Thursday 10 January 2013

KST 7


                    Humaira mendongkol geram. Dalam hati dia tak henti-henti menyumpah seranah Adam Zachary. Dia dipaksa beli barang oleh majikannya tu. kalau pergi sorang-sorang taua dengan pekerja lain tak apal ah jugak. Tapi ni dengan tunang mamat tu. Nura.

                    “Adam, biarlah I temankan Humaira pergi beli barang. I’ll help her,” Nura tetiba pelawakan diri. Humaira berdoa dalam hati. ‘Jangan bagi dia ikut aku.’

                   Humaira mengeraskan diri apabila Nura berlakon mesra dengannya. Geli tatkala Nura mengusap lembut belakangnya. Eiii perempuan ni lesbian ke raba-raba aku?

                   Adam memandang Nura dengan pandangan serius kemudian pandang Humaira pula. “ Fine.” Saat itu Humaira rasa nak bomkan Adam Zachary dengan bazooka.

                    “Humaira!” panggilan Nura mematikan lamunan Humaira. Shopping list dan duit yang diberi Adam Zachary berada ditangan Nura. Humaira hanya tukang tolak troli. Agaknya Nura ni sama spesies dengan Adam, suka mengarah orang tolakkan troli.

                    “I tanya you ni. Kenapa tak jawab?” marah Nura.

                   “Akak tanya apa tadi?” balas Humaira malas.

                  “Umur you berapa?”

                   “18.”

                   “Dah berapa lama you kerja kat kafe tu?” Nura membelek buah epal. Humaira perhatikan perempuan itu main ambik aje seberapa banyak epal yang mungkin dah dimasukkan ke dalam plastik beg.

                    “almost 2 months.”

                     “Hmm... you sukakan Adam ke?” tanya Nura kali ni Nura pandang tepat ke dalam anak mata Humaira. Jadi tak keruan Humaira dibuatnya. Tenung aku macam nak telan aku je minah naga ni.

                     “Pffttt... please. Buat apa saya nak sukakan mamat hati beku tu? In case if you hadn’t notice, he’s older than me. Too old for me,” kutuk Humaira. Nura mengecilkan matanya.

                      “Okey. So what if Adam likes you? You terima dia ke?” Humaira menelan air liur. Rasa gugup.

                       “ If he does like me, akak jealous ke?” soalan dibalas dengan soalan. Humaira siap senyum sinis.

                         “Jealous? Of you? Please, takde maknanya. Cause I’m way better than you. Besides, Adam tak minat pun dengan budak kecik macam you,” ujar Nura dengan bongkak. Humaira buat muka menyampah belakang Nura.

                                                  **********************

                    “Semua total harga barang yang dibeli RM 50 ringgit je? Kenapa buah epal dibeli 50 biji je, Leon tulis 100 biji. And Humaira, baki duit yang ada tinggal RM10 ringgit. Saya bagi kat awak RM300 tadi. Mana baki selebihnya?” bertalu-talu soalan yang diberi oleh Adam Zachary. Humaira memandang Nura yang berlagak biasa disisi Adam Zachary.

                   Adam Zachary membelek barang yang dibeli dalam palstik bag itu. Terbeliak mata lelaki itu. “Ya Allah, kenapa semua epal ni busuk. Kenapa sayur ni semuanya dah layu?” terjah Adam Zachary. Mencerlung matanya memandang Humaira.

                    “Humaira answer me. Mana baki duit selebihnya?” tanya Adam Zachary dengan marah yang ditahan.

                    “I don’t have it,” jawab Humaira, menunduk.

                     BAM! Adam Zachary menepuk meja di dapur itu dengan kuat. Semua terkejut.

                      “Apa masalah kau sebenarnya Humaira? Kau nak balas dendam kat aku pasal hari tu ke? Sebab tu kau nak burukkan nama kafe kita? Kau cari pasal dengan pelanggan kita, aku lepaskan. Kau tak buat kerja, aku lepaskan. But this, kau nak kafe ni bagi makanan yang dah busuk kat pelanggan?! And kau ambik duit kafe sewenang-wenangnya,” herdik Adam Zachary. Urat didahi lelaki itu tertimbul.

                   Humaira mengepalkan penumbuk disisi. Dia mengetap bibir menahan geram. Geram dengan Nura yang sengaja nak dia dimarahi. Dan geram dengan Adam Zachary yang sesuka hati menuduhnya macam-macam. Humaira memilih untuk berdiam. Sakit hati dengan majikannya itu.

                    “ Mulai hari ni kau tak payah kerja kat sini lagi dah. Aku tak nak tengok muka kau. Keluar!” tengking Adam Zachary. Nura tersenyum sinis. Puas hati dia dapat menyingkirkan Humaira yang dianggap sebagai halangannya.

                    Humaira terus naik ke tingkat atas. Dia menukar pakaiannya. Tudung ditanggalkan keras. Baju hoodie disarung dan seluar jeans lusuh dipakai dengan perasaan sakit hati. Dia memakai topi baseballnya. Uniform yang direka oleh Huda digantung dalam almari. Kemudian Humaira terus berlari keluar dari kafe itu. Nasib baik time tu takde pelanggan.

                 Syazwani, Naim, dan Leon saling berpandangan. Hareez pula mengetap bibir dan mengepal penumbuk. Rasa nak ditumbuk Nura pelanting keluar dari kafe.                 

                “Adam you janganlah marah-marah macam ni. Dia tu budak je,” pujuk Nura. Hipokrit punya minah. Bahu Adam disentuh. Pantas Adam Zachary menepis kasar.

                  “You berambus dari sini Nura. Get the hell out of my face before I kill you. I swear I’ll kill you, Nura,” hembus Adam Zachary, marah. Nura terkedu. Tak sangka dirinya dihalau begitu.

                  Dalam masa 4 tahun Adam Zachary dah banyak berubah. Dulu lelaki itu tak pernah marahnya nak lagi ugut nak bunuhnya. Nura betul-betul merasakan bahawa dirinya tiada peluang untuk bertakhta di hati Adam Zachary.

                   “You dah berubah Adam. I don’t know you anymore. Ni semua disebabkan budak tu kan? What do you see in her? What is so good about her that I don’t have? Dia tu budak miskin Adam. Budak dari kampung. Dia tu nakkan duit you je. Dia budak murah-,”

                    PANG! Satu tamparan dihadiahkan kepada pipi Nura. Tersungkur gadis itu. Semua kaget. Air mata Nura bergenang. Sakit siot.

                “Don’t you dare talk about her Nura. Get out!” herdik Adam Zachary.

                Adam Zachary menghembus amarahnya. Dia menyepak meja dapur itu sebelum meluru ke ofis. Pintu ofis ditutup kasar. 

No comments: