Sunday 2 September 2012

Rahsia Antara Cinta Kita- Bab 19




          Lelaki berkot hitam itu menapak ke hujung katil dengan senyuman. Nia Athirah terkebil-kebil memandang lelaki yang tidak dikenali itu. Tengku Mia pula dari tadi beku seperti patung.

           “How are you, Nur?” tanya lelaki itu dengan ramah. Naik kening Athirah dibuatnya. Nia Athirah menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil matanya menelek lelaki berwajah Pan Asian itu. Handsome. Sempat Athirah membelek muka lelaki yang dalam lingkungan 20-an itu. Tak padan dengan sakit betul minah ni.

             “I’m sorry, but have we met?” soal Athirah. Pelik. Hanya keluarga dan kawan yang rapat sahaja yang memanggilnya dengan panggilan Nur. Lelaki itu ketawa kecil. Nampak manis je.

             “Forgive me, where are my manners? I’m Detective Muhamad Alex Saleem. You can call me Alex. I don’t think you’ll remember me because we met a long time ago, but I can assure you I am not here to hurt you, Nur,” ujar lelaki itu. Athirah memandangnya kosong. Otak sedang cuba menghadam info yang baru diterima. ‘Oh, Islam... ke muallaf? Lelaki ni memang tak reti 
bahasa melayu ke? Kang aku cakap melayu boleh migrain dia nak balas.’

            “So.... why are you here? Did I do something wrong?” tanya Nia Athirah teragak-agak. Ye lah dah mamat ni cakap dia detektif mestilah kerja dengan polis.

            “No... I’m not here to arrest you either. You have done nothing wrong. I came here to tell you...,” mata Alex terjatuh kepada Tengku Mia yang menekup muka. Lelaki itu melepaskan keluhan.

             “I think we should wait for the others,” ujar Alex lalu berjalan ke tingkap dan memandang luar. Nia Athirah mengerling Tengku Mia.

             “Mia... kau kenapa?” Athirah bisik. Tengku Mia menggeleng dan mengelap air matanya. Hidung gadis itu merah.

              “Bagi lah tau aku,” rayu Athirah. Sungguh dia tak boleh tengok orang menangis, nanti dia jugak nak nangis. Tengku Mia menggapai tangan Athirah dan menggenggam dengan erat.

             “Assalamualaikum,” ucap seseorang dari pintu yang dibuka. Athirah menjawab salamnya perlahan. Puan Rosnani dan Encik Hafiz masuk. Tatkala mata mereka bertembung dengan Alex, senyuman mereka hilang.

             “Ma, ayah!” ujar Nia Athirah dengan ceria. Seronok dapat menatap wajah orang yang tersayang. Puan Rosnani dan Encik Hafiz mengambil tempat disisi Athirah. Tengku Mia beralih dan duduk di sofa.

             “Alhamdulillah Nur selamat. Dah makan dah?” tanya Puan Rosnani sekadar berbasa-basi.

             “Dah. Nur dah kenyang pun.” Nia Athirah tersenyum manis. Bahagia rasanya kerana masih dapat menikmati hidup ini. Dia hampir tewas dan mujur ada yang membantu menariknya semula.

              “Ehem,” dehem Alex. Semua mata tertumpu kepada lelaki itu.

              “I’m sorry to interupt but shall we proceed?” sambung Alex. Athirah melihat mama dan ayahnya mengangguk. Wajah mereka kembali suram. ‘Kenapa ni?’ Athirah tertanya-tanya.

           Alex mengambil tempat di sebelah kiri Athirah. Puan Rosnani dan Encik Hafiz disebelah kanan gadis itu. Nia Athirah mengerling lelaki itu dengan hati yang tertanya-tanya.

             “Nur, I know that.... what I’m about to tell you.... may be hard for you to...accept this. I mean, after all you’ve been through... the pain and all. But.. as a muslim,  we know there’s a reason for the things that happens around us. And we have to learn to accept even if it’s hard to take in.” Alex melurut rambutnya.

        “Yes?” Athirah menyuruhnya sambung. ‘Panjang pulak muqadimah mamat ni. Siap ceramah aku bagai. Aku tahu lah semua yang berlaku adalah takdir Allah. Aku bukannya jahil sangat,’ rungut Athirah dalam hati.

          “Well, I’m sorry to be the one to tell you this but.. your brother, Luqman Hakeem, is dead,” putus detektif itu. Nia Athirah terkelip-kelip. Sama ada dia tersilap dengar atau detektif ini yang tersalah cakap.

          “My brother? Luqman Hakeem?” ulang Athirah. Alex mengangguk lemah.

          “Luqman Hakeem is not my brother,” sangkal Athirah. Alex mengerling Encik Hafiz yang diam sedari tadi. Athirah juga hairan mengapa mama dan ayah tidak menyangkal atau betulkan detektif itu.

           “I think you’re mistaken, sir,” Athirah cuba sekali lagi.

          “No. He’s right,” Encik Hafiz bersuara. Athirah merenung ayahnya, meminta penjelasan.

           “Ayah? Apa yang ayah cakap ni? Luqman.. bukan...Nur ada 4 orang adik lelaki....dan Luqman bukan...Mama?” Athirah keliru. Dia menjadi blur. Encik Hafiz menghela nafas panjang.

            “Nur, apa yang Alex cakap semua betul. Luqman Hakeem abang kandung Nur. Kami tak berniat nak sakitkan Nur tapi ini permintaan ayah kandung Nur,” terang Encik Hafiz.

           “Ayah kandung? Then who are you?” tanya Nia Athirah. Dia dapat 
merasa air matanya bergenang. Hatinya sakit dengan berita yang disampaikan.

           “Kita orang ibubapa susuan Nur. Keluarga susuan Nur,” balas Puan Rosnani dengan air mata yang merembas keluar. Nia Athirah memandang kedua-duanya silih berganti. Mulutnya seakan terkunci. Terlalu pahit untuknya menelan.

          “Tell me more,” pinta Athirah tanpa memandang wajah sesiapa. Matanya tertancap pada dinding yang kosong dihadapannya. Dia membiarkan air matanya mengalir dengan perlahan.

           “Mak ayah kandung Nur tak nak Nur ke?” soalnya lagi. Memang susah untuknya bertanya itu. Rasa separuh mati nak tanya. Dan separuh mati menanti jawapan.

           “Dia orang sayangkan Nur, sayang sangat-sangat,” jawab Puan Rosnani. Terkilan mendengar soalan itu.

            “Habis tu kenapa dia orang buang Nur daripada hidup dia orang?” suara gadis itu mendatar, menahan perasaan.

            “Dia orang ada sebab-,” mula Encik Hafiz.

            “Apa sebabnya?” Athirah meluru. Matanya dipejam. Air matanya menitik ke pipi.

             “Your father was a scientist Nur,” Alex pula bersuara. Athirah diam mendengar.

             “He ..designed something... a weapon....powerful enough to wipe out the whole country...er.. how’d you say it..er.. canggih? Alat yang canggih. As predicted, many wanted that weapon. People from all around the world wanted his work. This weapon is not only powerful but it can start a war. So your father destroyed all his work on this weapon so that no one can follow his work.”

             “And he gave me away?”

             “Tindakan dia menyebabkan keselamatan semua orang yang ada hubungan dengannya terancam. Ayah Nur ditangkap oleh penjahat yang nakkan senjata tu, dia orang ugut dia untuk bina senjata tu atau keluarga dia semua dibunuh. Jadi dia hantar Luqman, abang Nur, kepada keluarga Alex. Dan waktu tu mak Nur tengah mengandungkan Nur. Dia duduk dengan mama,” terang Puan Rosnani. Athirah masih terpejam matanya. Kisah hidupnya seperti dalam movie-movie yang Zaki selalu tengok di televisyen.

              “Jadi, mak kandung Nur masih hidup ke?” soal Nia Athirah.

              “She died giving birth to you. Dan Nur diamanahkan kepada mama dan ayah. Mak Nur sayangkan Nur, she only wanted what’s best for you,” jelas Puan Rosnani, terdengar esakan halus wanita itu.

             “Nur kenal Luqman sejak kecik lagi. Kenapa sekarang... kenapa baru sekarang Nur tahu benda ni?” Athirah membuka matanya dan menatap dinding.

             “Because you two are still being watched. You two are under their surveillance. Luqman wanted to tell you but he couldn’t. If the people that took your father knows that his children are alive... they will kill you both,” sampuk Alex.

               “Why don’t we just let them kill us anyway since Luqman is dead now,” sindir Athirah. Hatinya berdarah dan marah. Tak tahu dengan siapa sebenarnya dia marah.

             “ We can’t. Luqman didn’t die for nothing. He died protecting you, protecting your father’s secret, for his country,” suara Alex kedengaran tertekan dan mendatar. Athirah menoleh kepada Alex.

              “He died because of me?” ulang Athirah. Sebak meyerbu dadanya. Alex meraup wajahnya lalu mengangguk.

              “ Luqman dua tahun lebih tua daripada you. Dia kerja dengan agensi kita orang sebagai pengintip. The only way he can keep you safe is getting into school with you. Pengetua sekolah pun salah seorang daripada agensi kami. You see Nur, we think that you are the most valuable subject of our work. Sebab tu Luqman terlalu menjaga you,” terang Alex. Reti pulak cakap Melayu.

           Kepalanya berdenyut-denyut. Dia langsung tidak menumpukan perhatian kepada percakapan Alex. Hanya Luqman yang ada dalam fikirannya. Luqman..abang kandung aku. Dan...dia dah tinggalkan aku..sama macam Afiza. Nafas dihela dalam mencari kekuatan. ‘Ya Allah... kuatkanlah hamba-Mu ini. Aku perlukan-Mu Ya Allah.’

            “Ma....ayah... Nur nak...jumpa Luqman. Nur nak....abang Nur,” lirih Athirah sambil menahan air mata. Dia tahu abangnya sudah tiada tapi dia hanya nak luang masa dengan abangnya. Sekejap pun jadi.

          Encik Hafiz dan Puan Rosnani saling berpandangan. Mereka merenung wajah Athirah yang pucat dan kelihatan letih. Dia faham maksud anak gadis itu.

        “Baiklah. Doktor cakap hari ni Nur dah boleh discharge. Petang nanti kita pergi ye, sayang,” pujuk Puan Rosnani dengan lembut. Athirah mengangguk lemah lantas memeluk wanita itu. Dia masih sayangkan keluarganya itu. Mama dan ayahnya yang telah bersusah-payah membesarkannya selama ini.

         Alex bangun dan bersalaman dengan Encik Hafiz. Tengku Mia masih kaku disofa dengan kepala yang ditongkat dengan kedua-dua tangan. Alex menghampiri gadis yang bertudung itu lalu mencuit bahunya.

            “Jom, I hantar you balik,” pelawa lelaki itu. Tengku Mia mengelap air matanya. Dia tak tahan tengok keadaan Athirah. Dia akur lalu mengekori lelaki itu.




1 comment:

Anonymous said...

wow, complicated gile hidup nia.sian die. bnyk benor dugaannya.keep up penulis!terbaekk lh