Thursday 10 January 2013

KST 9

Huda :)

                 Dua botol air kosong dibeli dari kedai yang terdapat di pantai Pualau Flyaway. Humaira menghampiri Pak Long lalu diserahkan sebotol mineral. Dia menghampiri Adam Zachary yang bercangkung di bawah pokok yang rendang berdekatan. Wajah lelaki itu pucat.

           Humaira bersimpati. Mana lah aku tau bos tu mabuk laut. Sewaktu naik speedboat milik Pak Long, banyak kali Adam Zachary muntah. Pak Long pula bertambah laju dan ganas dia bawa speedboat tu. tak membantu langsung.

        Humaira tersenyum sendirian. Ceh, aku ingat macho la sangat bos kerek ni, mabuk laut jugak... hahaha. Eh silap ex-bos, kan dia dah pecat aku hari tu.

            “Nah, awak dah okey ke?” tanya Humaira seraya menghulur sebotol mineral. Adam Zachary menyambut. Gila! Tadi nak sampai ke Pulau Flyaway kena naik jetplane milik keluarga Humaira. Nak ke destinasi rahsia kena naik speedboat milik keluarga Humaira. Memang sah terang lagi bersuluh dengan spotlight, Humaira cucu jutawan.

                Adam Zachary memandang sekeliling pantai itu. Hanya ada Pak Long, Humaira dan dia sahaja. “ Why does this place looks deserted?” tanya lelaki itu lalu meneguk air dari botol.

                 “Ahjussi, ni dah pukul 2 petang. Sape nak lepak kat pantai tengah hari buta ni? Mesti la semua orang ada kat dalam rumah,” balas Humaira. Tetiba Adam Zachary merenungnya tajam. Humaira serba tak kena pulak.

              “Kenapa awak tengok saya macam saya nak mati je?” sembur Humaira. Perlahan-lahan lelaki itu mengukir senyuman. Pergh.. dup—dap jantungku.

               “ Dah lama saya tak dengar awak panggil saya macam tu. terubat sikit rindu,” ujar lelaki itu. Sudah! Apehal dengan mamat ni? Berjiwang-jiwang tengah-tengah panas ni. Aku dah panas ni.

                “Dah jom, terbakar saya kat sini. Pak Long! Jom naik rumah!” Humaira pantas melarikan pandangan dan berjalan ke arah Pak Long yang dah hangus kot duduk tengah panas tepi speedboat kesayangan.

                 Adam Zachary tersenyum-senyum. Hisy susah betul aku nak cakap dekat budak ni. Kalau dah perangai blur dia datang tu memang blur lah, rungut hati Adam Zachary.

                                 ************************

                   “Assalamualaikum!!! Abah! Huda! Aira datang ni! Tak nak bukak pintu ke?!!!!” pekik Humaira dihadapan pintu kayu berukiran. Pak Long mencucuk pinggang anak saudaranya. Hisy, perangai budak-budak tak hilang-hilang lagi. Gaya macam budak-budak mintak duit raya kat orang kampung je. Memalukan betul. Nasib baik kat pulau tu hanya mereka sekeluarga je yang tinggal. Kalau tak sampai tahun depan tak habis malu.

                 Adam Zachary tergamam. Sebuah rumah banglo 3 tingkat terbina atas pulau yang cantik lagi indah. Huisy, macam dream house je. Ke aku yang bermimpi???

               “Waalaikumussalam! Sape yang tuan rumah sekarang ni?! Suka hati tuan rumah la nak bagi masuk ke tak!” balas satu suara perempuan disebalik pintu. Adam Zachary tercengang. Hisy, apesal bergaduh kat pintu ni? Orang belum masuk lagi dah bergaduh.

                 “Ceh berlagak punya tuan rumah. Fine, kalau tak bagi masuk tak apa, kita orang bertapa kat gua sebelah lagi syok!” balas Humaira. Adam Zachary panik. Gua? Budak ni fikir aku wali songo ke apa? Sesuka hati nak suruh orang bertapak kat gua.

               “Yelah, yelah. Orang nak bagi masuk lah ni!” balas tuan rumah. Pintu kayu berukiran itu dibuka. Adam Zachary hampir pengsan disitu. Apesal ada dua Humaira? Cuma Klon Humaira ni rambutnya straight dan berpakaian lebih feminine. Seluar jeans dan blouse.

              Humaira yang betul pakaiannya agak lelaki sikit. Seluar jeans dan baju T-Shirt untuk lelaki saiz xxs dan topi yang dipakai macam rapper je.

            “Huda! I miss you!” teriak Humaira lalu serbu Huda. Berpelukan kembar dua orang kat situ.

            “haha I miss you too sis. Kau bawak pakwe ke bakal suami?” sakat Huda tersengih. Humaira rasa nak pelangkung kepala adik kembarnya tu.

              “Dia....” Humaira garu kepala. Tak tau nak perkenalkan Adam Zachary sebagai apa. Pakwe? Nope. Bakal Suami? Memang menipu la, baru lepas SPM apa kes nak kahwin. Bos? Nope baru jadi ex-bos.

             “Aira!” seorang lelaki berwajah Mat Salleh menegur. Lelaki itu kelihatan dalam umur 50-an tetapi nampak kuat dan bergaya.

             “Abah!” Humaira berlari ke arah Encik Yusuf dan memeluk abahnya. Lama tak jumpa kot.

             Adam Zachary menelan air liur. Get a grip bro. Okey so ni kembar Humaira, Huda. Ni pula abah Humaira. Mak Humaira, Puan Raihana. Okey so I met her whole family.

                                      *************************

            “Ahjussi, Huda tu lah separuh diri saya yang lagi satu. My twin sister. Ni lah rumah kedua saya. See,  I never lied to you,” ujar Humaira. Ketika itu Adam Zachary dan Humaira duduk di pinggir pantai bermain air. Humaira memakai baju lengan panjang dan seluar jeans. Adam Zachary ber t-Shirt lengan pendek dan berseluar pendek takat lutut.

              “Saya tau lah,” balas Adam Zachary. Mereka diam. Adam Zachary perhatikan Humaira bermain air dengan kaki. Hujung seluar jeans Humaira basah. Satu benda yang Adam Zachary belajar mengenai gadis itu ialah Humaira tak suka dedah kan auratnya. Kecuali rambutnya. Selama ini Humaira sentiasa berlengan panjang dan sekarang ni tak lipat hujung seluar jeans sampai ke betis. Kena respect la h budak ni. Mungkin hati belum terbuka untuk pakai tudung kot.

              “Humaira... saya minta maaf pasal hari tu. salah saya, saya tak periksa betul-betul dan saya pecat awak tanpa berfikir rasional.”

               “Alah.. biasa lah tu. it’s a common thing for us to make mistake. Kita ni kan manusia. Ada kadang-kadang kita bertindak tanpa berfikir sebab marah sangat. Kalau saya pun, agak-agaknya saya terajang ahjussi sampai ke Korea,” Humaira tergelak kecil.  Adam Zachary tergelak juga. Ada-ada je budak ni.

               Tetiba Humaira berdiri dan meninggalkannya keseorang di situ. Adam achary tersentap. Apehal budak ni? Tadi ok je, sekarang moody pulak.

                                     ****************************

                Dah tiga hari Adam Zachary bercuti di rumah kedua Humaira. Dan selama tiga hari tu Humaira asyik nak avoid dia je. Bila diajak berbual Humaira nak tak nak je berbual. Bila makan kat meja pula, Humaira akan memilih tempat dihujung meja jauh daripadanya. Kalau terserempak dihadapan bilik air, Humaira akan menunduk.

            Huda juga perasan kedinginan kakak kemabarnya itu. Humaira tak layan Adam Zachary. Sepupu-sepapat la yang duk sibuk layan Adam Zachary. Mujur sepupunya semua boleh pakai, kalau tak memang susah Huda dibuatnya.

            “Aira, kau kenapa?” tegur Huda pada petang yang indah. Humaira yang sedang meniarap atas katil dibilik membalas, ” Kenapa dengan aku?”

                 “Semacam je aku tengok kau layan abang tu,” kata Huda. Dia membahasakan Adam Zachary abang. Ye lah kan mamat tu tua 7 tahun daripada mereka. kena la respect. Tak macam Humaira ni tua ke muda ke main bantai je cakap aku-kau, saya-awak.

                Humaira diam.          

               “ Kau sembunyikan sesuatu daripada kau kan? Aku tahu bila kau senyap macam ni mesti ada something ni. Ce cerita sikit kat aku,” bodek Huda. Dia meniarap disebelah Humaira. Excited gila nak dengar secret Humaira.

                 “Huda, aku rasa lain la bila aku ada dekat dengan dia,” mula Humaira. Dia tu merujuk Adam Zachary.

              “Lain? Rasa macam mana tu?” pancing Huda.

               “Entah. Bila dia ada dekta dengan aku kan, dada aku ni tetiba berdebar. Bila kau dengar suara dia kan, aku rasa macam .... aku kat awan. Tapi yang paling aku takutkan bila aku pandang mata dia, jantung aku ni kan rasa nak MELETOP weyh!” bersungguh-sungguh Humaira angkat kedua-dua tangan ke udara tanda bom meletup.

             “Huisy, dahsyat nye penangan abang tu bagi kat kau. Aku suka-suka kat Haziq pun aku tak rasa macam tu,” kata Huda.

                  “Ye ke? Habis tu apa kena dengan aku? sebab tu aku tak nak dekat dengan dia. Aku takut weyh,” sungguh dia tak selesa. Dia takut dengan perasaannya. Huda mengerutkan dahi. Entah kenapa dia dapat merasakan ada lagi yang Humaira rahsiakan.

                “ Kenapa kau ni hah? Aku rasa kau dah banyak berubah o Aira.”

                “What’s that suppose to mean?” balas Humaira.

                 “Entah. Tapi perangai kau ni kan sebiji macam Fatimah yang alim tu. Fatimah pun dulu pernah cakap kat aku macam kau cakap ni. Dia pun cakap yang dia takut bila dia rasa apa yang kau rasa kat sorang mamat ni. Fatimah tu aku faham lah kenapa dia takut sebab dia nak jaga hati dan iman dia. Tapi kau?”

             Humaira tersenyum malu tetiba. Dia menggigit bibirnya.

             “Sebenarnya kan aku dah lama fikirkan benda ni.”

             “fikirkan apa?” desak Huda.

              “Aku nak pakai tudung lah weyh. Entah sejak aku kerja kat kafe tu, hati aku rasa suka bila aku bertudung. Pastu bila aku kena pecat, aku rasa macam..  pelik tau. Bila mama ajak aku pergi surau, of course la aku pakai tudung. Dan aku rasa bahagia weyh. Rasa macam dilindungi,” ujar Humaira sambil tersenyum. Huda mendengar pun rasa nak bertudung.

               “Kalau macam tu aku pun nak pakai tudung lah mulai sekarang. Mungkin ada hikmah juga mama paksa kau kerja kat situ. Dengan aku –aku sekali dapat hidayah nak pakai tudung,” balas Huda. Mereka berdua tersenyum.

No comments: