Friday, 31 August 2012

Rahsia Antara Cinta Kita- Bab 18



      Nia Athirah menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia sedang berdiri dalam satu kawasan yang serba putih. Langit pula biru cerah tiada awan. ‘Aku kat mana ni?’ Athirah tertanya-tanya. Satu bau yang harum memenuhi rongga hidungnya. Dia menoleh ke kanan. Seorang wanita berjubah putih dan bertudung putih labuh berdiri sedikit jauh daripadanya.

       “Nia,” panggil wanita itu. Nia Athirah berjeda seketika. ‘Macam mana dia tahu nama aku.

       “Nia,” wanita itu panggil lagi dengan lembut. Nia Athirah tidak menyahut hanya sekadar merenung. Wanita itu menghulurkan tangan kanan dengan senyuman manis dibibir. Athirah seperti orang yang dipukau. Dia berjalan menghampiri wanita itu.

        “Athirah! Athirah!” jeritan satu suara garau menyentakkannya. Athirah menoleh ke belakang. Dia mencari-cari gerangan orang yang memanggilnya. Tiada sesiapa pun.

         “Nia,” panggil pula satu suara yang sangat dikenali. Athirah menoleh semula. Afiza Batrisyia berdiri disisi wanita tadi.

         “Fiza?” Athirah seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Afiza tersenyum lalu menghulurkan tangan, menggamitnya untuk dekat. Athirah mendepakan tangannya ingin menyambut huluran Afiza tiba-tiba kakinya terasa berat. Athirah menunduk melihat kakinya.

        Seorang gadis berjubah hitam memeluk erat kakinya. Gadis itu menangis teresak-esak. Wajah gadis itu pucat. Athirah mengerutkan dahinya. Dia seperti pernah melihat gadis itu tapi dimana?

         “Jangan tinggalkan aku!! Nur, jangan pergi! Aku perlukan kau!” teriak gadis itu. Jantung Athirah berdegup laju. Dia mula panik. ‘Apa semua ni?’ Dia cuba memboloskan diri daripada genggaman gadis itu. Afiza dan wanita tadi masih tenang menunggunya. Dia nak pergi bersama-sama dengan Afiza.

         “Ija,” Athirah ingin menjerit tapi hanya bisikan yang keluar. Gadis jubah hitam itu pula tetap menangis-nangis.

           “Nur, jangan pergi. Kita orang perlukan Nur.” Athirah tersentap. I...It...Itu suara mama. Pantas Athirah menoleh ke belakang. Puan Rosnani berdiri tidak jauh darinya. Mamanya tersenyum sayu. Athirah merenung wajah mamanya yang sedih.

          Syakilla pula muncul disebelah mama diikuti dengan Zaki, Adrian, Rayyan, Afnan dan ayahnya. Semua keluarganya ada. Muncul pula Dzul disebelahnya Nuha. Mereka membuat bulatan mengelilingi Athirah. Mereka semua berpakaian putih.

         Athirah menunduk merenung anak mata gadis yang memeluk kakinya. Mata gadis itu penuh dengan harapan. Harapan untuknya tinggal dengan mereka. Fikiran Athirah menjadi sesak. Dia tersepit dengan perasaannya sendiri.

            “Nia,” muncul pula seorang lelaki yang berjubah putih berdiri disisinya. Nia Athirah kaget. Raja Irfan Iskandar. Lelaki itu memandangnya sayu dengan mata yang redup.

             “Please don’t leave, stay with us,” ujar lelaki itu. Luqman Hakeem juga muncul secara tiba-tiba. Wajah Luqman tenang. Lelaki itu memegang kedua-dua bahu Athirah.

             “Stay with them. They need you,” bisik Luqman sambil tersenyum. Wajah Athirah masih blur. Luqman Hakeem mendekatkan bibirnya ke teling Athirah dan bisik, “Saya sayang awak.”

             Kemudian Luqman berjalan mendekati Afiza dan wanita jubah putih. Ketiga-tiga insan itu menguntumkan senyuman kepada Athirah. Dia menoleh semula kepada Irfan yang tersenyum. ‘Eh ceria pulak?’

            Gadis jubah hitam sudah berdiri dan senyum kepadanya juga. Gadis itu menggenggam erat jari-jemari Athirah. Irfan pula memaut lengan Athirah dan membawanya ke arah bertentangan. Athirah sempat menoleh kepada tiga insan dibelakangnya. Afiza menganggukkan kepala, wanita itu berwajah tenang dan Luqman senyum kepadanya. Bayangan mereka semakin hilang dan dirinya rasa seperti terhanyut.

        Suara terakhir yang menyapa telinganya ialah suara seorang lelaki membisik, “Stay with me. I need you.”


            Nia Athirah tersedar lantas membuka matanya. Nafasnya tercungap-cungap seperti orang yang baru mendapat udara. Otaknya terasa berat sekali.

           “Nur? Nur! Panggil doktor, Nur dah sedar, cepat Zaki,” suara mamanya menyapa telinganya. Pandangan Athirah masih berbalam. Dia dapat dengar keadaan sekelilingnya kecoh.

           “Ma?” Athirah bersuara perlahan.

            “Ye, sayang. Mama ada kat sini. Syukur Alhamdulillah, Nur dah sedar,” ujar Puan Rosnani dengan suara yang tertahan-tahan.

           “Ni doktor dah sampai,” kedengaran suara Zaki. Athirah nampak samar-samar seorang doktor wanita disisinya. Lengannya terasa sakit dicucuk. Dia mengerang perlahan. Pandangannya menjadi gelap.

        
           Tengku Mia menolak perlahan-lahan pintu bilik wad yang menempatkan Athirah. Bilik itu senyap. Dia menjengukkan kepala. Puan Rosnani sedang merenung wajah Athirah dengan pandangan kosong. Tengku Mia menghampiri wanita itu.

         “Auntie,” panggil Tengku Mia dengan berbisik. Puan Rosnani tersedar lalu mendongak.

           “Eh, Mia. Baru sampai ke?” tegur Puan Rosnani. Tengku Mia menyalami tangan wanita itu.

            “Auntie pergi lah berehat dulu. Mia boleh tolong tengokkan Nur,” pelawa Tengku Mia. Puan Rosnani mengangguk lalu menepuk perlahan tangan Nia Athirah yang masih tidur. Kasihan Tengku Mia tengok wanita itu. Nampak letih dan sedih sangat. Selepas Puan Rosnani keluar dari bilik itu, Tengku Mia duduk dikerusi disisi katil Athirah. Wajah kawannya itu kelihatan pucat.

             Tengku Mia mengusap lembut belakang tangan Athirah. Dia melepaskan keluhan. Dia kesian memikirkan nasib kawannya. Dia lebih risau jika Athirah sudah bangun nanti dan mendapat tahu berita buruk yang menantinya. Sudah dua hari Athirah tidak sedarkan diri. Mereka semua hampir 
putus asa.

         “Nur, kau kena kuat. Ni semua ujian daripada Allah. Banyakkan bersabar,” bisik Tengku Mia, perlahan. Pintu bilik dibuka dari luar. Dzul dan Nuha masuk. Ditangan Nuha sebakul buah-buahan. Bakul itu diletak atas meja pesakit dihujung katil.

          “How is she?” tanya Nuha perlahan lalu duduk dikerusi sebelah Tengku Mia.

          “Alhamdulillah, dia dah sedar semalam. Doktor bagi dia ubat tidur supaya dia rehat secukupnya,” jawab Tengku Mia. Dzul hanya berdiri dihujung katil.

           “Do we have to tell her?” tanya Tengku Mia, hatinya gusar. Nuha 
mengeluh. Dia sendiri berat untuk menjawab.

             “We have to. Irfan cakap permintaan Luqman,” jawab Dzul merenung dinding. Hatinya rasa kosong ketika itu. Dia tidak sanggup pandang wajah Athirah, kawan baiknya.

              “Tak boleh ke kita tunggu selepas dia betul-betul dah sembuh?” soal Tengku Mia.

               “No. We have to tell her as soon as she wakes up,” kata Dzul lagi. Tangannya melurut rambutnya sambil menghela nafas dalam. ‘Aku mintak maaf Nur.’


           Nia Athirah membuka perlahan-lahan matanya. Cahaya matahari menyerbu pandangannya sehingga dia terpaksa mengecilkan matanya. Direnung siling putih. Dia menoleh ke kanan tatkala terasa seseorang disebelahnya. Seorang bertudung terlentok disisinya. Pergerakan Athirah mengejutkan gadis itu.

           “Nur?” gadis bertudung itu terpisat-pisat memandangnya. Dahi Nia Athirah berkerut.

            “Mia?” Tengku Mia tersenyum.

            “Nur, kau dah bangun dah pun.” Tengku Mia kelihatan gembira.

             “Mia? K..kau dah...”

              “Aku dah pakai tudung. Thanks to you,” ujar Tengku Mia dengan senyuman. Nia Athirah cuba senyum kecil. Lapang dada dia melihat perubahan Tengku Mia.

              “Aku kat mana? Mana mama? Mana yang lain?” bertalu-talu soalan yang ditanya.

               “Kau kat hospital lagi. Kau koma dua hari. Mama dengan family kau balik rumah sekejap nak salin baju dan berehat. They were so worried about you,” terang Tengku Mia. Nia Athirah mengerutkan dahinya. ‘Koma dua hari? Mimpi...tu.. betul ke mimpi? Ke memang betul-betul terjadi?’ dia teringat pertemuannya dengan Afiza dan wanita misteri dan keluarganya serta kawan-kawannya.

              “Nur, kau okey ke?” Tengku Mia menyentakkannya dari lamunan. Atirah terkebil-kebil seketika.

              “Aku lapar.” Dia memang rasa lapar. Perutnya kosong. Almaklumlah tiga hari tak makan. Mujur tak gastrik.

              “Ni aku ada bawak nasi dengan lauk. Mak Ani yang masak. Ada salmon, ayam percik, pucuk ubi. Sedap...” ujar Tengku Mia sambil menunjuk mangkuk bertingkat itu. Nia Athirah duduk sambil bersandar pada kepala katil. Terliur dibuatnya.

              Dia menjamah makanan itu dengan penuh khusyuk. Kenalah ambik feeling kejap. Bukan selalu makan dilayan. Selepas habis makan dia meneguk air masak dalam gelas.

             “Tu buah tu untuk aku ke?” tanya Athirah ternampak sebakul buah. Tengku Mia mengambil buah yang telah dibasuh lalu dihulurkan kepada Athirah.

             “Nuha yang bawak untuk kau.”

            “Cupcakes tu?” tanya Athirah lagi. Tengku Mia menghulurkan cupcake.

            “Kau ni, makan macam orang mengidam. Relakslah. Cupcakes tu Irfan yang bagi.” Hampir tercekik Athirah dibuatnya. Irfan?

         Tengku Mia mengangguk seolah-olah tahu apa yang bermain dibenaknya.

          “Dia datang?” soal Nia Athirah. Tengku Mia angguk. Athirah termenung sesaat. Terharu sekejap. Dia teringat melihat Irfan menyelamatkannya.

            “Luqman?” Tengku Mia terpaku. Dia hanya merenung wajah Athirah tanpa berkata apa-apa.

            “Assalamualaikum, you’re awake,” tegur satu suara garau. Athirah menoleh ke arah gerangan orang yang baru masuk. Tengku Mia tetap memandangnya. Nia Athirah sempat lagi sentuh kepalanya. Pastikan tudung ada. Ada, fuhh.


No comments: