Monday, 6 August 2012

Rahsia Antara Cinta Kita- Bab 15




      Bilik yang besar itu bersepah dengan serpihan kaca. Meja dan kerusi semuanya tunggang terbalik. Sekali pandang macam tongkang pecah. Dua kali pandang.. tak usah cakaplah. Teruk gila bilik tidurnya itu.

     DUM! Pintu almari bajunya ditumbuk kuat sehingga meninggalkan kesan penumbuknya. Kemek habis pintu kayu itu. Sakit tangannya itu tidak setanding dengan sakit hatinya apabila mendapat berita itu daripada Dzul. Berita yang mengundang marah... atau cemburu kot.. ke dalam hatinya. Dan hasil daripada marah er... cemburu tu.. ni lah. Semua barang dalam biliknya itu dibaling ke dinding dan dijahanamkan. Ekstrem punya marah.. silap cemburu.

       Raja Irfan Iskandar duduk dibirai katil. wajahnya diraup sambil melepaskan keluhan. Baru sepuluh minit lepas Dzul menelefonnya untuk memaklumkan berita itu. Masih terngiang-ngiang lagi perbualannya.

        “Irfan, Athirah plan nak keluar weekend ni. Saturday,” ujar Dzul melalui corong telefon. Irfan mengerutkan kening.

        “So? Apa kaitannya dengan aku kalau dia nak keluar? Kalau dia nak terjun Niagara Falls pon aku tak kisah,” balas Irfan dengan egonya. Dia masih berperang dingin dengan gadis itu. Sebab apa? Sebab Cik Nia Athirah kita tu pergi jumpa Luqman Hakeem. Dua-duaan pulak tu kat taman bunga tu. Walaupun ada pengunjung lain tapi hatinya tetap membahang.

         “ Kau ni dengar lah dulu apa aku nak cakap ni, jangan main redah je,” marah Dzul, lebih-lebih lagi apabila ada orang bercakap pasal kawan baiknya, Nia Athirah tu. Memang sensitif.

          Irfan diam memberi ruang untuk Dzul meneruskan.

         “ Kau dengar baik-baik sampai aku habis cakap, tau,” pesan Dzul.

         “Kau ni panjang betullah mukadimahnya. Cepatlah cakap,” bidas Irfan, bengang. Padahal dalam hati dia tak sabar-sabar nak dengar pasal Nia Athirah.

          “She’s going out with you know who,” tak sanggup Dzul nak sebut nama orangnya.

            “You know who siapa? Kau ni janganlah nak berteka-teki.”

           “Luqman Hakeem.” Berderau darah Irfan Iskandar. Mukanya merah padam, menahan marah. Nafasnya naik turun dengan keras.

           “Mana kau tau?”

           “Nuha.” Irfan terus mematikan talian dan membaling Iphone 4Snya itu 
ke dinding. Berkecai. Takpe anak orang kaya, boleh beli lagi.

           Irfan menopang kepalanya dengan tangan kanan. Rambutnya diramas. Gaya orang stess. ‘Nia kau ni kenapa pergi jumpa mamat tu? Kau tahu tak, kau tak selamat selagi kau tak jauhi dia? You’re putting yourself in danger,’ Irfan bermonolog sendirian. Keluhan dilepaskan. Dia menekup mukanya sambil berfikir. Tangannya memang pedih terkena serpihan kaca. Yang pergi tumbuk cermin tu siapa suruh? Lepas tu tumbuk pulak kayu. Memang sedaplah.

           Hatinya benar-benar risaukan keselamatan gadis itu. Dah tiga minggu dia tak bertegur gadis itu. Dua hari lepas dia bercakap pun acuh tak acuh je. Orang tengah panas hati mana nak bercakap.

      Sengaja dia suruh Ustaz Husni yang berikan penyapu baru dan penyodok baru itu kepada Athirah. Padahal boleh aje dia bagi sendiri. Kebetulan pada hari tu hatinya juga tengah tawar dengan berita papanya hendak balik Malaysia hujung minggu ni.

         ‘Wait?... Weekend?.. Sabtu ni?...’ Irfan medngangkat muka. Kedua-dua belah tangannya dirapatkan dan menopang dagunya. Otaknya ligat berfikir.

        ‘Hari Sabtu ni papa balik sini... and mamat tu pulak ajak Nia keluar pada hari yang sama,’ detik hatinya. Dia bergegas ke kalendar yang tergantung didinding. Biasanya papa akan balik setiap 11 bulan. Sekarang baru 10 bulan. ‘Kenapa papa balik awal sebulan?’

          Dia mula mengesyaki sesuatu. Dia tahu bagaimana Raja Mirza itu. Dia tahu bagaimana sibuk papanya itu. Papanya takkan balik selagi tak genap 11 bulan. Mesti ada tujuan papa datang Malaysia. And Luqman... apa tujuan dia datang balik ke sini? Apa kaitannya dengan Nia?

         Berbagai-bagai persoalan timbul dibenaknya. Dan makin kusut fikirannya memikirkannya. Kepalanya berdenyut-denyut. Dia memejamkan matanya sambil menghela nafas panjang. Terlalu banyak persoalan dan misterinya. Dia dapat merasa Nia Athirah berada dalam bahaya kali ni. Kalau semua ini berkaitan dengan gadis itu, dia perlu berbuat sesuatu.

          Satu idea yang bernas masuk ke dalam otaknya. Senyuman bermain dibibirnya. Lantas dia mengerling Iphone 4Snya yang berkecai. ‘Dang it, pecah lah pulak.’ Dia melangkah panjang ke ruang tamu dan mencapai telefon rumah yang wireless itu. Nombor Dzul segera didail.

        “Hello, Dzul. I have a job for you,” terjah Irfan tanpa salam.

        “Job? Kerja apa pulak kali ni?” tanya Dzul malas. Orang baru je nak tidur dia kacau daun. Tak tengok ke sekarang pukul berapa? Dah pukul 11 malam tau tak. Nak saja dia sembur Irfan dengan ayat tadi. Tapi ditahan.

         “Ada lah kerjanya. Kau berminat tak?”

       “Kerja apa? Kalau kerja haram aku tak minat lah. Buat dosa je,” balas Dzul, selamba. Dia menahan menguap.

        “Kau fikir aku dah hilang ingatan ke nak bagi kau buat maksiat? Aku masih waras dan macho okey? I was gonna tell you that this job has something to do with her but since you’re not interested then there’s no point of me...” ujar Irfan, nada kecil hati. Siap mengumpan.

         “Her? Athirah?” tanya Dzul. Terus segar bugar matanya tatkala perihal kawannya disebut.

         “ Yeah.” Balas Irfan dengan gaya poyonya.

        “Count me in, brother,” ucap Dzul. Irfan dihujung talian tersenyum. Senang je nak umpan kawan aku yang sorang ni.

         “ Papa aku akan datang Malaysia hari Sabtu ni. And as usual he’s gonna throw a party. Aku nak kau join,” mula Irfan.

         “Party kat rumah kau ke...” tanya Dzul.

         “No. Bukan kat rumah aku kat sini. Kat rumah keluarga aku. Rumah tu lebih besar dan private property. And big space,” jawab Irfan.

           “Party ni untuk orang korporat je ke apa?”

          “Yes.. and no. He’s throwing a big party. And I really mean it. Way bigger than a welcome home party. Bukan setakat keluarga aku je atau korporat-korporat tapi semua yang ada dalam list tetamu undangan.”

        Dzul mendengus. “Kalau ada list macam mana aku nak join? Bapak kau bukannya kenal pun aku.”

        “Kau dengar dulu aku habis cakap boleh tak?”

       “Hmm.”

         “Pasal list tu kau jangan risau. Tau lah macam mana aku nak buat. Aku perlukan kau kat party tu,” terang Irfan.

        “Okey, so what’s the plan?”

        “The plan is....”


        
         “Kak Nur, yang akak pakai baju jalan ni kenapa? Akak nak pergi mana?” tegur Syakilla yang tercegat dimuka pintu biliknya. Syakilla membelek kakaknya yang memakai blouse biru cair, seluar slack hitam dan tudung bawal biru bercorak bunga lembut. Nia Athirah sekadar tersenyum.

         GASPS!

        “OMG, kakak nak keluar dengan boyfriend eh?” teriak Syakilla, teruja lalu melompat ke atas katil kakaknya.

        “SHHH! Bukan boyfriend lah bijak. Kawan,” balas Nia Athirah. Gila ke aku nak pergi dating malam-malam? Dengan Luqman pulak tuh? Takde kerja aku nak buat benda tak faedah tu.

       “ Kawan? Siapa?” tanya Syakilla, rasa gedik pulak. Hehehe..

       “Luqman,” jawab Athirah selamba sambil membetulkan tudungnya dihadapan cermin.

        “Abang Luqman? Nak pergi mana? Buat apa? Kan dah malam ni,” bertalu-talu soalannya. Tiba-tiba wajah Syakilla menjadi serius. Athirah mengerling wajah adiknya.

       “ Illa, akak bukan pergi dating okey. Akak masih waras. Kita orang ada majlis reunion dengan kawan-kawan time sekolah rendah. Akak pergi tak lama. Pukul 10 akak balik,” jelas Athirah, panas hatinya. Ada ke patut adiknya memandang serong kepadanya? Lain kali tu tanya lah dulu sebelum main terjah je.

       Nia Athirah bersalaman dengan mama dan ayahnya sebelum keluar rumah. Luqman sudah menanti dihadapan rumahnya dengan kereta Audi T.T. Athirah mendapatkan Luqman yang memakai T-shirt berkolar dan jeans. Santai dan segak.

      “Hai, you look great,” puji Luqman sambil tersenyum. Athirah tersenyum nipis.

      “Cantik kereta,” usik Athirah siap angkat kening. Luqman tersengih. Athirah masuk ke dalam perut kereta. Luqman terus memandu keretanya menuju ke destinasi.

      Pemanduan Luqman tenang dan sepanjang 15 minit perjalanan mereka bertukar-tukar cerita. Cerita apa-apa je. Upin Ipin, Boboi Boy semua masuk. Luqman memakirkan keretanya di tempat parkir hotel itu. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam dewan yang ditempah khas untuk majlis reunion itu.

     “ Athirah?” tegur satu suara dari belakang. Mereka berdua menoleh ke belakang. Seorang gadis bertudung pink datang menghampiri mereka.

        “Sharifah?” Athirah tersenyum lebar melihat kawan lamanya itu. Mereka berdua berpelukan.

          “Weh, lama gila tak jumpa kau. Kau makin kurus nampak,” ujar 
Sharifah. Athirah mencebik.

          “Kau tu apa kurangnya. Terlebih keding aje aku tengok,” balas Athirah. Dia dengan Sharifah ni kalau berjumpa tak saling perli-perli memang tak sah.

          “Kau apa cerita kat asrama? Mesti dapat kawan baru kan? Sampai aku kat sini kau tak calling-calling pun,” perli Athirah. Sahrifah tersenyum-senyum malu.

          “Sorry lah. Aku busy sangat. Takde pape pun nak cerita. Bosan. Rutin yang sama setiap hari. Cerita kau yang aku nak dengar,” jawab Sharifah. Athirah mengerutkan kening.

          “Cerita apa?” Tak faham.

         “Cerita lah... kau dengan Luqman ni apa kes? Dah couple ke?” ujar Sharifah separuh bisik sambil matanya melirik kepada Luqman yang memandang mereka dengan senyuman manis. Athirah hampir nak bagi penendang Jepun kat minah Sharifah ni. ‘Couple? Ni yang aku pantang dengar ni.’

          “Aku tak couple lah. Aku tumpang kereta dia je. Tu pun masalah ke?” bidas Athirah, berbisik. Takut didengar Luqman. Malu kalau lelaki itu dengar orang fikir mereka couple. Sharifah tersenyum mengejek.

           “Kau jangan Sharifah. Aku balun kau dengan paip air karang. Terberanak kau kat sini,” ugut Athirah. Sharifah terus sembunyikan senyuman. Dengan minah kepoh ni jangan main-main. Kalau dia kata A maka A lah dia buat. Tapi terberanak? Mengandung pun aku tak. Nak terberanak amendenyer.

           Dewan hotel tersebut sangat besar dan diterangi dengan lampu yang malap. Ramai kawan-kawan dari sekolah rendah menghadiri majlis itu. Ada juga muka yang dia tak cam. Semua sibuk berborak sambil menanti majlis dimulakan. 

        Athirah, Sharifah dan Luqman mengambil tempat dimeja yang kosong. Mata Athirah melilau memerhatikan sekeliling dewan itu. Dahinya berkerut. ‘Kenapa ramai sangat orang yang aku tak kenal ni? Takkan aku dah nyanyok kot?’ Tiba-tiba matanya menyapa beberapa orang yang memakai sut hitam dan bercermin mata hitam berdiri di setiap penjuru dewan itu. Orang sut-sut hitam sekadar berdiri tegak seperti bodyguard. Dah lah badan besar-besar. Ngeri aku tengok.  

        “Nur, awak okey ke?” bisik Luqman. Nia Athirah menoleh memandang Luqman disebelahnya.

         “Hmmm?” terpinga-pinga Athirah seketika.

         “ Saya tanya, awak okey tak?” ulang Luqman, separuh bisik. Nia Athirah garu kepalanya yang tidak gatal.

          “Okey, kenapa awak tanya?” balas Athirah. Pelik. Aku nampak tak sihat ke?

         “Muka awak nampak pucat.” Athirah hanya diam. Pucat ke? Aku sendiri tak perasan.  Matanya tertumpu kepada seorang remaja lelaki menaiki pentas. Lelaki itu tinggi lampai dan segak orangnya. Kedengaran dewan itu penuh dengan bisik-bisik tentang lelaki itu. Zayn Ilyas.

           “Para hadirin sila berdiri. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengetua Sekolah Rendah Taman Mesra, Tuan Qayyum,” umum Zayn Ilyas. Semua pelajar berdiri sebagai tanda hormat kepada pengetua tersayang. Seorang lelaki tua dalam lingkungan 50-an masuk dari pintu utama dewan itu bersama-sama tepukan gemuruh daripada para hadirin.

         Selepas pengetua memberi ucapan, mereka dibenarkan menjamah makanan. Sambil itu terdapat pertunjukkan daripada beberapa orang pelajar di atas pentas. Athirah langsung tak berminat dengan persembahan dihadapan. Dia begitu ralit makan sambil otaknya teringat-ingat subjek-subjek yang perlu diulang kaji. SPM tak lama lagi.

       “Hey, Athirah,” suara itu membuat Athirah mendongak memandang gerang orang yang menegur. Zayn Ilyas berdiri dibelakangnya sambil tersenyum. Boleh cair hati perempuannya.

         “Hi,” balas Athirah acuh tak acuh. Malas betul dia nak layan mamat ni. Orang tengah syok-syok makan ni. Dia kembali menatap pinggannya.

           Zayn Ilyas menarik kerusi disebelahnya. Tempat Sharifah kosong. ‘Mana pulak minah ni merayap? Kan aku dah susah, kena menghadap mamat muka tembok ni,’ bisik hati Athirah. Sejak dulu lagi Athirah tak berapa suka dengan Zayn Ilyas. Entah kenapa tapi kehadiran lelaki itu menakutkannya.

          “Eh, Luqman you pun ada?” Zayn terkejut melihat Luqman disebelah Athirah yang merenungnya tajam. Luqman sekadar senyum.

          “Nice to see you again, Zayn,” ujar Luqman sambil berjabat tangan dengan Zayn Ilyas. Athirah seolah-olah dapat merasa ketegangan antara dua orang jejaka itu.

         “Er... why don’t you guys talk for a moment. I’m gonna go and get drinks. Luqman saya ambikkan minuman untuk awak eh?” sampuk Athirah. Luqman tersenyum dan mengangguk. Athirah cepat-cepat pergi ke meja yang menyediakan minuman. Sempat dia menjeling dua orang mamat yang kelihatan berbincang sesuatu. Dia tak nak ambik tahu.

       Athirah mencapai segelas jus oren di atas meja itu. Dia terasa dirina diperhatikan lantas dia mendongak matanya melilau sekeliling. Seorang wanita yang berambut hitam diikat satu dan bercermin mata hitam menala pandangan ke arahnya. Wajah wanita itu serius. Athirah tersentap. Wanita itu lah yang dilihat ditaman bunga sewaktu dia berjumpa dengan Luqman.

      ‘Apa dia buat kat sini?’ tertanya-tanya hatinya. Matanya tidak lepas daripada wanita itu.

     Zayn Ilyas bangun selepas berperang dingin dengan Luqman lalu mendekati Nia Athirah yang berdiri statik dimeja minuman. Dia menghampiri gadis itu.

      “Athirah, you kenapa?” tegurnya. Athirah tersentak lalu berpaling.

      “Err.. takde pape.” Tiba-tiba wanita misteri tadi terlanggar bahu Athirah. Tanpa disedari sesiapa wanita itu memasukkan serbuk putih kedalam gelas minuman yang dipegang Athirah.

       “Eh, sorry,” ujar wanita itu.

         “Takpe,” balas Athirah. Nasib baik tak tertumpah air. Dia menjeling Zayn Ilyas yang tersenyum. Senyuman itu sungguh mencurigakan.

         “ I pergi sana dulu eh,” pinta Zayn Ilyas sambil menunjuk ke satu sudut. Athirah malas nak menengok ke mana. Dia mengangguk laju-laju. Zayn Ilyas berlalu. Athirah mengambil satu lagi gelas lalu menghampiri Luqman. Sharifah masih belum pulang merayap.

        “Nah, awak,” gelas yang tidak dicemari serbuk putih dihulurkan kepada Luqman.

        “terima kasih.” Athirah melabuhkan punggung. Gelas ditangan dibawa ke bibir lalu meneguk jus tersebut tanpa mengesyaki apa-apa. ‘Asal air ni rasa pahit-pahit? Mungkin lidah aku je kot.’

No comments: