Dia dapat merasa kelembapan tanah yang sejuk dibawah
tubuhnya. Bau tanah kuat menusuk ke dalam hidungnya. Kepalanya terasa sakit dan
berdenyut-denyut. Nia Athirah membuka perlahan-lahan matanya sambil menahan
kesakitan yang menjalar seluruh tubuhnya.
‘Aku kat mana nih? Apa jadi tadi??’ bisik hati Athirah. Dia tidak ingat apa yang berlaku. Kepalanya makin berdenyut tatkala dia cuba mengingatkan semula peristiwa tadi.
Hanya kegelapan yang dapat dilihat. Jantung Athirah berdegup kencang. Dia cuba bangun daripada pembaringannya. Badannya rasa sakit-sakit.
Nafas Athirah menjadi sesak tatkala menyedari dirinya berada di dalam hutan yang gelap dan keseorangan. Bulu romanya naik. Dia menggigil ketakutan. Athirah memeluk kedua-dua lututnya lalu menyembamkan wajahnya ke lengannya.
‘Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini. Berikan kekuatan kepadaku. Sesungguhnya aku memerlukan pertolongan-Mu ya Allah,’ lirih hati Athirah. Dia dapat merasa kesejukan angin yang meniup. Dia dapat mendengar bunyi cengkerik di sekelilingnya dan juga kesunyian hutan.
‘Jangan lah ada benda yang bukan-bukan,’ fikir Nia Athirah, masih dalam posisi patung memeluk lutut dan menyembunyikan mukanya. ‘ Tu lah kau, siang tadi punya lah berlagak power. Kononnya kalau nampak benda lain nak silat lah. Sekarang sape yang susah?,’ marah otaknya.
Telinganya yang memang telinga lintah, menangkap suara seseorang menjerit sesuatu. Kedengaran sayup-sayup suara itu dan kedengaran pergerakan disekelilingnya. ‘Apa yang bergerak tu? Bunyi macam sesuatu yang menghampiri aku, janganlah harimau, memang meraung aku kat sini kang.’
Degupan jantungnya semakin kencang mendengar kayu pokok yang patah dan daun-daun kering yang berbunyi seperti dipijak orang ...atau sesuatu. Nafasnya turun naik. Boleh dapat asthma attack macam ni.
“Athirah!!!!” kedengaran namanya dilaung. Semakin lama semakin dekat. ‘Ada orang datang nak selamatkan aku.’
“ Kat sini!!! Tolong!!!” teriak Athirah masih menutup matanya. Takut gelap punya pasal lah ni.
“ Athirah?” panggil suara yang kedengaran sangat dekat. Athirah mendongak dengan mata yang terpejam rapat. Adeyy... takut sangat dengan gelap...
“ Luqman?” panggil Athirah. Dengar macam suara Luqman Hakeem. Sepi. Nia Athirah dah mula takut, dia menelan air liur. Entah-entah siapa lah yang panggil aku tadi, dah lah bunyi macam dekat depan aku je. Sesuatu yang paling mengejutkan apabila dia dapat merasa hembusan nafas pada wajahnya. Naik terus bulu romanya.
“ Luqman? Awak ke tu?” bisik Athirah, hampir nak menangis. Dek kerana takut sangat Nia Athirah terus mengambil tindakan yang sangat drastik .Dia terus menyepak benda yang berada di hadapannya itu. HIIIYAH! Segala silat, taekwando, karate keluar.
“ AWW!” Nia Athirah yang baru berkira-kira nak cabut lari terus terhenti. Bunyi macam manusia.
“ Sakit lah! Kau ingat aku ni kick bag ke apa?!”
Nia Athirah terus membuka matanya lalu terlongo besar. Rupa-rupanya musuhnya yang kena penangan hebatnya tadi. Irfan mengurut rahangnya yang berdenyut akibat diterajang gadis itu. Mau bengkak sebulan rahangnya itu.
“ Apa kau buat kat sini?” soal Athirah, bodohnyer.... Irfan menjeling gadis itu.
“ Saja nak ambik angin pada malam yang sangat indah ni,” sindir Irfan. Ambik kau sebijik Athirah. Soalan jenis apa tuh??
“ Aku nak selamatkan kau lah, apa lagi,” sambung Irfan. Soalannya macam tu pon nak ditanya, haiii.
“ Buat apa kau nak selamatkan aku?” Athirah masih berhati-hati. Irfan melepaskan keluhan bosan.
“ Sebab kau kan isteri aku, jadi aku sebagai suami kau mesti lah melindungi kau,” usik Irfan, nakal. Tak habes-habes lagi dengan konsep dia tu. Athirah membuat memek muka.
“ Bla lah kau, tak hingin aku jadi isteri kau,” balas Athirah lalu berpaling ke belakang, malas nak layan musuhnya itu. Dalam hutan pon boleh nak bergaduh dua orang ni...haiii.
“ Okey, fine. Kau nak aku bla kan. Takpe aku boleh pergi balik ke tempat perkhemahan. Kau boleh duduk kat sini sampai esok pagi,” bidas Irfan. Athirah buat tak kisah. Namun perasaan kesal menerpa ke dalam dirinya apabila sekali lagi dia ditemani bunyi cengkerik dan kesunyian. Athirah berpaling semula ke tempat Irfan berdiri tadi namun hanya gelap sahaja.
“Irfan? Irfan! Weh... tolonglah jangan tinggalkan aku,” bisik Athirah seraya memejamkan matanya. Air matanya mengalir ke pipinya. Dia takut sangat-sangat. Eh, tadi bukan main berani lagi. Sekarang terkulat tak tentu pasal. Nia, Nia....
“ Hmm... tau pon takut,” tegur Irfan dibelakang telinganya. Nia Athirah hampir nak terajang sekali lagi dek kerana terkejut. Mamat ni suka sangat buat orang terkejut.
“ Kan aku dah cakap kau perlukan aku untuk melindungi kau. Kita ni macam suami isteri,” sambung Irfan lalu tersenyum sinis.
“ Diam lah.” Nia Athirah mengelap kering air matanya. Irfan menutup lampu suluh takut kehabisan bateri. Keadaan menjadi gelap semula.
“ Aku lebih rela terjun longkang daripada kahwin dengan kau,” tukas Nia Athirah, pedas tu. Namun bagi Irfan, taklah sepedas mana. Irfan mendekati gadis itu. Dia tahu kelemahan musuhnya itu ialah gelap, jadi Athirah akan menutup mata dalam gelap. Wajah Irfan betul-betul dihadapan muka Athirah sehingga Athirah boleh merasa pernafasan lelaki itu. Athirah menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.
“ Macam mana suatu hari nanti kau kena kahwin dengan aku? Kau sanggup ke terjun masuk longkang?” perli Irfan, membisik. Athirah mencebik muka lalu menjarakkan lagi dirinya daripada lelaki itu.
“ Kau jangan nak berangan lah kahwin dengan aku, dalam mimpi pon belum tentu aku terima kau,” bidas Nia Athirah. Mau saja dia sepak Irfan. Sibuk cakap pasal kahwin, kalau pasal politik takpe lah jugak.
Irfan tergelak kecil, gelak sinis tu. “ Kau tengoklah, suatu hari nanti kau akan jadi milik aku. Masa tu kau jangan nak mimpi aku akan lepaskan kau,” bisik Irfan. Nia Athirah terdiam. Entah kenapa dia rasa sesuatu yang sangat pelik yang tidak pernah dia rasa sebelum ini dalam hatinya. Dia dapat rasa kata-kata lelaki itu macam betul. Terasa getaran dalam hatinya. ‘Aik? Amende ni? Perasaan apa ni? Lantak pi lah!’
“ Tadi kenapa kau tak sahut waktu first-first aku panggil tu?” soal Athirah. Menukar topik.
“ Sebab kau tak panggil aku, kau panggil Hero kau, buat apa aku nak sahut,” perli Irfan lalu menyuluh muka Athirah dengan lampu suluh. Dia terpegun melihat gadis itu. Athirah mengerutkan dahi. Kepalanya masih sakit.
‘ Apa kena dengan mamat ni tengok aku macam tak pernah tengok orang. Kepala aku dah lah sakit,’rungut Athirah dalam hati. Dia memegang kepalanya... Mata Athirah terbeliak. Dia baru menyedari tudungnya hilang. Rambutnya terdedah.
“ Jangan lah suluh lubang hidung aku,” marah Nia Athirah lalu menepis lampu suluh tu. Irfan cepat-cepat tersentak dan menyuluh ke lantai hutan. Jantungnya berdebar-debar semacam. Athirah bagai nak menangis. Hari ni memang hari menangis sedunia ke apa? First, dia menangis kerana menahan malu dengan Luqman Hakeem, kedua sebab badan dan kepalanya rasa sakit nak mampus, ketiga sebab dia takut sangat ditinggal dalam gelap,ke-empat sebab auratnya yang dijaga sejak baligh sudah dilihat oleh seorang lelaki ajnabi, lebih tepat musuhnya.
“ ...Kenapa...kenapa dengan kau ni??? Apesal kau... suluh..,” Athirah sudah tidak dapat berkata lagi lantas memukul-mukul badan Irfan dek kerana geram. Kalau lah tadi Irfan tidak menyuluh kepadanya, auratnya masih selamat.
“ Weh, sakitlah. Jangan lah pukul aku. Aku tak sengaja tadi. Mana lah aku tau kau tak...” Irfan tidak dapat menghabiskan ayatnya. Dia terus memegang kedua-dua belah tangan gadis itu supaya gadis itu berhenti memukulnya bertalu-talu. Athirah tergamam lalu cuba melepaskan dirinya.
“ Lepas lah,” bentak Athirah. Genggaman lelaki itu kuat sehingga merah pergelangan tangannya.
“ Kau ni kan, Hero kau nampak aurat kau semalam, kau tak marah pulak dia. Aku yang memang tak sengaja, kau pukul aku. Hina sangat ke aku ni di mata kau sehingga kesilapan tak sengaja aku pon kau nak hukum aku macam ni?” tegur Irfan. Nia Athirah berhenti bergerak. Dia terpukul dengan kata-kata Irfan tadi. Memang benar apa yang dikatakannya. ‘Teruknya aku ni...’
Irfan Iskandar melepaskan tangan gadis itu. Dia meletak lampu suluh dilantai lalu duduk dihadapan Athirah yang terduduk tadi. Dia dapat melihat samar-samar wajah gadis itu dalam cahaya bulan.
Irfan membuka baju sejuknya lalu dihulurkan kepada gadis itu. Nia Athirah menyambut lantas memakainya. Walaupun agak besar tapi dia tidak kisah. Athirah memakai hood untuk menutup rambutnya. Bagus jugak baju sejuk tu besar, hood pon besar sampai tertutup dahi gadis itu.
“ Kepala kau tu okey ke?” soal Irfan. Tiada suara. Dia dapat melihat gelengan kepala gadis itu.
“ Kepala kau berdarah ke?” soal Irfan lagi. Sekali lagi Nia Athirah menggeleng. Kemudian gadis itu menjongketkan bahu. Main angguk-angguk, geleng-geleng, jonget bahu pulak...
“ Boleh aku tengok... luka-luka kau?” soal Irfan lagi. Athirah teragak-agak seketika. Kemudian dia mengangguk. Irfan menarik nafas lalu menyuluh lampu suluh ke wajah gadis itu. Wajah Athirah seperti orang tiada perasaan. Kosong. Gadis itu hanya memandang lantai. Tidak berani dia bertentang mata dengan Irfan.
Dahi Athirah bengkak seperti terhantuk sesuatu . Pipinya calar dan lebam. Wajah gadis itu comot dengan lumpur. Terdapat luka di telapak tangan gadis itu. Irfan mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya.
“ Bagi sini tangan kanan kau tu,” pinta Irfan. Nia Athirah menghulur tanpa banyak soal. Tangannya dari tadi terasa pedih. Irfan membalut luka tersebut dengan kemas. Athirah menggigit hujung bibir. Ada rasa sesuatu dalam hatinya. Rasa yang sanagt pelik. Macam spark...
“ Terima kasih,” ucap Athirah dengan perlahan. Irfan merenung wajah Athirah dalam kesamaran cahaya. Tidak pernah Nia Athirah mengucapkan terima kasih kepadanya.
“ Jom lah, semua orang tercari-cari kau, especially kawan-kawan kau tu. By the way, macam mana lah kau boleh tersesat sampai ke sini?” soal Irfan. Athirah merenung wajah lelaki itu.
“ Awak fikir saya tersesat? Saya tak tersesat, okey. Saya tak ingat pon masuk dalam hutan. Apa yang saya ingat lepas saya cakap dengan Luqman, saya baru nak balik ke khemah lepas tu ada benda jatuh atas kepala saya dan saya pengsan. Dan bila saya terjaga saya ada dalam hutan. Tu namanya sesat ke?” ujar Nia Athirah. Dari tadi dia cuba mencari jawapan. Apa yang jatuh atas kepalanya? Siapa yang membawanya ke sini? Kenapa dirinya sampai terluka begitu sekali?
‘ Tak kan Luqman yang buat semua ni kat Athirah. Dia sayang Athirah, gerenti tak sanggup nak cederakan dia. Siapa yang sanggup cedera dan sembunyikan Athirah kat tengah-tengah hutan. Ni mesti kes dendam ni. Siapa yang berdendam dengan dia?’ bisik hati Irfan.
“ Jom lah, kita balik. Nanti kita selesaikan masalah ni,” ajak Irfan lantas berdiri, lampu suluh ditangan. Nia Athirah cuba bangun namun kakinya terasa sakit.
“ Aww, kaki....rasanya... . Aduh,” Nia Athirah mengerang kesakitan. Irfan menyuluh ke kaki kanan gadis itu. Kasut pun diambil oleh dalang sebalik kes dendam ni. Kaki gadis itu kelihatan bengkak di pergelangan kaki. Terseliuh agaknya.
“ Awak pergi dulu, panggil cikgu. Saya tunggu kat sini,” ujar Nia Athirah, menahan kesakitan yang teramat. Irfan terpaku sesaat. ‘Aku yakin aku tak pekak lagi...dia bahasakan saya-awak? Mustahil lah, mungkin aku silap dengar kot?’ desis hati Irfan.
“ Yang awak termenung tu kenapa?!” marah Athirah. ‘orang tengah sakit-sakit ni, boleh pulak dia termenung,’rungut hati Nia Athirah.
Irfan tersentak. ‘ Memang sah aku tak pekak. Dia dah tak beraku-kau dah dengan aku...’ Pantas Irfan menghulurkan lampu suluh kepada gadis itu. Irfan mencangkung di sebelah gadis itu lalu merenung tajam wajah gadis itu. Muka Athirah dah separuh berkerut, separuh kelat. Separuh tahan sakit, separuh tahan geram. ‘ Mamat ni tak faham ke apa yang aku cakap? Orang dah separuh mati ni boleh pulak dia duduk pandamh orang semacam,’ rungut hati Athirah.
“ Yang awak pandang saya macam tu kenapa? Orang belum nak mati lagi lah,” sindir Athirah.
“ Close your eyes,” arah Irfan. Nia Athirah nak saja membantah. ‘ Dia fikir aku ni penakut ke apa?’ bisik hatinya. ‘Kau tu memang penakutlah,’ bidas otaknya. Namun, Athirah akur jua. Dia lebih selesa tutup mata dalam gelap daripada melihat gelap.
Tiba-tiba Nia Athirah rasa dirinya terbang di udara. Dia dapat merasa hembusan nafas dekat dengan telinganya. ‘No,no ,no, jangan lah....,’ detik hati Athirah.
“ Irfan? Awak buat apa ni?” soal Athirah masih mata terpejam.
“ Cepatkan urusan.”
“ Put me down!” keras arahan Nia Athirah. Irfan tetap mendukung gadis itu sambil berjalan menuju ke kawasan perkhemahan.
“ Diam dan pegang kuat-kuat,” arah Irfan. Athirah dapat merasa langkah Irfan yang semakin cepat. Nia Athirah hanya mencengkam baju Irfan dan kepalanya dilentok ke dada Irfan. Wajahnya berkerut-kerut menahan sakit.
Rentak jantung Athirah dah tidak normal dah. Kencang sangat. Bau badan Irfan menusuk ke dalam hidung dan juga ingatannya. Degupan jantung Irfan juga dapat dia rasa. Ada satu perasaan aneh dalam hatinya. Lebih aneh daripada apa yang dia rasa dengan Luqman.
Telinganya menangkap suara pelajar-pelajar lain yang semakin dekat. Irfan berlari selaju mungkin untuk cepat-cepat sampai di tempat perkhemahan. Dia terdengar Athirah mengerang menahan kesakitan.
“ Sabar, sikit lagi je ni. Kita dah nak sampai dah,” bisik Irfan. Athirah hanya mampu dengar. ‘Ya Allah, tolong lah...sakit sangat kaki aku ni...’ lirih hatinya.
Afiza dan Nuha mendapatkan Dzul dan Izadeel yang keluar dari hutan dengan muka yang sedih dan kecewa. Afiza tercari-cari seseorang. “ Mana Irfan?” Nuha terlebih dahulu bertanya. Dzul hanya mampu menggeleng. Nuha mengerling ke arah Encik Akil dan Mr. Nate yang sedang berbincang dengan Cikgu Din.
“ Kami tak jumpa dia. Dan yang sorang lagi tak muncul-muncul balik...” Nuha terdengar perbualan mereka. Nuha terkejut lantas saling berpandangan dengan Izadeel. Lelaki itu hanya memandangnya dengan pandangan kosong.
Tiba-tiba mereka semua memandang serentak ke arah pokok-pokok hutan yang bergoyang. Semua pelajar dan guru terlongo melihat dua orang insan yang baru muncul dari hutan. Suasana sepi hanya bunyi cengkerik sahaja. Masing-masing terkejut melihat aksi antara dua orang musuh yang sangat terkenal itu. Cikgu pon terkejut beruk.
Semua tertanya-tanya siapa yang dikendong Irfan dek kerana mereka tidak dapat melihat wajah gadis itu disebabkan hood yang menutupi kepala gadis itu. Afiza lebih cekap dalam mengecam kawan baiknya sendiri. Dia kenal sangat bentuk tubuh badan itu. Terjatuh rahangnya dengan luas dan matanya terbeliak. Tak percaya dengan apa yang dilihat.
Irfan tidak mempedulikan mata-mata yang memandang lantas berjalan ke arah tempat merawat. Nia Athirah masih dalam dakapannya. Gadis itu juga tidak pedulikan apa yang berlaku disekelilingnya. Apa yang berada di mindanya ialah sakit. Irfan meletakkan Athirah dengan hati-hati di atas katil macam hospital itu.
Nuha dan Afiza berlari bersama-sama Cikgu Fatimah untuk merawat Athirah. Afiza mendapatkan kawan baiknya. Nuha terpaksa menolak Irfan ke tepi. Afiza menggenggam tangan Athirah yang sesejuk ais batu.
“ Nur, jangan risau. Aku ada kat sini weh. Relaks, kau dah selamat, Nur,” bisik Afiza. Nia Athirah menguntumkan senyuman kepada Afiza dan Nuha yang sangat merisaukan dirinya. Cikgu Fatimah membersihkan luka-luka ditangan dan kaki Athirah. Mata Athirah memandang sayu pada belakang badan Irfan yang berjalan meninggalkan bilik rawatan itu.
Irfan Iskandar berjalan ke arah Dzul dan Izadeel yang menantinya. Wajahnya tenang seperti biasa. Tapi pada pandangan Dzul, dia nampak wajah Irfan yang berseri-seri kegembiraan. Suka lah tu dapat jadi hero Athirah....
“ Jauh ke tempat yang kau jumpa dia?” soal Izadeel setelah mereka berada di dalam khemah. Semua pelajar sudah diulit mimpi kecuali tiga orang jejaka itu. Dzul memandang Irfan yang sedang termenung jauh.
“ Jauh lah jugak. Aku jumpa dia hampir dengan tepi gaung.” Dzul dan Izadeel melopong. Mereka yang memang mahir selok belok hutan itu tahu tempat yang dimaksudkan Irfan.
“ Jauhnya dia sesat ke sana,” bisik Dzul, takut didengar cikgu atau pelajar lain. Izadeel terangguk-angguk setuju. Wajah Irfan tiba-tiba bertukar serius.
“ Aku rasa dia bukannya sesat tapi ada orang yang dendam dengan dia. Lukanya teruk.... macam kena pukul,” Irfan bersuara.
“ So... orang yang disebalik benda ni yang pukul Athirah sampai pengsan dan buang dia tengah-tengah hutan?” Dzul cuba memahami. Irfan mengangguk.
“ Kalau betul teori kau, Fan, dalangnya mesti orang yang mahir selok belok hutan ni. Kalau tak, macam mana orang tu tau tempat gaung tu yang memang jauh gila daripada kawasan perkhemahan kita. Tapi siapa dalangnya?” persoalan Izadeel bermain dibenak.
“ Dalangnya mesti dikalangan antara kita semua. Tu saja yang logik. Takkan mr. Nate dan Encik Akil pulak yang buat kerja macam ni. Siapa lagi yang tahu hutan ni?..... Apa rancangan kita sekarang Irfan?” Dzul meminta pendapat Irfan. Lelaki itu melurut dagunya gaya orang berfikir.

1 comment:
awwww...sweetnyer irfan. sambung lg
Post a Comment