Tuesday 18 December 2012

Cupcake Yaya


Bab 8

       Yaya terjaga. Dia menatap siling putih. Bau hospital. Nenek! Yaya bingkas bangun. Kepalanya yang berdenyut tidak dihiraukan.

          “Yaya,” Sara berada disisinya. Yaya memandang Sara sekejap kemudian turun dari katil. Sara panik.

           “Nenek mana?” tanya Yaya lalu keluar dari bilik. Sara mengejarnya.

           “Yaya, tunggu,” panggil Sara. Yaya berhenti berlari apabila ternampak doktor Kim tercegat diluar bilik kecemasan. Lelaki itu bermundar-mandir.

           “Yaya,” panggilan Sara, menyentakkan Kim lalu mengerling dua orang gadis itu.

             “Nenek saya?” tanya Yaya kepada doktor Kim. Kim melepaskan keluhan halus. Kim mendekati Yaya dan menatap sepasang mata Yaya yang sembap.

              “Yaya, nenek awak tengah dirawat sekarang. Doktor kat dalam tu tengah berusaha tolong nenek Eyang. Insha-Allah, nenek Eyang okey,” Kim cuba menenangkan Yaya. Walaupun dia sendiri tak tahu bagaimana progress di dalam bilik itu.

             Sara memeluk pinggang Yaya memimpin Yaya untuk ke surau. Dia kenal sangat sikap Yaya. Dalam keadaan tegang seperti ini, Yaya akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Mengharapkan pertolongan Allah.

                                      ***********************

        Dah hampir dua jam, nenek Eyang berada di dalam bilik kecemasan itu. Dan selama dua jam lah Yaya menunggu diluar bilik itu. Dari tadi Kim perhatikan gadis itu duduk menunduk dan senyap sahaja.

           Kim menghampiri gadis itu lalu mencangkung dihadapan gadis itu. Matanya jatuh kepada tangan gadis itu. Tangan Yaya luka tetapi kelihatan sudah dibersihkan. Mungkin Yaya membasuh lukanya ketika ambil wudhuk tadi.

             Kim mengeluarkan ubat anti infection dari poket kotnya. Tangan kiri Yaya dicapai dengan lembut lalu disapukan ubat ke luka itu dengan hati-hati. Yaya membiarkan saja. Kim mengerling pula kaki Yaya yang tercalar.

            Bahagian tepi kakinya kelihatan melecet. Disapu juga ubat ke kaki Yaya. Yaya masih senyap dan langsung tak bergerak. Kaki Yaya rasa sejuk. Dikerling wajah gadis itu. Pucat lesi. Yaya senyap memandang tangannya di atas riba.

            Kim bangun dan bergerak ke bilik kerjanya. Sehelai selimut dicapai dari almarinya dan stokingnya yang bersih dibawa sekali. Dia kembali ke tempat Yaya. Gadis itu masih tidak berkutik walau sedikit pun.

          Tubuh gadis itu diselimutkan dan Kim tolong sarungkan stoking ke kaki Yaya. Dia berjalan ke pantri untuk membancuh milo panas. Mug Boboi Boy itu dihulurkan kepada Yaya. Ketika itu baru gadis itu mendongak perlahan-lahan. Kim menguntumkan senyuman ikhlas, lesung pipit dikedua-dua belah pipi terserlah.

           Perlahan-lahan Yaya menyambut mug Boboi Boy itu. Haba dari mug itu menjalar ke seluruh tubuhnya. Nyaman. Dia menghirup perlahan-lahan air milo panas itu. Sedap milo ni. Not bad, doctor.

                                          ********************

             Belakang tangan Nek Eyang diusap lembut. Wajah Nek Eyang yang sedang tidur itu direnung lama. Syukur alhamdulillah, pernafasan Nek Eyang stabil dengan bantuan oxygen machine tetapi nenek ditahan dihospital untuk sementara. Yaya melepaskan keluhan halus. Masalh duit lagi.

         ‘Cukup ke duit nak tampung kos hospital ni?’ Yaya berfikir. Doktor Hafizudin berkata keadaan Nek Eyang makin kronik. Lung cancer nenek dah masuk stage 4. Memang dah tak boleh nak buat apa. Tapi Yaya mengharap sangat Allah berikannya peluang untuk menjalani kehidupan dengan nenek.

         “Nek, nenek jangan tinggalkan Yaya lagi tau. Yaya dah takde sape-sape lagi kecuali nenek dengan Pak Su. Nenek bertahan sikit. Yaya akan cari jalan untuk tolong sembuhkan penyakit nenek,” bisik Yaya perlahan. Dia menghela nafas panjang.

         Blackberry Yaya vibrate. Incoming call, Pak Su. Yaya cepat-cepat keluar dari bilik itu.

           “Assalamualaikum Pak Su,” Yaya menjawab panggilan.

           “Waalaikumussalam, Yaya. Nenek macam mana?” tanya Nizam dihujung talian.

            “Keadaan nenek dah okey. Nenek tengah tidur. Err..” Yaya menggigit hujung bibir. Nak bagitau ke tak? Nizam menunggu Yaya sambung.

             “Pak Su, dekat Malaysia dah ke?” tanya Yaya perlahan. Nizam baru graduate semalam. Patutnya lagi seminggu baru dia balik ke Malaysia tetapi disebabkan berita yang disampaikan oleh anak buahnya itu pantas dia beli tiket balik ke Malaysia. Yaya yang selalu update kepadanya tentang keadaan ibunya itu. Duit yang Nizam hantar juga tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan.

             “Haah, Pak Su on the way nak ke hospital ni. Lagi setengah jam maybe Pak Su sampai. Kenapa?”

              “Err... just come to the hospital first,” keluh Yaya. Nizam dihujung talian dah syak something. Kalau anak buahnya itu suruh balik cepat maknanya ada something dia nak bagitau.

               “Okey,” Nizam baru hendak mematikan talian apabila dia terdengar Yaya berkata sesuatu.

               “Nak call papa ke?” Nizam terkedu. Papa disini merujuk kepada papa Yaya. Abang Long Nizam.

                “Yaya jangan risau. Nanti Pak Su call dia. Okey?” ujar Nizam dengan lembut.

               “Okey.” Talian dimatikan. Yaya duduk dikerusi luar bilik Nek Eyang. Dia menatap skrin Blackberry itu. Blackberry itu hadiah hari jadinya ke-15 daripada papanya.

            Mama Yaya, Puan Nadhirah, meninggal ketika Yaya berumur 1 tahun. Selepas itu papa Yaya, Dato Yazid, berkahwin dengan ex-girlfriendnya dulu, Datin Arissa. Setelah setahun berkahwin dan mereka mendapat Daniel, Yaya dihantar duduk bersama-sama Nek Eyang dan Pak Su. Setiap dua bulan papa akan datang melawatnya dikampung. Tapi sejak Yaya masuk darjah 1, papa berhenti melawat, hanya kadang-kadang menelefonnya.

                                                      ******************

            “Nenek, Pak Su dah balik,” bisik Yaya dengan ceria. Mata Nek Eyang mencari seraut wajah anak lelakinya.

         Nizam meletak beg rodanya ditepi dinding bilik itu. Dia menghampiri Nek Eyang lantas mencium tangan ibunya.

           “Ibu, Zam mintak maaf sebab tak dapat jaga ibu,” lirih Nizam. Rasa berdosa tidak dapat menjaga ibunya yang sakit. Nek Eyang senyum kecil sambil menggeleng. Dia faham keadaan anaknya itu. Dia sendiri tak benarkan anaknya balik sehingga selesai belajar.

          Nizam menggenggam tangan ibunya dengan kedua-dua belah tangan. Air matanya menitis melihat ibunya yang tak dapat nak bercakap lagi.

           “Zam janji Zam akan jaga ibu selepas ni,” bisik Nizam. Dia menangkap lirikan mata ibunya kepada Yaya. Nizam tersenyum.

          “And Zam akan jaga Yaya bagai menatang minyak yang penuh,” seloroh Nizam.  Yaya dan Nek Eyang tersenyum. Nek Eyang mengusap lembut kepala anak bongsunya itu.

         Sejak Yaya kecil lagi, Nizam yang menjaga Yaya dan menganggap Yaya seperti adiknya sendiri. Umur dia dengan Yaya beza 8 tahun je. Qualified lah jadi adik dengan abang.

No comments: