Sunday, 24 June 2012

Rahsia Antara Cinta Kita- Bab 10



         Suasana antara mereka sepi hanya kedengaran bunyi burung yang berkicauan di taman bunga sekolah itu. Nia Athirah menggigit bibirnya perlahan, nervous menunggu reaksi sahabatnya. Afiza seolah-olah bertukar menjadi patung setelah mendengar masalah kawannya itu. Dia cuba menghadam satu persatu benda yang Athirah cerita tadi.

        “ So... you think that Tengku Mia is behind all this?” soal Afiza, meminta kepastian.

         “ I don’t think... I know she is. Aku ingat muka dia, kawan-kawan dia,” ujar Athirah tegas. Ingatan di kem dulu masih segar di ingatannya. Sebelum dia memejamkan matanya setelah dihampuk dengan kayu, wajah Tengku Mia berada depannya tersenyum sinis. Dan sewaktu dia diheret ke dalam hutan, dia dengar suara Hana dan Tengku Mia berdebat.

        “ Kita letak dia kat sini je lah, Mia,” bisik Hana.

       “ Tak, kita buang dia dalam gaung tu. Biar dia mati,” ujar Tengku Mia, dingin.

        “ Janganlah sampai masuk kes mati pulak. I tak nak jadi pembunuh, malu parents I nanti,” tegur Katriana, takut.

       Tengku Mia dengus kasar. Penakut punya kawan.

        “ Fine. Biar je dia kat tepi gaung ni. Tapi sebelum tu.... jom kita lepaskan geram kat perempuan pelesit ni,” ujar Tengku Mia. Sejurus dengan itu perut Athirah ditendang kuat dan kepalanya turut menjadi mangsa. Kepala Athirah rasa berdenyut-denyut dan pandangannya menjadi gelap.

        “Nur.” Athirah tersentak daripada lamunannya lalu memandang Afiza tanpa berkelip.

         “ Kau okey ke?” tanya Afiza, risau. Nia Athirah hanya mengangguk.

         “ Kalau memang Tengku Mia dalangnya, kita kena report kat cikgu disiplin. Ni kes berat ni,” cadang Afiza, serius. Athirah terdiam berfikir seketika. Kemudian dia menggeleng.

           “ Kita kena ada bukti baru boleh bagitau cikgu,” ujar Athirah.

          “ Bukti apa lagi? Kau sendiri dengar and nampak princess Air Longkang tu yang buat kau. Dah sah-sah lah dia,” protes Afiza. Pelik betul dia dengan kawannya yang sorang tu.

           Tiba-tiba ada tepukan tangan dari arah belakang mereka. pantas kedua-dua gadis itu menoleh.  Wajah Afiza kelat sambil menggenggam tumbukan disisi. Athirah merenung tajam wajah Tengku Mia.

           “ Congratulations, you have solved the mystery, Scooby-Doo,” sindir Tengku Mia sambil tersenyum sinis. Hana dan Diana berada dibelakang Tengku Mia dengan senyuman mengejek.

           “ Kau!” Athirah mengetap gigi, menahan geram. Dia sudah beridir mahu sepak terajang Tengku Mia namun pantas dihalang oleh Afiza.

            “ Nur, sabar,” bisik Afiza. Dia juga tidak tahan melihat wajah Tengku Mia dan konco-konconya yang menjengkelkan.

            “ Yes me,” ujar Tengku Mia, gembira sambil mendepakan tangannya ke sisi.

          “ Apa kau nak?” tanya Athirah, kasar.

           “ Simple. I nak you jauhkan diri daripada Irfan,” jawab Tengku Mia, berpeluk tubuh.

           “ And Dzul,” sampuk Diana.

          “ And Luqman,” celah Hana pula. Athirah terpaku sesaat sebelum tergelak kuat. Seterunya naik kening. Masing-masing pelik dengan Athirah. Afiza lagi lah heran. Tadi marah sekarang tergelak. Jin ketawa manalah yang sampuk kawan aku ni?

         “ This is what it’s all about? Pasal lelaki?” ulang Athirah, masih bersisa ketawanya. Tengku Mia bercekak pinggang, geram.

          “ I’m warning you, Athirah. Stay away from him,” ugut Tengku Mia. Jari telunjuknya siap naik lagi. Athirah berhenti ketawa, wajahnya kembali serius.

            “ Kau tak payah nak ugut-ugut aku. Aku tahu lah. You don’t have to tell me to stay away from him because I don’t even want to be near him. Tapi pasal Dzul, aku akan pertimbangkan because he’s my best friend too,” balas Athirah, dingin. Tengku Mia masih tetap dengan muka ugutnya. Diana muka tak puas hati. Hana... hanya merenung tajam ke arah Athirah.

             Athirah memeluk tubuh seraya berjalan menghampiri Tengku Mia. Afiza membiarkannya. Tengku Mia menelan air liur. Kecut perutnya. Takut Nia Athirah bagi penendang Jepun.

             “ Aku tak kisah kalau kau nak sangat kat mamat Korea tu. Peduli apa aku dengan dia,” ujar Athirah perlahan sebelum berlalu. Bahunya sengaja melanggar bahu Tengku Mia. Afiza mengekorinya.

           “ I tahu you tak nak kat dia. Tapi disebabkan mulut you yang tak reti nak duduk diam tu, menarik perhatian Irfan. So apa kata kalau you stapler mulut you tu. you know what, I don’t know what is it that Irfan see in you or what makes him so interested in what you have to say. But I’m warning you,” Tengku Mia masih tidak mahu mengalah. Athirah berhenti berjalan dan menghela nafas panjang.

           “ Kau nak tahu something, Mia? Thank you sebab buat aku sedar dan memberi cadangan cara nak suruh mamat tu jauhkan diri daripada aku. And you know what, it’s not worth it for us to be fighting over a guy. We could be friends you know.” Athirah terus meninggalkan ketiga-tiga gadis itu.


          Selepas waktu rehat, Athirah masuk semula ke dalam kelas. Afiza menghilangkan diri ke bilik air. Tak tahan nak buang air katanya. Guru matapelajaran seterusnya belum masuk lagi.

        Athirah duduk termenung di tempatnya. Otaknya ligat memikirkan kata-kata Tengku Mia. ‘ Mulut aku ke yang menjadi punca kepada semua ni?’

       Kerana mulut badan binasa. Tepat peribahasa itu dengan situasinya.

       Apa yang dikata oleh Tengku Mia memang betul. Disebabkan mulutnya yang suka cari pasal dengan Irfan telah menarik perhatian lelaki itu. ‘ Tapi mamat tu yang suka cari gaduh dengan aku dulu,’ bentak hatinya.

        ‘ Kau patutnya senyap aje. Buat pekak aje lah dengan mamat tu,’ balas otaknya. Keluhan berat dilepaskan. Kali ni dia perlu mengalah demi kepentingan dirinya dan juga kawan-kawannya yang lain.

        “ Nur!” teriak satu suara. Nia Athirah tersentak lantas memandang ke tingkap kelas. Nuha sedang mengisyarat kepadanya. Athirah bangun dan bergerak ke tingkap kelas. Dah mulalah mesyuarat tingkap.
          “ Nah, jaga baik-baik. Jangan bagitahu sesiapa pun,” bisik Nuha. Satu 
kertas kecil disumbat ke dalam tangan Nia Athirah.

            “ Hah?” Athirah terpinga-pinga.

          “ Ingat,” Nuha terus beredar. Athirah kembali ke tempat duduknya. Kertas itu dibelek.

         ‘ Nur, saya mintak maaf pasal hari tu. I really need to see you. Hari Sabtu, pukul 5 petang, tempat biasa.  – Lhakeem-‘

          Pesanan ringkas daripada Luqman Hakeem. Dia teringat ugutan Hana menyuruhnya jangan mendekati Luqman. ‘ Aku tak kisah pasal Hana cicak kobeng tu. Mampus dia lah. Aku tak janji dengan dia. Dengan Mia je,’ detik hati Athirah. Kertas itu dikoyak kepada cebisan kecil dan dibuang ke dalam tong sampah.

No comments: