Tuesday, 7 August 2012

Rahsia Antara Cinta Kita- Bab 16



       Rumah banglo tiga tingkat yang sebesar istana itu meriah dipenuhi dengan para tetamu yang diundang. Lebih daripada 1000 orang tetamu yang hadir. Ada tetamu dari Rusia, ada dari Amerika, dan ada juga dari Korea. Alunan muzik yang lembut menenangkan suasana party tersebut.

         Raja Irfan Iskandar berdiri tegak di satu sudut kawasan swimming pool itu. Matanya dari tadi tidak lekang memerhatikan setiap tetamu. Semua yang hadir berpakaian formal. Lelaki pakai tuksedo. Perempuan... jangan katalah seksi habis pakai dress tahpape tah. Wajah tetamu-tetamu semua tidak dikenali. Ada juga kawan-kawan Farisya dan Faresy tapi selain itu langsung tak cam.

        Dia sengaja mengasingkan diri daripada parti itu. Dia tak pernah menghadiri parti yang dianjurkan oleh papanya. Setiap tahun dia akan merayau ke Kuala Lumpur atau melepak dirumah mamanya apabila majlis sebegini diadakan. Tapi tahun ni dia terpaksa menghadirinya.

        “Irfan,” tegur satu suara. Irfan tak perlu menoleh kerana dia cam suara itu. Dan memang tepat pada masanya si tetamu itu datang.

        “ So.. apa pelan seterusnya?” tanya Dzul berdiri disisi Irfan yang masih setia memerhatikan para tetamu. Misi pertama: Dzul masuk party tersebut tanpa ditahan sekuriti. Berjaya.

        “ We wait,” ujar Irfan. Mukanya seperti biasa muka dingin. Tiada senyuman. Dzul meneguk jus oren. Haus. Dah lah tadi dia cuak gila sewaktu pak sekuriti menyemak senarai nama tetamu undangan kalau ada nama dia. Nasib baik ada.

         “Macam mana kau masukkan nama aku dalam list tu?” tanya Dzul, pelik.

        “Aku suruh Faresy masukkan.”

        “Faresy? Adik tiri kau tu? kenapa tak kau je yang masukkan sendiri?”

        “Setiap tahun biasanya list tu mak aku dan mak tiri aku yang buat. Tapi tahun ni setiausaha papa aku yang buat. Dan kebetulan Faresy yang selalu berurusan dengan setiausaha tu. Setiausaha tu tak berapa suka dengan aku, memang anti habis. So sebab tu aku suruh Faresy,” terang Irfan. Dzul tersengih nakal.

        “Kenapa? Setiausaha tu buta ke kau yang dah jatuh saham kemachoan?”

        “Setiausaha papa aku tu lelaki lah. Apa kau merepek?” marah Irfan.

        “oh, sorry.”

        “I smell something fishy is going on around here tonight. First, papa aku tetiba balik sebulan awal, second secretary dia yang buat list tu. Aku syak dengan secretary tu, siapa tahu dia undang tetamu yang  tak patut diundang,” ujar Irfan.

       “Maksud kau?”

       “Hmm... entah lah. Maybe... murderers, assassins, world’s most wanted criminal,” jawab Irfan, selamba. Dzul menelan air liru. Kecut perutnya. Apa kes penjenayah masuk sekali dalam hal ni?

      “Yang ketiga aku syak, Luqman ajak Nia keluar hari yang sama, masa yang sama.”

        “Aku tanya Athirah, dia kata majlis reunion. So kebetulan je lah,” ujar Dzul. Kali ni Irfan menoleh.

        “Reunion?”

          “ Yeah, reunion sekolah rendah.”

          “Kenapa kau tak pergi?” soal Irfan.

          “Sebab aku tak dijemput,” balas Dzul seraya menjongketkan bahu. Dia juga terkilan apabila tidak diundang ke majlis reunion itu. Padahal dia lah orang terpenting disekolah rendah dulu. Almaklumlah ketua pengawas dulu.

          “Siapa yang handle majlis tu?” Mata Irfan mengecil. Satu perasaan yang aneh terbit dihatinya. Dia dapat merasa bahaya.

          “Err...aku dengar pelajar sekolah kita. Zayn. Dia bekas pelajar sekolah rendah jugak.” Tatkala itu Irfan mengeluarkan satu alat. Dzul terbeliak melihat benda alah tu. Gadget? Macam alat dalam cerita spy-spy tu. Jari jemari Irfan pantas bermain di atas skrin gadget tersebut. Nampak canggih gila.

          “Zayn Ilyas..... and bingo! Dapat pun kau,” Irfan bermonolog sendirian. Dzul berkerut-kerut dahinya. Irfan menunjukkan skrin alat tersebut kepada Dzul. Terpampang biodata seseorang dan profile pcture Zayn. Bukan fb okey..

           “Tapi tu bukan nama Zayn...”

           “I know, Ziyan Sayl. Tu nama sebenar dia. That little devil has been playing around with his name. Kenapa lah aku tak cam dia kat sekolah selama ni. He was right under my nose the whole time,” ujar Irfan. Dzul blur. Huh? Apakah?

          “Aku blackout tadi. So... terangkan sekali lagi,” pinta Dzul.

          “Err... sorry Dzul, but I can’t tell you everything. Somethings has to be kept secret even if you’re my friend. Tapi satu benda yang kau perlu tahu, sekarang Nia Athirah kemungkinan besar dalam bahaya. And we need to get to her before Ziyan Sayl does,” Irfan sudah melangkah panjang meninggalkan kawasan kolam itu. Dzul hanya mengekori. Dia tak faham apa yang sedang berlaku. So.. Zayn Ilyas adalah Ziyan Sayl? Siapa pulak Ziyan Sayl ni?

        Tetiba Irfan berhenti, matanya terpandang seorang lelaki bercermin mata hitam berdiri di satu sudut pintu utama. Dia menoleh ke kiri. Ada juga orang sut hitam dan bercermin mata hitam. Toleh ke kanan. Orang sut hitam memandang ke arahnya.

        “Dzul, jom ikut aku,” Irfan pantas berpusing dan berjalan pantas memasuki ruang dapur. Dia terlihat Puan Safira dan Puan Sri Mirsha sedang melayan beberapa orang tetamu dari German. Irfan berbalas pandangan dengan maknya. Puan Safira menghantar isyarat mata menandakan orang sut hitam sedang mengekori mereka.

       Irfan mempercepatkan langkahnya, menyelit antara para tetamu. Dia dan Dzul sampai dihadapan lif. Dia segera masuk ke dalam lif itu, sempat matanya menyapa Puan Safira yang sedang cuba mengalihkan perhatian orang sut hitam. Pintu lif tertutup. Dia menekan butang bawah.

      Dzul hanya senyap. Tetiba pintu lif terbuka. Seorang lelaki bersut hitam dan bercermin mata hitam tercegat dihadapan lif. Irfan dan Dzul berpandangan. Sepantas kilat Irfan menarik bahu orang sut hitam ke dalam lif. Dzul cepat-cepat menekan butang tutup pintu.

      Irfan menghentak kepala lelaki itu ke dinding lif. Tak cukup dengan itu dia menghadiahkan beberapa tumbukan dimuka orang itu dan menyepak kuat perutnya sehingga lelaki itu pengsan. Dzul tergamam. Pertama kali mengahdapi pengalaman seperti itu.

      Pintu lif akhirnya terbuka apabila sampai ke tingkat bawah tanah. Dzul setia mengekori Irfan yang keluar dari lif. Kawasan bawah tanah merupakan tempat papanya simoan stok kereta. Setiap jenama kereta yang terbaru ada. Irfan mendapatkan kereta Ford Mustang hitam kilat. Kunci diambil dari bawah tempat duduk pemandu lalu enjin dihidupkan.


      Kereta tersebut meluncur laju dijalan raya yang lengang itu. Dzul disebelah pelik. Tiada satu pun kereta yang lalu lalang disitu. Irfan pula memandu melebihi had laju 190 km/jam. Tak kena saman pun. Pelik, pelik, pelik. Sangat mencurigakan.

      Irfan mengeluarkan Samsung Galaxy S3. Phone baru. Dia menghulurkannya kepada Dzul.

       “Aku nak kau call Luqman. Suruh dia bawa Nia keluar dari tempat tu,” arah Irfan. Dzul akur. Selepas beberapa saat, Luqman menjawab.

        “Luqman, ni aku Dzul. Kau kena bawa Athirah balik sekarang.”

        “Hah? Asal pulak?” jawab Luqman.

        “Buat je lah apa aku suruh. Bawa Athirah keluar dari situ-,” Irfan tetiba rampas phone daripada Dzul.

         “Luqman, listen. Tempat tu tak selamat. Bawa dia keluar dari tempat tu sekarang jugak,” tegas suara Irfan sambil matanya tidak lepas dari jalan raya. Tangan kirinya menggenggam kuat stereng.

           “Suka hati aku lah bila nak bawak dia balik. Majlis tak habis lagi,” protes Luqman.

          “Don’t argue with me. Just do as I say, damn it! Get her out of there! She’s not safe. Trust me,” tengking Irfan, panas hatinya. 

          “Why should I trust you?” balas Luqman dingin. Irfan mengetap bibir. Makin kuat genggaman di stereng kereta. Dia menghela nafas yang dalam.

         “ Kod 7. Take a look around you.” Dengan itu talian dimatikan. Dzul tercengang. Kod 7? Apa kebenda tu? Bahasa isyarat ke? Dia hanya mendiamkan diri. Lebih baik diam daripada disembur oleh Irfan. Wajah Irfan nampak tegang. Minyak kereta ditekan lagi. Hatinya tidak keruan memikirkan keselamatan gadis itu.

       Sekarang dia faham kenapa papanya balik awal, kenapa majlis reunion tersebut diadakan pada hari dan masa yang sama. Semuanya untuk menghalangnya daripada selamatkan Nia Athirah. Nia Athirah adalah aset terpenting dalam kerja papanya. Nia Athirah lah tujuan utama Raja Mirza (papa Irfan), Ziyan Sayl a.k.a Zayn Ilyas, Luqman Hakeem dan Irfan sendiri datang ke Malaysia.
          

3 comments:

azyan said...

apa jadi nanti ?

Anonymous said...

buat org saspen o...nk n3 seterusnya!!!!!

Anonymous said...

Cepat sambung tau!! :) syoknyee