2 Mei
Kelas 4 Sci1 9.30 pagi
Assalamualaikum
Ye aku tau,
aku terpaksa tulis
diari sekarang dalam
kelas (sementara cikgu belum
masuk lagi). Jangan risau,
takde sesiapa yang
tahu aku tengah
tulis diari. Dia
orang ingat aku
buat homework. Ye
lah aku kan
ketua kelas, banyak
benda aku kena
buat.
Aku bosan ah... hari
ni Afiza tak
datang lagi. Dah
masuk hari ketiga dah
dia sakit. Sakit
apa? Aku sebagai bestfriend
dia pon tak tahu.
Secretive sangat tau
Si Afiza ni. Dzul
pun tak datang.
Semalam dia call
aku tepat- tepat pukul
12 tengah malam,
just nak bagi
tau aku yang
dia tak boleh
datang. Sekarang ni aku
‘kehilangan’ kawan
baik aku yang suka berlawak
bodoh dan Dzul,
penolong kelas. I can’t get
things done without
him!
Lepas ni subjek
agama. Ustaz ada
pesan dekat Dzul
suruh kita orang semua bawak
buku PAFA. Tapi
masalahnya, Dzul ni
bijak sangat. Dia
baru bagi tau
aku pagi tadi.
Tak ke bongok
tu? Aku harap
sangat2 apa- apa akan berlaku asalkan
ustaz tak minta
kita orang buat
PAFA. Please....
Oops, got
to go. Ustaz
dah sampai. Ya Allah,
tolonglah kabulkan doa
aku...
9.
42 pagi
“ Nia Athirah,” kedengaran Ustaz Husni memanggilnya. Nur Nia Athirah menutup diari kesayangannya lantas mendongak menyahut panggilan Ustaz Husni. Ustaz Husni mengisyaratkannya untuk menghampiri. Nia Athirah bingkas bangun sempat dia menyumbat diarinya ke dalam laci meja.
“ Ya ustaz,” sahut Athirah. Matanya tidak kelip memandang muka ustaz muda itu. Dahlah putih, ada sedikit janggut di bawah dagu. Hensem... suara ustaz Husni memang terbaik. The best of the best. Sedap giler bila ustaz baca ayat suci Al-Quran. Terpesona kita orang. Ustaz ni masih bujang. Sesiapa minat mai lah masuk meminang. Err.. ada ke perempuan meminang lelaki??
“ Mari, ikut saya,” ujar Ustaz Husni sambil melangkah ke luar kelas. Athirah mengerling Sofea yang merupakan setiausaha kelas. Sofea yang kebetulan itu sedang memandang Athirah mengangguk. Seolah-olah faham dengan pandangan ketua kelas itu yang menyuruhnya menjaga kelas sementara dia selesaikan urusannya.
Athirah mengekori ustaz Husni yang berjalan pantas tapi cool. Dia hanya mengikut ustaz itu. Ustaz turun tangga, dia turun tangga. Ustaz belok kanan, dia juga belok kanan. Macam kerbau dicucuk bontot aje. ‘ weh, bukan dicucuk bontot lah, dicucuk hidung. Peribahasa mana kau guna ni?’ marah otaknya.
“ Weh, Izzudin, awek kau!” kedengaran satu suara berteriak sewaktu mereka melintasi kelas tingkatan 5.
“ Mana?” kedengaran manusia bernama Izzudin itu bertanya. Kelas itu menjadi riuh dengan suara lelaki bersiul nakal.
“ Athirah!” teriak suara yang mula-mula bagi signal tu. Athirah buat-buat pekak dan menundukkan wajahnya. Dia rasa malu sangat-sangat waktu itu. Bukan dia tidak biasa dikacau, setiap hari dia dikacau oleh Izzudin and the Geng. Namun hari ni dia dikacau depan ustaz Husni. Malu lah.
Dia dapat rasa mata Ustaz Husni mengerlingnya. Athirah berlagak biasa. Padahal dalam hatinya tak henti-henti melemparkan sumpah –seranah kepada Izzudin and the geng. ‘ Sengkek betul mamat-mamat tu. Buat malu aku aje tadi. Dah lah ustaz pun dah pandang aku semacam. Gerenti ustaz dengar perkataan ‘awek’ tu. Perasan punya mamat. Tak hingin aku jadi awek dia atau awek sesiapa. Erghh.. geli man,’ bisik hati Athirah.
Mereka sampai di pejabat sekolah. Athirah menggaru kepalanya yang dilitup dengan tudung sekolah. ‘ Apa masalah sampai kena pergi pejabat ni?’ Athirah tertanya-tanya. Namun hanya didiamkan. Dia akan tahu juga. Athirah mengikut langkah ustaz yang menghampiri seorang lelaki yang duduk di hadapan pejabat. Apabila ustaz sudah berdiri di sebelah lelaki itu, lelaki itu terus bangun. Wow, beradabnya mamat ni.
“ Nia Athirah,” panggil ustaz kepada Athirah yang berdiri jauh sedikit daripada mereka berdua. Athirah mendekati ustaz sambil tertanya-tanya. Lelaki itu mengerling sekilas wajah Athirah sebelum memandang ke arah lain.
“ Ni Raja Irfan Iskandar, dia akan menyertai kelas kamu,” terang ustaz Husni. Terlupa nak beritahu. Ustaz Husni merupakan guru kelas 4 Sci 1.
Athirah sempat membelek lelaki itu. Orangnya tinggi lampai, berkulit putih, hidung yang mancung. Muka mamat ni macam muka pelakon Korea...pelakon yang patah hati. ‘Hisy kau ni tak baik cakap macam tu. Mamat ni hensem giler kot,’marah hati Athirah. ‘ eh, betul lah apa yang aku cakap. Muka mamat ni serius aje. Takut aku,’ bentak otaknya pula.
“ Kamu tolong uruskan dia dan senarai nama dan sebagainya. Kamu tahu nak buat apa. Boleh kan?” pinta Ustaz Husni dengan lembut. Athirah mengangguk lalu tersenyum. ‘ Ni sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai ketua kelas, apa yang tak bolehnya,’ bisik hatinya.
Selepas berbincang perkara yang diperlu dengan ustaz Husni, Athirah berpaling untuk bergerak ke kelas.
“ Hati-hati, Nia Athirah,” sempat Ustaz Husni berpesan kepada gadis itu. Merah muka Athirah tatkala menyedari Ustaz Husni sedang perlinya. Namun dia cepat-cepat control tough. Athirah mengerling Irfan Iskandar memberi isyarat kepada lelaki itu untuk mengikutnya. Lelaki itu masih dengan muka seriusnya tapi ikut jugak.
Nia Athirah berjalan seiring dengan Irfan Iskandar. Dia berasa sangat kerdil berjalan disebelah lelaki itu. Berdiri aje ketinggian Nia Athirah hanya setakat paras dada lelaki itu. Bapak tinggi mamat Korea ni. Nama dia style doh. Raja pulak tu....
Sewaktu melintasi kelas tingkatan 5 kedengaran pelajar-pelajar perempuan kecoh sesama mereka.
“Eh, siapa mamat tu?”
“ Weh, he is totally hot!”
“ Pelakon Korea ke? Lee Min Ho ke?”
“ He’s mine. Aku chop dia dulu. Jangan ambik!”
Itu lah antara bisikan dan teriakan yang
Athirah dengar. ‘Gatal jugak kakak-kakak form 5 ni. Tak sedar-sedar lagi ke SPM
dah nak dekat. Fokus ah belajar tu. Nak SPM tu buat lah cara SPM. Tak sedar
diri,’ sempat Athirah mengutuk orang. Dalam masa yang sama dia berdoa dia tidak
dikacau oleh Izzudin and the geng. Namun doanya tidak dikabulkan.
“ Izzudin! Check it out!”
“ Fulamak! Weh Iz nampaknya kau ada saingan lah,” teriak sorang lagi mamat yang tak bertamadun. Athirah kenal sangat empunya suara yang suka bagi signal, Haziq.
“ Awek kau curang lah!” teriak Farhan.
Nia Athirah mendengus geram lalu menundukkan wajahnya dan berjalan pantas. Dia tidak pedulikan Irfan Iskandar yang masih dengan gaya poyo coolnya. Apa yang penting sekarang ialah maruahnya sebagai seorang wanita. Perempuan mana yang sanggup dituduh curang? Padahal aku bukannya curang pon. Dia ingat aku ni isteri dia ke apa. Kepala hotak dia!
Nia Athirah memperlahankan langkahnya sebaik sahaja dia sudah jauh daripada kelas tingkatan 5. Suara budak-budak lelaki juga sudah tidak kedengaran lagi. Dia berasa lega sedikit. Rasa aman dunia tak dengar suara mamat-mamat sengal tu. Athirah berhenti lalu berpaling ke belakang untuk memastikan Irfan Iskandar berada di belakangnya.
Jantung Athirah rasa nak terloncat keluar tatkala batang hidungnya hampir berlaga dengan dada lelaki itu. Perfume lelaki itu menusuk ke dalam hidungnya. Wanginya... Namun Nia Athirah cepat-cepat menjarakkan dirinya. Dia menggosok hidungnya sekilas dengan jari telunjuknya. Lelaki itu hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Muka masih serius.
“ Err..sorry pasal tadi,” Athirah meminta maaf atas kejadian tadi. Tak elok dia meninggalkan lelaki itu macam tu aje. Kesian mamat Korea ni terpaksa kejar aku. Kejar amendenya?? Kaki dia kan panjang, sekali langkah macam berlari seratus meter aje. Irfan Iskandar tidak berkata apa-apa, mengangguk pun tidak. Hanya muka dingin. Athirah terus berjalan ke kelas. Malas dia nak layan orang yang muka dah macam asam busuk seminggu.
Sebaik sahaja dia sampai dihadapan kelas 4 Sci 1, Athirah rasa macam nak menangis melihat keadaan kelasnya itu. What the..? ni ke kelas yang aku didik dan jaga macam menatang minyak dalam kuali selama ini? Dia memandang sayu ke dalam kelas yang sedang huru-hara dan berpecah-belah itu. Satu kumpulan di bahagian hadapan kelas sibuk bergosip sesama mereka. Dua kumpulan sedang melepak di bahagian tengah kelas. Bawah kipas pulak tu. Di bahagian belakang kelas itu, Athirah sendiri tak pasti apa yang sedang berlaku, terdapat acara WWE sedang dijalankan. Girls vs Guys...
Kelihatan Sofea sedang mencuba untuk meredakan keadaan. Namun tiada sesiapa yang pedulikan gadis yang kecil molek itu. Athirah berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh.
“ Ehem..” hanya dengan satu deheman 29 pasang mata tertumpu kepadanya, serentak dengan itu suasana menjadi hening. Athirah baru saja nak buka mulut tetapi pelajar-pelajar 4 Sci 1 terus pantas bergerak ke tempat masing-masing. Athirah tutup semula mulutnya. Macam tau-tau aje aku nak suruh dia orang duduk tempat masing-masing.
“ Okey, kelas. Kita ada pelajar baru, as you all can see. Namanya Irfan Iskandar,” tatkala dia menyebut nama lelaki itu, Athirah perasan lelaki itu menjelingnya dengan hujung mata. ‘Apa masalah? Kau nak aku cakap pangkat Raja kau tu ke? Boleh blah lah. Penting sangat ke pangkat kau tu? Tengku lah, Megat lah, Nik lah, Raja lah.. hesy, macam-macam,’ kutuk Athirah dalam hati.
Kelas 4 Sci 1 berbisik sesama mereka. Athirah menjadi muak dengar benda yang sama. Pelakon Korea lah, hensem lah.. bla,bla,bla black sheep. “ Hey, diamlah,” tegur Athirah dengan tegas. Kelas itu akur dan menjadi macam tanah perkuburan.
“ Minah kepoh,” tiba-tiba Athirah terdengar satu suara garau di belakangnya berkata sebegitu. Athirah mengerutkan dahinya manakala pelajar kelas 4 Sci 1 pula terlongo. ‘ Tak pernah-pernah orang panggil aku macam tu. In fact, takde sesiapa yang berani panggil aku yang bukan-bukan. Lawan cakap aku pon dia orang tak berani. Siapa yang kurang hajor sangat ni?’ marah hati Athirah.
Athirah menoleh ke belakang. Mamat Korea diri dibelakangnya dengan muka model iklan asam jawa. Athirah memberi satu jelingan maut kepada lelaki itu. Irfan Iskandar merenungnya tajam. Mulai saat itu, Nur Nia Athirah dan Raja Irfan Iskandar diisytiharkan musuh ketat sepanjang hayat, bersaksikan pelajar kelas 4 Sci 1.


No comments:
Post a Comment