12 July
Afiza Batrisyia
meninggal dunia, 10.06 malam.
Mayatnya dikebumikan 11
malam tadi.
Jam didinding sudah berganjak ke
2 pagi, semua penghuni rumah sudah lena diulit mimpi. Nia Athirah duduk di atas
bumbung sambil memeluk diari kesayangannya. Tangannya tak sanggup nak menulis
lagi. Setiap perkataan yang ditulis tentang Afiza, tiap kali itu juga air
matanya menitis. Matanya sembap dek banyak menangis.
Dia tidak menyangka begitu cepat Afiza
akan pergi, meninggalnya buat selama-lama. Dan semuanya salah dia. Kalau lah
petang tu dia tak berjumpa dengan Luqman, semua ni takkan terjadi.
‘ Tak baik fikir macam tu. Itu dah seolah-olah menyalahkan takdir.’
Entah-tiba-tiba suara Tok Mek menerjah ke dalam kepala otaknya. Nia Athirah
memeluk kedua-dua lututnya rapat ke dada. Menyesal rasanya kerana berfikir
sedemikian.
‘Ajal dan maut setiap makhluk, hanya
Allah saja yang tahu. Dan sudah tertulis di Loh Mahfuz, Ija kembali kepada
Allah dengan cara begitu. Aku kena redha dengan ketentuan Allah,’ detik
hatinya. Dia perlu kuat semangat menghadapi ujian Allah.
“Sesungguhnya Allah tidak akan membebani
hamba-hamba-Nya dengan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hamba-Nya.” Itu
lah satu ayat yang sentiasa Tok Mek baca ketika ditimpa kesusahan.
Nia Athirah merenung tingkap bilik Abang
Is. Bilik jirannya itu gelap sehingga memantulkan imej dirinya yang sedang
memandangnya balik. Lama juga dia termenung dalam masa yang sama otaknya ligat
bekerja. Memikirkan sesuatu.
“Kalau ni semua salah aku, dan memang pun
salah aku, kenapa Ija pulak yang kena? Dan kenapa Ija? Kenapa tak orang lain
yang rapat dengan aku? Kenapa tak aku je yang kena bunuh?” bertubi-tubi
persoalan yang terkeluar. Dan memang tak terjawablah kalau sekadar cakap
sendirian. Dia menekup wajahnya. Otaknya rasa berdenyut-denyut. Seketika
kemudian dia terduduk tegak macam terkena panah dengan petir aje. Nasib baik
tak hujan malam tu.
Bibirnya digigit sesaat, dua saat, tiga
saat... otak tengah berfikir. Nia Athirah masuk semula ke dalam bilik melalui
tingkapnya. Tingkapnya ditarik tutup. Dia menghampiri katilnya pula. Bantalnya
diletak dalam selimut supaya nampak bentuk orang sedang tidur. Lampu bilik
ditutup sebelum dia terjengket-jengket menuruni anak tangga. Ruang tamu yang
gelap tidak dihiraukan. Pantas...dan senyap-senyap dia menghampiri coffee
table.
“Ouch!” Athirah mengerang perlahan.
Kakinya tersepak kaki sofa. Sakit siot!
Berdenyut-denyut rasanya. Dia terlompat-lompat sambil mencengkam ibu jari kaki
kanannya.
‘Bengkak seminggu kaki aku ni,’ rungut hatinya seraya melepaskan
kakinya. Tangannya meraba-raba coffee table itu. Dia berdoa dalam hati agar
tidak nampak apa-apa yang menakutkan. Jarinya berlaga dengan sesuatu. Yes!
Kunci kereta ayah.
‘ Sorry, ayah, Nur terpaksa keluar rumah
tanpa izin ayah kali ni. This is a matter of life and death,’ bisik hati Nia
Athirah. Dia menutup pintu rumah berhati-hati lalu berlari senyap-senyap
mendapatkan kereta Audi T.T milik encik Hafiz. Enjin kereta dihidupkan dan
dengan lafaz bismillah dia memandu kereta keluar dari garaj. Dia memecut laju
ke rumah Tengku Mia.
Mulutnya ternganga luas tatkala menatap
sebuah rumah yang tersergam gah dihadapannya. Banglo tiga tingkat! Dia hampir
pengsan melihat halaman rumah itu yang tidak berpagar. Ya Allah! Apakah? Tuan
rumah ni sudah gila ke? Ada ke patut rumah semewah macam ni tak taruk pagar? Kang
pencuri masuk baru nak meraung 40 hari.
Nia Athirah menghela nafas dalam. Dia
masih tidak yakin seratus peratus dengan idea gilanya ini.
+Mama selalu pesan, bila nak datang
rumah orang kena call dulu.
-Tapi kalau aku call, confirm
Princess Air Longkang ni cabut lari atau pun dia suruh bodyguard dia belasah
aku, tak pun panggil polis.
+Tapi mencuri masuk rumah orang tak
ke lagi haru?
-Aku bukan mencuri masuk, aku just
masuk tanpa izin.
+Sama lah tu, genius.
Sempat lagi dia berperang dengan
hatinya. Dengan lafaz bismillah...
+Weh, nak curi masuk rumah orang
pon nak kena baca bismillah ke?
-Masuk tanpa izinlah!
Nia Athirah terhendap-hendap
berlari masuk ke halaman rumah itu. Jantungnya berdegupo kencang. Rasa macam
nak merompak pulak. Dia pantas menyorok belakang satu tembok, lagak macam
totally spies. Athirah memerhatikan semua tingkap bilik.
‘Mana satu bilik minah gedik tu?’
detik hatinya. Inilah padahnya kalau buat kerja ikut kepala otak. Lain kali
guna akal tu. Hnaya satu saja jalan penyelesaiannya. Masuk ikut tingkap ruang
tamu dan cari bilik Tengku Mia.
“Ni memang kerja gila, Nur,” dia
berbisik sendirian. Dia tersandar pada tembok itu. Lututnya berketar-ketar,
ketakutan. Lemah semangat. Matanya dipejam dan nafas dihela perlahan-lahan.
Semangat, semangat, semangat.... datanglah semangat.
‘Kau baca mantera mana pulak nih?’
marah otaknya.
+If mama knows what you’re doing,
she is so gonna kill you, Nur.
-Yeah, I know. But I really need to
do this.
Matanya dibuka lalu dia membuka
langkah seribu, berlari ke tingkap berdekatan. Tangannya pantas menolak tingkap
itu namun tidak berjaya dibuka. Alamak, tingkap berkunci.
“Dang it!”keluh Athirah, perlahan.
Otaknya ligat bekerja mencari penyelesaian. Kakinya dihayun laju ke belakang
rumah itu. Tiba-tiba dia terpandang satu tingkap yang terbuka luas. Senyuman kecil
tersungging dibibirnya. Oh-oh, ada orang lupa nak tutup tingkap... Hehehe
‘Akhirnya, freedom! Eh silap,
kemenangan!’ teriak hatinya. Dia menghampiri tingkap tersebut. Namun ada satu
parit yang menjadi penghalang untuknya.
‘ Kenapalah ada parit tengah-tengah jalan ni? Nasib
baik aku tak terjelopok masuk parit. Kalau tak menjadilah aku Princess Parit,’
gumam hatinya. Nia Athirah undur beberapa tapak ke belakang dan dengan satu
semangat yang padu (udah-udah lah bersastera pagi-pagi buta ni) dia berlari ke
arah tingkap dan membuat lompatan flying superman. Ta-da! Berjaya masuk ke
dalam tanpa tersadung dalam parit.
Nia Athirah memandang ke kiri dan ke
kanan. Rumah banglo itu gelap gelita. Mujur lampu tingkat atas dipasang.
Athirah senyap-senyap menaiki tangga ke tingkat satu.
Misi pertama bermula = cari bilik
minah rambut karat tu.
Dia mencari disetiap bilik, kemudian
dia bergerak ke tingat dua pula. Masih tidak jumpa. Hanya satu lagi tingkat.
Athirah tersenyum puas tatkala pandangannya menyapa satu pintu yang berlabel ‘Tengku
Mia’.
‘Hek eleh, kalau aku tahu pintunya ada nama tadi, tak payah lah aku
bersusah payah try and error semua pintu. Bazir masa je,’ gerutu hati Nia
Athirah.
Misi kedua = soal siasat Tengku Mia
Athirah memulas tombol pintu itu
berhati-hati. Nasibnya baik kerana pintu itu tidak berkunci. Bilik itu diterangi
lampu oren yang malap. Keningnya bercantum.
‘Tak tidur lagi ke?’ dia menjengukkan
kepala. Bilik musuhnya itu luas dan kemas. Namun kelibat Tengku Mia tidak
kelihatan. Athirah memberanikan diri masuk ke dalam bilik musuhnya itu. Jantung
berdegup kencang. Dia seolah-olah hanya mendengar degupan jantungnya sahaja. Dup-dup-dup-dup
Tengku Mia sedang berdiri dibalkoni
sambil mendongak melihat langit. Athirah mengigit bibir sambil perlahan-lahan
mendekati gadis yang membelakanginya. Satu...dua...TIGA!
Dengan pantas Athirah menekup mulut
Tengku Mia dan mengheretnya masuk ke dalam. Tengku Mia meronta-ronta. Makin
kuat Athirah menahannya.
“ Diam! Kalau tak...er...aku..err..aku
campak kau dari balkoni kau tu,” ugut Athirah, spontan. Tengku Mia berhenti. Hatinya
lega sedikit mendengar suara yang dikenali. ‘Ingatkan pencuri manalah tadi,’
gumam hati Tengku Mia. Athirah melepaskan Tengku Mia dan menolaknya duduk atas
sofa.
“ Apa-,” tak sempat Tengku Mia habis
cakap, Athirah menyuruhnya diam. Tengku Mia akur. Satu cebisan kertas
dihulurkan kepada Tengku Mia. Gadis itu menyambut.
“What’s this?” soal Tengku Mia,
hairan. Athirah berjalan ke tingkap bilik dan melemparkan pandangan ke luar.
“ Read it,” arah Athirah, suara
mendatar. Dia memeluk tubuh, masih membelakangi Tengku Mia. Kertas yang diberi
kepada Tengku Mia ialah kertas yang dijumpai dalam poket Afiza. Kertas amaran Tengku
Mia.
“Hah?! Apa ni? Kenapa ada nama I?”bentak
Tengku Mia. Athirah pantas berpusing menghadap musuhnya itu. Tajam renungannya.
“Bukan kau ke yang tulis tu dan bukan
kau ke yang bunuh Afiza?” sindir Athirah. Wajah Tengku Mia berkerut-kerut.
“What?! I bunuh Afiza?! You jangan nak
tuduh I sembarangan, Athirah,” tukas Tengku Mia, keras. Wajah musuhnya itu
kelihatan orang yang tidak bersalah. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan Tengku
Mia bukan orang yang dicari.
“Kau tak payah nak buat muka innocent. Sudah
terang lagi bersuluh dan berspotlight nama kau ada kat situ. Siapa lagi kalau
bukan kaulah si pembunuhnya. You killed her.. for Godsake’s why did you have to
kill her?! Why didn’t you just kill me instead of her, damn it? She has nothing
to do with this,” Athirah tidak dapat membendung
lagi sebak di dada. Hatinya sakit. Sakit dengan diri sendiri.
Athirah terus terduduk ditepi dinding
dengan wajahnya tertunduk. Air matanya mengalir laju membasahi pipi. Kehadiran Tengku
Mia tidak lagi dipedulikan. Sekarang dimindanya hanya ada Afiza dan rasa
bersalahnya.
Tengku Mia terpempan melihat gadis
dihadapannya itu menangis tiba-tiba. Dia tidak faham apa yang diluahkan oleh
musuhnya, dia tak faham mengapa sekeping nota yang terkandung namanya padahal
bukan dia menulisnya. Dia tak faham apa yang sedang berlaku.
Tengku Mia menghampiri Athirah yang
masih tertunduk lalu duduk
dihadapannya. Athirah tidak mengangkat muka
langsung. Tengku Mia ternampak air mata jernih yang menitik dari hujung hidung
Nia Athirah. Hatinya tercuit. Entah kenapa dia rasa sebegitu.
“Athirah... aku tak tulis surat ni. Ni bukan
tulisan aku,” ujar Tengku Mia lembut.
“ Maybe kau suruh orang lain
tuliskan,” jawab Athirah dengan suara tertahan. Wajahnya tetap ditundukkan.
“Sumpah, Athirah, aku tak buat semua
yang kau cakap tu. Buat apa aku nak bunuh Afiza? Aku masih waras lagi,” Tengku
Mia cuba mempertahankan dirinya. Esakan Nia Athirah berhenti serta-merta. Dia memandang
lantai tanpa berkelip.
“Kau tak bunuh Afiza?”
ulang Athirah. Tengku Mia menggeleng.
“No. Why would I do that?” balas
Tengku Mia. Keliru. Nia Athirah mengangkat muka dan bertentang mata dengan
Tengku Mia.
“Sebab aku langgar amaran kau. Aku
pergi jumpa Luqman.”
“So?? Just because you went to see
Luqman I’d have to kill Afiza? Aku tak bodoh lagi sampai nak bunuh orang hanya
disebabkan lelaki,” ujar Tengku Mia, tegas. Dia merenung dalam mata Athirah
yang merah berair itu. Athirah melakukan perkara yang sama. Dia cuba mencari
sedikit penipuan dalam mata musuhnya itu namun tidak berjaya.
“You’re not lying,” Athirah
separuh bisik.
“No. I’m not.” Nia Athirah bersandar
pada dinding. Kepalanya berdenyut-denyut. Matanya yang pedih dipejam.
“ Betul ke Afiza meninggal?” tanya
Tengku Mia, perlahan. Matanya tidak lekang dari wajah Athirah yang memejam
mata. Gadis itu mengangguk,mengiyakan soalannya. Tengku Mia terkedu.
“How?”
“She was shot...in the chest,” keluh
Athirah. Kali ni dia membuka matanya dan duduk bersila. Tudungnya dibetulkan.
“ Kalau bukan kau yang tulis surat
ni,” Athirah mengambil cebisan kertas itu daripada tangan Tengku Mia, “ dan
memang bukan kau yang bunuh Ija... habis tu siapa?”


No comments:
Post a Comment