Selepas talian diputuskan, Luqman
Hakeem menggenggam erat phonenya itu. Terngiang-ngiang ayat terakhir Irfan,
‘Kod 7.’ Kod 7 merupakan satu isyarat yang hanya diketahui oleh orang tertentu.
Dia salah seorang yang mengetahuinya. Dan tak sangka Irfan juga termasuk dalam
kategori itu.
Matanya memerhatikan ruang dewan itu
sepertimana yang diarahkan oleh Irfan. Matanya bertembung dengan Zayn Ilyas
yang sedang berkata sesuatu kepada orang lelaki sut hitam. Dia curiga. Anak
matanya menyapa satu parut yang berada dibelakang telinga kiri Zayn Ilyas. Dia
tersentap. Luqman bagaikan orang yang baru terjatuh menghempap bumi.
‘Ziyan Sayl,’ nama itu terbit
dalam fikirannya. Dia kenal sangat parut itu. Parut yang menjadi penanda lelaki
itu. Luqman pantas mendapatkan Athirah yang duduk dimeja. Dari hujung mata dia
nampak orang-orang sut hitam yang melakukan pergerakan.
“Athirah, jom kita balik,” ujar Luqman dengan
nafas yang ditahan. Nia Athirah terkebil-kebil memandangnya. Mata gadis itu
merah. Dahi Luqman berkerut. Matanya menjeling gelas yang digunakan oleh
Athirah. Terdapat sedikit serbuk-serbuk putih atas gelas itu.
“Oh, no..” gumam Luqman. Orang sut
hitam sudah mula membuka langkah menghampiri mereka dan ada yang bergerak ke
pintu utama.
“Let’s go,” lengan Athirah digenggam
kemas, menarik gadis itu bersamanya. Nia Athirah tidak membantah, bersuara pun
tidak. Dia berjalan pantas menuju ke arah Audi T.T nya. Baru saja dia membuka
pintu untuk Athirah, gadis itu tetiba terjelopok lemah. Luqman pantas
menyambutnya. Badan Athirah lembik.
“Ya Allah.” Luqman mendukung gadis
itu dan diletak dalam kereta. Mata Athirah separuh tutup. Peluh mula menitik di
dahi gadis itu. Luqman cepat-cepat menghidupkan enjin kereta dan menekan
minyak. Dari cermin pandang belakang dia lihat dua kereta BMW hitam, dua SUV
hitam dan satu kereta Lamborghini Galardo berwarna merah memecut laju
dibelakang keretanya. Luqman menekan lagi minyak sehingga melanggar had laju.
Sama spesis dengan Irfan.
Kereta merah itu milik Ziyan Sayl.
Dan kereta lain orang sut hitam. Mereka tidak putus asa mengejar kereta Luqman.
Luqman mengerling Athirah disebelah. Gadis itu pucat lesi seperti mayat hidup.
“Athirah,” panggil Luqman. Mata Athirah
terbuka sedikit namun anak matanya memandang atas. Nafas gadis itu naik turun.
Tetiba phone Luqman berdering. Pantas dia menjawab.
“What’s happening?” desak
Irfan, dari suara lelaki itu, dia seperti tahu apa yang sedang berlaku. Mata
Luqman kerap kali memandang cermin pandang belakang itu.
“Ziyan Sayl.”
“Where is he?” tanya Irfan, nada
serius.
“He’s right behind me. And some other
guys too,” kata Luqman. Hatinya dipagut risau dengan keadaan Athirah yang
lemah.
“Masuk highway,” arah Irfan. Luqman
mengerutkan dahi.
“Aku bawa lebih had laju. Kang kena
saman-,” protes Luqman.
“Don’t worry about it. You’ll loose them on the highway. Tunggu aku kat
dalam garaj 4012,” sambung Irfan. Luqman hanya akur. Dia tahu tempat yang disebut oleh Irfan. Tempat
yang terbaik untuk transit apa-apa barang.
Bertambah laju keretanya dipandu
memasuki highway. Kereta Ziyan Sayl dan konco-konconya sudah tidak kelihatan
lagi. Luqman terus memecut ke tempat yang dimaksudkan Irfan. Dia memakirkan
keretanya ke dalam garaj 4012. Enjin kereta dimatikan. Nafas Athirah kedengaran
naik turun.
“Athirah, please. Stay awake,” Luqman
menggoncangkan sedikit bahu Athirah. Mata gadis itu terbuka sedikit sebelum
tutup. Tetiba pintu garaj terbuka. Sesusuk tubuh yang tinggi lampai menghampiri
kereta mereka. Luqman keluar dari kereta.
“Kita kena keluar dari tempat ni
secepat mungkin. Ziyan on the way ke sini,” ujar Irfan masih dalam pakaian
tuksedonya.
“We have to get her to a hospital,”
sampuk Luqman. Irfan terus terhenti lalu mengerutkan dahinya ke arah Athirah.
Luqman menggamit ke arah Athirah. Irfan pantas menorak langkah ke tempat
Athirah. Pintu penumpang itu dibuka.
“What happened?” mendatar suara Irfan.
“Ziyan poisoned her. It was meant for
me but she drank it,” ujar Luqman, rasa serba salah. Irfan merenung wajah gadis
itu yang pucat seperti hantu. Athirah juga memandangnya dengan mata separuh
tertutup. Nafasnya terasa sesak.
“Irfan,
it’s me that Ziyan wants. Not her. Kau tolong bawak dia ke hospital. Biar aku
yang settlekan masalah dengan Ziyan,” kata Luqman dengan nada serius. Irfan
mengendong Athirah dari kereta Luqman lalu berjalan ke arah keretanya yang
terletak diluar garaj. Tali pinggang dipakaikan untuk Athirah.
“Nah, Irfan. Ni Athirah punya,” satu
kotak kecil yang berbungkus bertukar tangan. Irfan dan Luqman berpandangan
seketika. Kedua-dua jejaka itu berjabat tangan.
“ Take care,” bisik Luqman. Irfan
mengangguk.
“You too.”
Luqman menghantar pemergian kereta
Irfan sehingga hilang dari pandangan. Kemudian enjin keretanya dihidupkan. Lalu
dia memandu mengejar Ziyan Sayl. Dia ada perkara untuk diselesaikan. Dalam hati
dia berdoa agar Allah melindungi Irfan dan Athirah.
Kereta Ford Mustang itu memecut laju.
Sebuah SUV hitam panas mengekori di belakang. Irfan belok ke kiri, kereta itu
juga ke kiri. Irfan menekan punat di stereng kereta. Autopilot. Dia mengambil
sesuatu bawah kerusinya. Grenades. Tingkap diturunkan. Pin bom itu dicabut
pantas dibaling ke arah kereta SUV tersebut.
KABOOM! Kereta Suv itu meletup dan
terbakar. Irfan mengerling gadis disebelahnya. Dia mengeluarkan first aid kit
dari tempat duduk belakang. Dia menyuntik lengan Athirah dengan ubat penahan.
Wajah Athirah berkerut saat jarum dimasuk ke dalam lengan.
“Sorry. Just hang in there,” bisik
Irfan. Jarum dan alat-alat tadi disimpan semula. Dia menekan semula butang
manual pada stereng kereta. Tangannya menggenggam kuat stereng kereta.
Sampai saja dihospital, Nuha dan Dzul
sudah menanti dibahagian kecemasan bersama-sama beberapa orang doktor dan katil
beroda. Irfan meletak Athirah ke atas katil dan para doktor dan pembantunya
membawa pantas Athirah ke dalam hospital. Irfan menghulurkan kotak kecil yang
diberi oleh Luqman kepada Nuha.
“Untuk Nia.” Nuha mengangguk lalu
berlari mengejar doktor-doktor tadi.
“Kau nak ke mana?” tegur Dzul melihat
Irfan masuk semula ke dalam kereta.
“Luqman perlukan pertolongan aku. Do me
a favour, jaga Nia,” pesan Irfan sebelum memecut laju. Dzul masuk ke dalam
hospital dan berjalan ke bahagian emergency.
1 comment:
isy.. buat org saspen. apa jd kt nia? dia okey x???
Post a Comment