serius. Humaira mengeluh bosan.

               “Whatever,” gumam Humaira lalu mendekati bakul sampah dan diikat plastik sampah itu. Kan best kalau aku dapat sumbat manager kerek tu dalam tong sampah. Humaira memandang siling dan keluar awan-awan disiling itu: Imaginasi Humaira...

             Humaira mencengkam baju Adam Zachary lalu di campak lelaki itu ke dalam tong sampah besar. Adam Zachary yang kotor dengan sampah-sarap, kulit pisang dan bau bawang menggelabah apabila lori sampah datang angkut tong sampah dan dibawa ke tempat incinerator, tempat pembuangan sampah. Humaira bercekak pinggang dan ketawa besar. Hahahah padan muka wahai manager kerek. Hwaiting! Aira!

                  “Yang awak tersenyum-senyum tu kenapa?” sergahan Adam Zachary mematikan imaginasi Humaira, hilang awan-awan imaginasi tadi. Humaira tersengih kepada Adam Zachary. Hisy macam mana lah boleh terlupa ahjussi ni masih ada kat sini. Humaira pantas keluar sambil membawa plastik sampah itu ke belakang kafe.

No comments: