Monday, 9 April 2012

Rahsia Antara Cinta KIta- Bab 3


27  Januari
Atas  bumbung  bilik  aku                                                                2. 45  pagi
Assalamualaikum  diari,
Yup  dah  pukul   2  pagi  dan  aku  masih  tak  tidur  lagi. Hahaha.. aku  baru bangun lah.  Solat  tahajud  dan  siapkan  homework. Esok eh, silap  hari  ni  hari  Sabtu  lah.  Baru  aku  teringat,  hari  ni  ada  latihan  silat  kat  sekolah. (Sigh) maknanya  aku  akan jumpa  Irfan  lah  lagi.  Aku  rasa  setiap  hari  aku  akan   menghadap  muka dia .  Irfan  pon  silat  .  Pengerusi  pulak tu.  Aku jadi  setiausaha. Hesy.. apa  malang  punya  nasib  badan  aku  ni. Hari Ahad  pulak  kena pergi  sekolah sebab  ada  kelas  tambahan  Physics. Jumpa  mamat  tu  lagi.  Tahun ni  aku  jadi  pengerusi  Persatuan  Pelajar  Islam.
Takat  ni  aje...                                                                               2. 50  pagi






       Nia Athirah menguap. Dia mengelap matanya yang berair. Dia sedang duduk di bumbung sambil merenung langit yang masih hitam pekat. Malam ni tiada bulan mahupun bintang yang menemaninya. Nia Athirah terpandang tingkap bilik Abang Is ataupun Is yang gelap. Tingkap itu hanya memantulkan diri Athirah yang sedang merenung tingkap itu.


         Athirah memeluk erat kedua-dua lututnya dan merehatkan kepalanya pada kepala lututnya. Dia melepaskan keluhan berat. Dia dapat merasa satu bebanan dalam dirinya. Beban itu berat sangat. Iaitu beban SPM dan jawatan sebagai Pengerusi PPI. Ya Allah berikan lah hamba kekuatan untuk menghadapi ujian ini....


Tut! Tut! Satu pesanan ringkas masuk ke dalam inbox nya. Athirah mengeluarkan phonenya dari poket seluarnya lalu membuka inbox. SMS dari Syakilla. Hek, apa masalah adik aku ni? Pagi-pagi buta mesej orang. Memang tak reti-reti nak tidur.


‘Kak, Illa tak boleh tidur.’


Athirah membalas,
‘Orang nak tidurlah Illa. Jgn kacau hidup orang.’


Syakilla menjawab’
‘Tak payah nak kelentong orang. Illa tau kakak tak tidur tapi akak skodeng abang Is kan?’


Athirah menepuk dahinya sendiri. Aiyy... susahnya dapat adik macam ni.


Athirah pantas menaip,
‘ Nak apa?’


Syakilla balas,
‘ Nyanyikan lagu untuk Illa boleh?’


Athirah: ‘ Yelah.’


Tak sampai dua saat Athirah menghantar mesej itu Syakilla sudah mengetuk pintu bilik Athirah. Athirah nak tak nak terpaksa membenarkan adiknya masuk. Athirah mencapai guitarnya lalu duduk dibumbung semula.
Syakilla disebelahnya sudah tak sabar-sabar. Relaks lah beb.


         “ Nak lagu Cinta mukabuku Najwa Latif,” ujar Syakilla. Athirah mengerutkan dahi.


         “ Illa ni dah angau ke apa?” tanya Athirah. Syakilla hanya tersengih lebar. Athirah menggelengkan kepala. Isy.. kecik-kecik lagi dah angau. Asalkan tak kena penyakit sawan sudah. Merana aku dibuatnya kang dapat adik sawan.

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku



         “ Dah pergi masuk tidur. Kang selsema pulak duduk luar pagi-pagi buta,” pesan Nia Athirah, prihatin terhadap kesihatan adiknya. Mata bundar Syakilla merenung ke arah tingkap bilik abang Is kesayangannya tu. Athirah mengeluh perlahan.


          “ Illa, akak rasa abang Is Illa tu dah separuh mati dah,” ujar Athirah. Syakilla terus memandang kakaknya dengan mata yang terbeliak dan mulut terlongo besar. Athirah menggigit hujung bibir. Alamak tersilap bahasa pulak...


           “ Err..maksud akak, dia dah tidur lena dibuai mimpi indah. Illa jangan risau lah, dia masih hidup lagi,” cepat-cepat Athirah membetulkan ayatnya. Sepandai-pandai Syakilla pon, budak tu kadang-kadang percaya seratus peratus apa yang Athirah cakap. Syakilla masih dengan muka kelatnya. Athirah menaikkan anak matanya ke atas sambil melepaskan keluhan kecil, hatinya berkata, ‘Hey adik aku ni sayang sangat dengan abang Is tu.’


          “Illa, Illa dengar tak bunyi tu?” tanya Athirah, matanya dibuka luas-luas seraya menahan nafas. Jari telunjuknya naik menunjuk ke atas. Syakilla menatap wajah kakaknya. Dia juga menahan nafas dan cuba menangkap bunyi apa yang didengari Athirah. Lambat-lambat kening Syakilla bertaut. Athirah tetap dengan gayanya tadi seperti patung.


         “ Dengar apa? Illa tak dengar apa-apa pon?” Syakilla sudah menarik muncung.


         “ Illa tak dengar ke?” soal Athirah bersungguh-sungguh.


          “ Dengar apa?” desak Syakilla. Pantang nenek moyang dia kalau orang lain sengaja buat dia saspens. Nenek moyang kau, nenek moyang Athirah jugak.


          “ Bunyi macam orang berdengkur. Akak rasa bunyinya datang dari bilik abang Is. Yelah, memang sah dua ratus peratus itu dengkuran abang Is tu. Weh, bergegar bumi ni,” seloroh Athirah. Syakilla dah muncung sedepa  mengalahkan itik. Athirah tergelak kecil melihat muka monyok adiknya.


          “ Akak gurau aje lah. Janganlah merajuk,” pujuk Nia Athirah lalu memeluk adiknya. Syakilla tersenyum lebar dipujuk kakaknya. Suka dia dipeluk kakak yang tersayang. Owh.. sayang lagi kakak rupanya.







           Raja Irfan Iskandar duduk dipondok yang terdapat di garden rumahnya sambil melantun-lantunkan bola keranjangnya ke lantai yang bersimen. Wajahnya tiada reaksi hanya matanya memerhatikan bola itu seraya tangannya memukul-mukul bola itu ke lantai.


          Bunyi kicauan burung dan juga deruan air terjun mini di garden itu tidak langsung diendahkan. Fikirannya telah berlayar jauh ke dalam benaknya. Tengah sedap-sedap dia mengelamun, wajah Nia Athirah terpacul dalam fikirannya.


          Irfan mengerut dahi. Dia terbayang wajah musuhnya sedang menjeling maut kepadanya. Comel...Tanpa disedari Irfan tersenyum. Lagak macam orang angau aje. Dia teringat wajah Athirah yang khusyuk menyiapkan jadual tugas yang dipinta. Khusyuk sampai tak sedar Irfan merenungnya lama. Dia hairan dengan gadis itu. Dalam banyak-banyak perempuan, Nia Athirah lah gadis yang paling keras hati dan keras kepala yang dia pernah jumpa atas permukaan bumi ni.


         ‘Nur Nia Athirah....nama cantik tapi orangnya..garang nak mampus, muka...er boleh tahan lah. Apesallah kau ni blur sangat, Nia? Nak kata bodoh tak jugak sebab kau antara pelajar cemerlang kat sekolah.. Hesy, Minah Kepoh betullah kau ni,’ bisik hati Irfan sambil tersenyum-senyum. Giler ke apa mamat ni. Senyum-senyum teringat kat musuh sendiri.


         “ Tuan,” panggil seorang lelaki tua yang berumur dalam lingkungan 50-an. Tiada sahutan daripada anak muda itu. Pak Hairil mendekati anak majikannya itu lalu menepuk bahu anak muda itu.


         Irfan terhenjut sedikit bahunya dek kerana terkejut. Bola yang dilantunnya sebentar tadi sudah tergolek jauh. Irfan mendongak memandang wajah tua Pak Hairil yang kelihatan bersih.


              “ Ada apa Pak Hairil?” soal Irfan sambil cuba menutup perasaan malunya. Aisehman... janganlah Pak Hairil fikir aku ni gila senyum sorang-sorang. Ni semua Nia punya pasallah ni. Ewah,ewah sesedap dia je tuduh Si Athirah yang tak bersalah.


             “ Puan nak jumpa Irfan,” Pak Hairil memberitahu dengan lembut. Irfan Iskandar mengerutkan dahinya lalu berkata perlahan, “ Sejak bila pulak dia balik?”


            Walaupun perlahan namun tetap sampai ke pendengaran Pak Hairil, “ Baru aje tadi,” jawab lelaki tua itu. Irfan menoleh kepada Pak Hairil dengan hairan. Kalau tak silap tadi dia cakap kat dirinya sendiri bukan bercakap dengan lelaki tua itu. Namun dibiarkan perkara itu.


            “ Terima kasih Pak Hairil,” ucap Irfan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah banglo bertingkat itu. Rumah yang mewah itu besar sangat dan mempunyai banyak bilik. Rumah itu kepunyaan ibu keduanya, Puan Sri Mirsha. Ayahnya, Raja Mirza berkahwin dua. Puan Sri Mirsha merupakan bini mudanya dan mempunyai dua orang anak kembar yang berusia 16, Raja Farish dan Raja Farisha.


         Irfan bergerak ke arah Puan Sri Mirsha diruang tamu yang sedang membelek senaskhah majalah. Majalah apa..dia tak nak ambil tahu. Dia tidak pernah mahu ambil tahu tentang keluarga emak keduanya. Bukan dia berdendam dengan keluarga keduanya itu tetapi setiap kali dia balik ke rumah kedua itu dia akan diserang rasa bersalah yang teramat terhadap ibu kandungnya. Sebab itu lebih selesa mendiamkan diri dan bersendirian.


          “ Ehem,” Irfan berdehem untuk menarik perhatian ibu keduanya yang sedang khusyuk membaca majalah. Puan Sri Mirsha mendongak lalu menoleh kepada anak lelaki suaminya. Dia memerhatikan Irfan yang sedang berdiri dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.


           “ Irfan, tak reti bagi salam ke?” perli Puan Sri Mirsha. Irfan tetap berwajah dingin seolah-olah orang yang tidak bernyawa. Puan Sri Mirsha mencebik. Suasana hening seketika. Irfan menaikkan dagunya seperti mahu berkata, “ Ada apa hal nak jumpa orang?” cuma tiada suara yang keluar. Puan Sri Mirsha seperti sudah biasa dengan isyarat naikkan dagu itu.


           “ Mummy bawak balik kuih kegemaran Irfan. Irfan mesti suka kan kuih kacang kole? Mummy letakkan kat atas meja makan, pergilah makan,” ujar Puan Sri Mirsha dengan lembut. Setiap kali anak kepada suaminya dan madunya itu berkunjung ke rumahnya, dia sentiasa cuba mendekati Irfan supaya Irfan boleh menganggapnya sebagai ibunya juga.


        Irfan Iskandar hanya mengangguk sekali tanda faham kemudian dia naikkan kening pula. Seperti biasa, Puan Sri Mirsha sudah lali dengan gaya itu yang bermaksud, “ Anything else?”


         “ Kalau Irfan nak apa-apa bagitau aje Mummy tau,” bagi Irfan apabila ayat itu diucapkan itu bermakna, “tiada apa-apa lagi urusan.”


          Sekali lagi Irfan mengangguk lalu tanpa secalit senyuman lelaki itu bergerak ke tingkat atas, ke biliknya yang telah disediakan. Puan Sri Mirsha hanya menghantar pemergian anak lelaki itu dengan hujung matanya. Setelah Irfan hilang dari pemandangan ,dia mengeluh perlahan sambil menggosok perlahan tengkuknya. Susah betul nak berdamai dengan budak yang sorang ni...


         Irfan merebahkan badannya ke katil single bed itu. Matanya dipejamkan sambil dia mengira pernafasannya. ‘Weh, Irfan tak baiklah kau buat Mummy Mirsha macam tu,’ tegur satu suara yang datang dari otaknya. Irfan terus membuka matanya lalu merenung siling bilik itu.


         “ Aku tau,” jawab Irfan perlahan lalu melepaskan keluhan. Sebulan sekali dia terpaksa-rela duduk dirumah Puan Sri Mirsha sementara ibunya ,Puan Safira terpaksa menyelesaikan urusan kerja di luar negara.


      Sepanjang dia duduk dirumah keluarga keduanya itu, dia akan menjalani rutin yang sama setiap hari. Bangun pagi, solat Subuh, breakfast,buat kerja sekolahnya, makan tengah hari, solat Zuhur, tidur, bangun solat Asar, duduk kat mini garden, makan petang, solat Maghrib dan solat Isyak, tidur. Dia tidak pernah makan malam bersama-sama keluarga keduanya itu. Kalau boleh dia tidak mahu bercampur gaul dengan keluarga itu.


BEEP! BEEP!


Satu pesanan ringkas masuk ke dalam inboxnya. Irfan menyeluk poket seluar jeans lalu membuka inbox. Pesanan ringkas daripada Puan Safira.


         “ Omma dah sampai Malaysia. Sekarang dalam perjalanan ke rumah Mummy Mirsha. Irfan bersiap lah.”


        Irfan perlahan-lahan meletak Iphone-nya di atas katil. Puan Safira tidak pernah berdendam dengan Puan Sri Mirsha walaupun mereka bermadu. Puan Safira sentiasa bermanis muka dan selalu juga Irfan mendengar ibunya berbual dengan Mummy Mirsha di telefon. Irfan melepaskan keluhan seraya meraup mukanya.


        Puan Sri Mirsha baru sahaja selesai menunaikan solat Asar apabila Mak Piah mengetuk pintu biliknya untuk memaklumkan bahawa Puan Safira sudah berada di ruang tamu. Puan Sri Mirsha pantas melipat telekungnya dan membetulkan rambut dan pakaiannya supaya kelihatan kemas. Kemudian dia terus turun ke bawah untuk menyambut kedatangan madunya.


         “ Kak Ira, tak sangka akak akan datang. Kenapa akak tak beritahu awal-awal?,” ujar Puan Sri Mirsha tatkala menghampiri Puan Safira. Wanita yang berwajah persis pelakon Korea itu berdiri sambil tersenyum lembut. Mereka bersalaman dan berpelukan. Lagaknya macam dua orang kawan rapat yang terpisah sekian lama dan baru jumpa secara tidak sengaja.


         “ Akak sengaja nak buat surprise kat Mirsha. Lagipun dah lama akak tak jenguk Mirsha,” jawab Puan Safira dengan lembut. Wanita itu memang seorang yang peramah. Walaupun asalnya Puan Safira warganegara Korea, namun sejak berkahwin dengan Tengku Mirza dia bertukar menjadi warganegara Malaysia dan kini dia sudah fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.


         “ Sekejap ye saya panggil Irfan,” ujar Puan Sri Mirsha, sudah ada gaya nak bergerak. Namun pantas dihalang oleh Puan Safira.


         “ Takpe, akak nak berbual dulu dengan Mirsha. Biar Irfan turun sendiri,” balas Puan Safira. Puan Sri Mirsha hanya akur. Mereka berdua berbual sepuas-puasnya. Bukan senang nak jumpa dengan madu sendiri dan berbual. Tak ramai madu yang tidak bertengkar sesama mereka. Ini merupakan nikmat daripada Allah kepada keluarga mereka. Cuma Irfan Iskandar sahaja yang masih belum terbuka mata dan pintu hatinya untuk melihat kenikmatan tersebut.


        Kedua-dua wanita itu berhenti gelak tatkala menyedari Irfan tercegat di kaki tangga dengan sebuah beg sandang dibahu. Wajahnya tetap dingin persis pelakon Korea yang patah hati. Muka memang dah macam pelakon Korea. Patah hati...er?


       “ Irfan, dah ready dah? Salam dengan Mummy Mirsha dan ucapkan terima kasih,” Puan Safira menyuruh anak lelakinya itu. Irfan akur. Dia mencium tangan wanita yang berusia 40-an itu.


        “ Terima kasih....Mummy Mirsha,” ujar Irfan perlahan hampir tidak dengar. Namun sampai ke pendengaran Puan Sri Mirsha. Wanita itu hanya tersenyum. Dalam hati dia tidak henti-henti berdoa agar Allah melembutkan hati anak muda itu untuk menerimanya sebagai ahli keluarga. Puan Safira juga tersenyum.


         Selepas Puan Safira dan Irfan Iskandar meninggalkan rumahnya, Puan Sri Mirsha menjenguk ke dapur. Dahinya berkerut tatkala terlihat sehelai kertas kecil berada di atas meja makan. Dia membaca nota tersebut:
  


~Thanks for the kuih kole kacang. Kirim salam Irfan kepada Farish n Farisha J~



Puan Sri Mirsha melihat ke arah piring kecil yang tinggal hanya 3 potong kuih kole kacang. Satu untuk Farish, satu untuk Farisha dan satu lagi untuk Puan Sri Mirsha sendiri. Wanita itu tersenyum penuh makna dan bersyukur kerana Irfan sudah mula menghargai pemberiannya.

No comments: