Tuesday, 31 July 2012

Rahsia Antara Cinta Kita- Bab 13



          Nia Athirah duduk termenung di balkoni bilik Tengku Mia. Langit yang hitam perlahan-lahan menjadi cerah menandakan siang dah sampai. Waktu Subuh belum masuk lagi. Sejurus kemudian Tengku Mia berdiri disisinya sambil menghulurkan secawan milo panas. Mushnya.. silap, bekas musuhnya itu melabuhkan punggung disebelahnya.

         “Kau bancuh milo ni ke?” tanya Athirah lalu menghirup minumannya.

         “Tak. Pembantu rumah aku yang buatkan,” jawab Tengku Mia.

         “Patutlah sedap,” perli Nia Athirah. Tengku Mia tersengih lebar. Kalau nak harapkan dia bancuh, memang tak lah. Nak masak air pon tak reti. Biasalah Princess Air Longkang kan. Hmm... gelaran tu tak sesuai digunakan dah. Almaklumlah dah jadi kawan.

          “ Ni aku nak tanya ni,” ujar Tengku Mia. Cawannya diletak atas meja kecil dihadapan mereka. Nia Athirah menghabiskan minumannya.

            “Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku ni? I mean how did you sneak in to my house?” Athirah mengerutkan dahi mendengar soalan Tengku Mia.

           “ I don’t know if you haven’t notice this, but you’re lovely house doesn’t have any fences. And to my surprise, no alarms. And frankly, the living room window was open. So.... yeah, it was easier to sneak in. Nasib baik aku je, bukan pencuri atau perogol.”

           “The window?” ulang Tengku Mia, dahi berkerut seribu.

          “Hmmm.”

           “ Ada orang nak kena pecat ni,” gumam Tengku Mia perlahan. Athirah tersentak mendengar.

           “Kau ni, Mia. Selamba badak je nak pecat-pecat orang. Bukan salah dia je, kau pun salah,” marah Athirah.

           “Aku pulak yang salah. Tu kerja dia,” bentak Tengku Mia, tak puas hati.

             “ Apa salahnya kalau kau ringan-ringankan bontot kau tu tolong tutupkan. Dapat pahala free-free je tau sebab menolong orang,” ujar Athirah selamba. Sempat memberi nasihat agama. Tengku Mia diam. Betul jugak.

           Suasana sepi tanpa bicara. Masing-masing melayan fikiran sendiri. Fikiran Athirah melayang ke peristiwa yang berlaku sejam yang lalu.

        “Aku kenal tulisan siapa ni,” ujar Tengku Mia sambil menatap kertas yang terdapat kesan darah Afiza.

          “Tulisan siapa?” soal Nia Athirah. Degupan jantung dan nadinya tidak stabil. Dia berdebar-debar ingin tahu siapa pemilik tulisan ini dan orangnya lah yang bertanggungjawab atas kematian Afiza.

           “Hana.”

          Athirah mengambil kertas itu dari tangan Tengku Mia. Dia membelek-belek kertas tersebut.

           “Are you sure?” tanya Athirah. Dia bukan satu kelas dengan Hana dan memang sah dia tak tahu tulisan Hana. Tapi Tengku Mia kawan baik Hana sudah tentu dia dapat mengecam tulisan kawannya sendiri.

          “Positive. Memang tulisan dia. Hana suka buat bentuk love sebagai titik untuk huruf i. See?” Tengku Mia menunjuk ke arah perkataan Mia. Nia Athirah menahan nafas tanpa disedari sambil dia cuba menyambungkan misteri.

          Tiba-tiba Nia Athirah separuh menjerit, “Of course!” Tengku Mia kaget.

         “Hah? What?” dia juga ingin tahu. Nia Athirah menentang mata dengan Tengku Mia.

           “ Hana yang bagi amaran kat aku supaya jauhi Luqman. Bukan kau. Hana yang bunuh Afiza and she framed you. Oh, she’s not gonna get away with this. Aku takkan lepaskan Hana. Dia perlu mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya,” jelas Athirah, penumbuknya dikepal. Gaya orang nak belasah perompak.

        Tengku Mia menggaru belakang telinganya yang tidak gatal. Cuak dia melihat muka bengang Nia Athirah. Seketika kemudian dahinya berkerut. Beberapa saat dalam keadaan begitu, matanya pula terbeliak besar.

        “ Oh crap.”

         “What?” tanya Nia Athirah, saspen dia menengok Tengku Mia yang terpaku seperti patung terkejut.

         “I just remembered something,”balas kawannya itu. Masih terbeliak memandang ke hadapan tanpa berkelip. Nia Athirah diserbu rasa resah tiba-tiba. Wajahnya kelat sambil menanti Tengku Mia menyambung.

         “Hana baru je pergi luar negara dengan parents dia,” putus Tengku Mia jua. Matanya naik ke wajah Nia Athirah yang hanya merenungnya.

          “Crap.” Satu perkataan itu yang terkeluar dari mulut Nia Athirah. Tengku Mia mengangguk perlahan-lahan.

          “Yeah...crap.” setuju Tengku Mia.

          “ Patutlah dia tergesa-gesa pergi airport malam semalam. Parents dia pon pelik Hana sibuk ajak dia orang pindah ke luar negara. She was such in a hurry,” ujar Tengku Mia, perlahan.

           “ Pindah mana?” soal Nia Athirah. Matanya dihalakan ke luar tingkap. Dadanya rasa sesak. Sesak bukan kerana kena serangan jantung tapi kerana terasa sesuatu yang menghimpitnya. Tekanan.

          “ Aku tak tahu. No one knows. She never told us where they were moving to. I’m sorry.”

         Nia Athirah terus terduduk di lantai. Kepalanya rasa sakit dan berdenyut-denyut. Matanya dipejam rapat-rapat. Tangannya mencengkam karpet 
berbulu milik Tengku Mia. Hampir mengalir air matanya menanggung 
kesakitan.


      “ Athirah?” panggil Tengku Mia, menyentakkannya dari lamunan.

        “Ye?” sahut Athirah lalu menoleh.

        “Kau okey ke?”


     Nia Athirah mengangguk.

       “Sure ni? Tadi asal kau tetiba pengsan?” tanya Tengku Mia. Hatinya dipagut risau tatkala Athirah terkulai ke lantai apabila dia memberitahu dia tidak tahu ke mana Hana pindah.

       “Aku just pening sikit.” Kepalanya semakin kerap berdenyut malam semalam.

       “ Dah pukul berapa dah ni?” tanya Athirah. Tengku Mia mengeluarkan Blackberrynya.

        “4 pagi.”

        “Aku rasa kau pengsan sebab tak cukup rehat. You don’t look well either. Baik kau balik tidur sekejap,” pesan Tengku Mia. Nia Athirah mengakui memang dia rasa letih. Semalam dia tak tidur.

         “Aku balik dulu. Sorry sebab ganggu beauty sleep kau,” seloroh Athirah. Mereka beruda ketawa kecil.

        “No. It was worth it. At least sekarang kita dah kawan,” ujar Tengku Mia. Nia Athirah tersenyum. Dia kehilangan seorang kawan tetapi musuhnya mengganti kawannya pula. Everything happens for a reason.

            

        Puan Safira baru selesai menunaikan solat Subuh. Usai melipat telekung dan sejadah, dia berlalu ke bilik anak bujangnya. Pintu diketuk beberapa kali.

      “Is...” panggil Puan Safira lembut.

    “Irfan.. bangun nak,” ujar Puan Safira. Namun tiada sahutan. Tombol pintu dipulas lalu dibuka luas daun pintu bilik itu. Pandangannya menyapa katil yang kosong, tidak disentuh. ‘Mana budak bertuah ni pergi?’ gumam hati Puan Safira. Pintu bilik ditutup semula.

       Puan Safira menuruni anak tangga untuk mengemas pinggan mangkuk di dapur. Dia terpandang sesusuk tubuh yang terbaring dsofa ruang tamu. Hatinya rasa lega dan senyumannya meleret.

        Bahu Irfan Iskandar disentuh lembut. “Irfan...” Nyenyak betul Irfan tidur dengan hanya berbantalkan baju sejuknya.

       “Is, bangun... Solat Subuh,” ujar Puan Safira. Wajah Irfan berkerut sebelum matanya celik. Dia mengalihkan tubuhnya menghadap Puan Safira.

       “Omma?” Irfan menggosok matanya seraya menguap.

       “Bangun dah Subuh dah,” Puan Safira mengusap rambut anaknya yang serabai itu. Irfan menggagahkan diri juga untuk bangun. Kelopak matanya berat dan kepalanya pening-pening lalat. Tengkuknya diurut perlahan sambil membaca doa bangun tidur dalam hati.

       Puan Safira berlalu ke dapur setelah Irfan mendaki anak angga ke tingkat atas. Jam didinding dikerling. Pukul 6.30 pagi. Puan Safira menyimpan semua pinggan mangkuk yang bersih ke dalam almari. Dengan lafaz bismillah dia memulakan rutin hariannya seperti biasa.

      Dia menyediakan sarapan pagi untuk dua orang. Untuk Irfan dan dia. Suaminya duduk di luar negara, sibuk kerja. Setiap dua minggu Puan Safira akan ke luar negara berjumpa dengan suaminya. Dia mengambil giliran dengan madunya, Puan sri Mirsha. Bila dia ke luar negara, Irfan akan dihantar ke rumah madunya itu. Dan begitu juga sebaliknya. Hanya sekali saja dalam setahun Raja Mirza akan pulang ke Malaysia bertemu dengan anak-anaknya.

        Sebaik saja Puan Safira siap menghidangkan sarapan, Irfan menuruni tangga dalam pakaian sekolah. Sebuah senyuman dihulur kepada Puan Safira.

        “Is, come. Breakfast,” ajak Puan Safira yang telah melabuhkan punggung dimeja makan. Irfan menarik kerusi bertentangan dengan ibunya. Huluran pinggan disambut dengan ucapan terima kasih.

        “ Sedapnya nasi goreng ni, Omma,” puji Irfan. Laju saja nasi dikunyah 
dan ditelan. Puan Safira tersenyum cuma.

          “Sebelum ni tak sedap lah,” Puan Safira, pura-pura merajuk dengan memuncungkan bibir. Sengaja mengusik anaknya.

         “Oh no, Omma. Setiap hari sedap. Tapi hari lagi kaw-kaw. Memang terbaiikk,” pujuk Irfan sambil membuat thumbs-up kepada ibunya. Puan Safira ketawa kecil. Senang dengan pujukan Irfan.

        “You’re father’s coming home, next month,” Puan Safira membuka topik tentang Raja Mirza. Irfan Iskandar menyambung suapannya seolah-olah berita itu tidak memberi kesan kepadanya. Puan Safira perasan wajah dingin anak lelakinya itu.

         “Is dengar tak Omma cakap apa?” ulang Puan Safira. Dia memandang Irfan Iskandar yang menghabiskan makanannya lalu bersandar pada kerusi. Anak lelakinya itu tidak memandangnya sebaliknya mencapai gelas berisi jus oren.

        “Is dengar. Baguslah dia balik sini. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak dia spend time dengan anak-anak dia,” ujar Irfan Iskandar dengan nada suara sinis. Dia meneguk jus orennya.

          “ Is...you know you’re father is a very busy man,” tegur Puan Safira, kurang senang dengan sikap dingin anak lelakinya tiap kali topik ayahnya diungkit. Sensitif habis.

          “Yeah, Is tahu dia busy. Busy sampai cuma ada masa sekali je dalam setahun untuk jenguk kita orang,” mendatar suara Irfan Iskandar. Dia membawa pinggan dan gelasnya ke singki dapur dan membasuhnya. Hatinya tawar mendengar berita yang sampaikan oleh Puan Safira.

1 comment:

Anonymous said...

x sangka hana dajjalnya. patutlah ade something fishy psl hana tu
bagus2 menarik. keep it up