8 Jun
5. 30 petang
Kat atas katil
hospital
Assalamualaikum
diari,
Dah hampir seminggu aku
terperuk kat hospital ni.
Kaki aku pon dah sembuh. Doktor cakap
esok aku boleh balik. Yeah.
Tak sabar aku
nak keluar. Sepanjang seminggu
aku tak pergi
sekolah. Afiza dan
Nuha yang tolong aku
dengan kerja sekolah.
Aku just copy paste nota
dia orang. Aku dengan
homework memang tak
boleh dipisah. Aku
suka homework.
Pintu bilik wadnya tiba-tiba dibuka
dari luar. Tak sempat nak menghabiskan luahan hatinya, Nia Athirah cepat-cepat
menutup diarinya dan menyumbat buku itu ke bawah bantal. Pen biru yang diguna
tadi entah ke mana dicampak. Athirah mengerling jam tangannya. Syakilla dan adik-adiknya biasanya akan
melawatnya pada waktu begini. ‘ Adik aku ni masuk bukannya nak ketuk bagi
amaran ke apa, main terjah je,’ rungut hati Athirah.
“ Assalamualaikum, Kak Nur,” Afnan memberi salam. Adiknya yang berumur tiga tahun itu dipimpin oleh Syakilla. Tiga orang adik lelakinya, iaitu Zaki Zuhir Afnan, Addy Adrian Afnan dan Riasz Ryan Afnan, tersengih kepada kakak sulungnya. Nia Athirah tersenyum lebar walaupun dalam hati rasa nak hentam aje adik-adiknya itu sebab tak ketuk pintu sebelum masuk.
“ Waalaikumussalam, korang datang dengan siapa?” soal Nia Athirah dengan dahi berkerut seribu. Syakilla mengangkat Afnan duduk di atas katil di sisi Athirah. Ilman Ilyas Afnan melabuhkan kepala ke riba Athirah.
“ Dengan pemandu bas ekspres siap ada tour guide lagi,” sindir Ryan sambil tersengih-sengih. Nia Athirah dah menjeling geram kepada Ryan yang berumur 14 tahun. ‘Kang aku simbah air kat adik aku ni kang baru tau,’ gerutu hati Athirah.
“ Ye ke? Mana bas driver tu? Meh akak ucapkan terima kasih kat dia sebab susah payah hantarkan korang ke sini,” balas Athirah dengan wajah blur yang terpamer.
“Bas driver tu tak nak jumpa Kak Nur, sebab dia pun takut nak jumpa singa betina walaupun kaki singa betina tu bengkak,” seloroh Ryan, mengenakan kakaknya. Mata Nia Athirah terus membulat. Wajahnya bertukar menjadi singa betina. ROARRR!
“ Apa??!! Kurang asam punya adik. Yan, kau tunggu aje lah sampai kaki akak dah sembuh, akak sodok kau dengan bulldozer!” tempik Athirah. Alamak singa betina mengamuk! Cabut!
Ryan menyorok dibelakang Zaki, abang sulung yang berumur 16 tahun. Athirah bila tengah mengamuk tu habis air liur tesembur-sembur kena muka orang. Ryan tergelak-gelak.
Zaki hanya menggeleng sambil tersenyum. Ryan pantang sakat kakak sulungnya itu bila ada peluang. Bukan senang nak kacau kak Long tu. Usik sikit, dia kejar satu dunia sampai dapat. Sepanjang minggu itu Ryan tidak habis-habis mengenakan kakaknya itu. Iyalah, kakaknya tu kan kaki bengkak. Macam mana nak kejar?
Afnan menepuk-nepuk paha Athirah. “ Kak Nur, jangan jerit-jerit nanti hilang suara, tak oleh cakap,” sampuk adik bongsunya itu. Athirah terus diam lalu mencubit manja pipi Afnan sambil ketawa kecil.
“ Baiklah, tuan kecik. Akak tak jerit lagi,” pujuk Athirah. Dia menguntumkan sebuah senyuman manis kepada adiknya itu. Afnan turut ketawa apabila Athirah mencuit pipinya. Afnan mengerling Ryan pula.
“ Abang Yan, jangan kacau Kak Nur. Kak Nur nak rehat sebab kaki dia sakit. Sian...” ujar Afnan kepada Ryan pula. Siap memek muka simpati pulak tuh. Aiih, budak kecik ni, comel bangat.
“ Yes, boss kecik,” seloroh Ryan.
“ Kita orang datang dengan ayah,” ujar Zaki, menjawab soalan kakaknya yang tidak terjawab tadi. Athirah mengerutkan kening.
“ Ayah? Mana ayahnya?” soal Athirah seraya tercari-cari kelibat ayahnya.
“ Ayah pergi surau nak solat Asar,” jawab Syakilla yang sedang mengusap lembut rambut Afnan. Athirah mengangguk sambil mulutnya berbentuk ‘o’. Dia mengerling adiknya Adrian yang tidak bersuara sejak tadi.
“ Drian, macam mana tadi sekolah? Ok ke K.O?” tanya Athirah. Dia suka bertanya adik-adiknya tentang sekolah. Maklumlah kakak yang penyayang kan. Adrian memandang wajah kakaknya seperti orang yang tiada perasaan.
“ Okey je kak,” balas Adrian acuh tak acuh. Adiknya yang berumur 15 tahun itu memang seorang pendiam. Susah nak bukak mulut bercakap. Bukak mulut makan senang pulak.
“ Zak, amacam add maths? Dah reti buat soalan yang kau tanya semalam?” Athirah beralih pula kepada Zaki yang duduk ditepi katilnya itu. Zaki tersengih lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Dah mula dah penyakit sengih dia datang tu. Tersengih-sengih. Nasib baik gigi kau cantik kalau tak dah lama akak bagi penumbuk sebijik,” omel Athirah. Makin bertambah lebar sengihan Zaki. Athirah sudah arif dan lali dengan perangai kelima-lima adiknya itu.
“ Illa, macam mana pulak dengan sekolah?” soal Athirah. Syakilla yang sedang merenenung telefon bimbitnya serta-merta menjuihkan bibir. Gadis kecil berumur 13 tahun itu mencemikkan muka meluat. Serius hodoh, jangan buat.
“ Urgh! Illa menyampah lah dengan mamat ABC tu,” rungut Syakilla perlahan dan geram. Athirah membetulkan tudung dikepalanya yang sedikit senget ditarik Afnan. Kemudian dia menaikkan keningnya.
“ Mamat ABC mana pulak nih?” omel Athirah perlahan namun tetap sampai ke pendengaran adik-adiknya. Syakilla menarik muka masam mencuka. Allah....bertambah hodohnya adik aku ni.
“ Kak Nur ni kan, jangan lah buat-buat lupa. Syafiq Izri tu lah, siapa lagi dalam sekolah kita yang paling annoying melainkan lelaki tak guna tu. Eii, geli Illa sebut nama dia. Benci dia,” tukas Syakilla dengan penuh dendam dan benci. Bibir Athirah terherot ke tepi. ‘ Ada sorang lagi lelaki yang menduduki tangga tertinggi dalam carta manusia paling menjengkelkan atas permukaan bumi ni. Orangnya ialah musuh ketat aku yang telah menyelamatkan aku. Raja Irfan Iskandar,’ bisik hati Athirah.
“ Apa mamat tu buat kali ni?” sampuk Zaki. Mereka, adik-beradik pergi sekolah yang sama. Cuma Syakilla dan Ryan sesi petang, memandangkan mereka tingkatan 1 dan 2. Zaki, Adrian dan Athirah sesi pagi. Mereka kenal siapa gerangan orang yang disebut oleh Syakilla.
“ Dia sorokkan pensel box Illa pastu Illa kena marah dengan cikgu sebab cikgu fikir Illa tak bawak alat tulis. Bila Illa habis solat kat surau sekolah, dia gantung kasut Illa kat atas pokok. Macam mana Illa nak ambik? Nasib baik abang Yan ada dan tolong ambik kan. Kalau tak alamatnya Illa berkaki ayam lah,” Syakilla tersengih kepada Ryan seusai habis bercakap. Athirah, Zaki dan Adrian turut memandang ke arah Ryan yang mempamerkan wajah seposennya.
“ What? Why are you looking at me like that?” protes Ryan, tidak selesa ditenung sebegitu oleh abang dan kakaknya. Rasa macam penjenayah kelas satu pulak.
“ Terima kasih sebab jaga Illa,” ujar Athirah perlahan. Suasana dalam bilik wad itu menjadi sepi seketika, masing-masing melayan fikiran masing-masing. Pintu bilik wad dibuka dari luar. Keenam-enam adik-beradik itu menoleh ke arah yang sama, pintu. Encik Hafiz terpacul dimuka pintu dengan senyuman manis.
“ Ayah,” sebut Afnan. Athirah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayahnya. Dia mencium tangan ayahnya. Ni lah contoh kakak yang terbaik lagi comel ni....
“ Macam mana anak ayah hari ni? Dah okey ke kakinya tu?” soal Encik Hafiz seraya membelek kaki kanan anak gadisnya itu yang berbalut. Athirah tersengih. Padahal dalam hati menahan sakit. ‘Ayah janganlah sentuh kaki Nur, sakit tau tak,’tahan Athirah.
“Okey sikit ayah,” jawab Athirah, acuh tak acuh. Encik Hafiz tersenyum senang lalu menepuk-nepuk kaki kanan itu sambil berkata, “ Alhamdulillah, makin cepat sembuh, awallah balik.”
Nia Athirah tersengih selebar-lebarnya, nak cover. ‘Ayah buat macam tu, makin parahlah kaki Nur, ayah oi,’ teriak hatinya. Rasa nak menangis pun ada.
“ Doktor cakap Nur boleh balik esok, Insya-Allah,” kata Athirah. Encik Hafiz duduk disebelah Syakilla yang sedang memangku Afnan.
“ Hmmm... cuba tengok kaki kakak kamu ni, macam dah tak serupa kaki dah. Peliknya. Tu lah Kak Nur ni, ayah dah pesan banyak kali dah main tu jangan lasak-lasak sangat. Nur kan perempuan mana boleh ganas-ganas. Silap haribulan penyek laki kamu, kamu hentam, Nur,” sempat Encik Hafiz menyindir anak gadisnya itu. Adik-beradiknya ketawa terbahak-bahak bagai nak terburai perut. Nia Athirah hanya menjuihkan bibir.
“ Mentang-mentanglah kita ni sakit, satu dunia berpakat kenakan kita,” omel Nia Athirah. Encik Hafiz ketawa kecil lalu menggosok lembut kepala anak sulungnya itu. Athirah hanya tersengih lebar dibuat begitu. Dia suka apabila ayahnya buat begitu. Rasa macam budak-budak pulak. Ngee..
Nur Nia Athirah sangat gembira hari ini. Sebab apa? Sebab boleh balik rumah lah. Tak kuasa aku terperap kat hospital lama-lama. Dah lah mama doktor kat hospital ni. Semua doktor dan nurse kenal aku. Malu aku. Nia Athirah melipat bajunya diatas katil dan disumbat ke dalam begnya. Sikit je bajunya, bukan banyak pon.
Disebabkan happy sangat, sambil tangannya lincah melipat, mulutnya sibuk menyanyi lagu Ella Ku Merindu.
“ Ku berjanji, Berjanji mencintai sepenuh jiwaku, Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku, Agar kau dapat menerima cintaku. Ku selalu merindu cintamu, yang selalu ada di jiwaku....”
“ Ehem,” dehem seseorang.
“ Mak!!!” Nia Athirah terjerit dan terus tergolek jatuh dari katil. GEDEBUK! Bunyi mengalahkan nangka busuk jatuh.
“ Ouch...” Athirah mengerang perlahan. Aduh... terkejut punya pasal sampai terjatuh bergolek-golek. Tu lah khusyuk sangat menyanyi sorang-sorang kan dah kena sebijik.
“ Okey tak?” tegur orang yang membuatnya terkejut tadi. Nia Athirah mendongak memandang wajah orang yang memang nak kena belasah dengan dia. Nampak aje muka orangnya, hilang terus muka berkerut Athirah, diganti dengan jelingan mautnya.
“ Tak reti bagi salam ke hah?” bentak Nia Athirah, geram. Raja Irfan Iskandar tersenyum sinis.
“ Aku dah bagi salam kau tu je yang tak dengar. Leka sangat menyanyi,” tembak Irfan. Aduh... kaki aku sakit, kepala aku sakit, sekarang hati aku pulak sakit. Bertambah sakit kaki dan kepala aku nih menengok muka sengal mangkuk Korea.
“ Nak apa kau datang sini?” tanya Athirah terus mengubah topik. Ceh nak cover line konon. Athirah panjat semula ke atas katil. Matanya bertembung dengan mata Zikri yang sengih memanjang. Sebal hati aku ni, rungut Athirah dalam hati.
Irfan berjalan ke sebuah kerusi yang terdapat dihujung katil Athirah lalu duduk disitu. Athirah menyambung kerjanya yang terbelangkai seketika tadi. Dia mengemas sambil menunggu jawapan lelaki itu. Hesy, lamanya nak jawab soalan aku yang simple tu.
“ Apa korang buat kat sini?” soal Athirah sekali lagi. Mana tau dua orang mamat ni dah pekak dan tak dengar soalan aku awal-awal tadi. Kali ni Athirah menjeling wajah Irfan yang menayang muka sengalnya.
“ Kenapa? Tak boleh kita orang datang melawat kau?” perli Irfan. Athirah mengetap bibir. Kang ada jugak yang makan penumbuk aku ni kang. Athirah mencebik.
“ Boleh. Nih korang dah melawat dah pon, bila nak blah?” ayat macam nak menghalau aje. Irfan masih dengan muka macho dia. Zikri yang sudah masak dengan perangai Athirah yang tak suka orang melawatnya pantas berkata, “ Sebenarnya kita orang ada benda nak cakap dengan kau Nur.”
Nia Athirah buat acuh tak acuh je. ‘Dah jumpa orang tu mestilah cakap something. Mana ada orang jumpa untuk saja-saja, mesti ada sebab,’ desis hati Athirah. Athirah terus menyambung kerja mengemas begnya. Zikri mengerling Irfan yang tetap dengan gaya model dinginnya itu.
‘ Sorang macam nak tak nak je dengar apa yang aku nak cakap, yang sorang lagi ni bukannya nak back up aku. Apa punya kawan lah. Dua-dua sama je. Kang aku kahwinkan baru tau,’ kutuk hati Zikri. Panas dengan sikap dua orang insan dihadapannya.
Zikri mendekati katil lalu melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat di sisi katil itu. Dia menghela nafas panjang sebelum menatap wajah gadis itu.
“ Kita orang nak bincang dengan kau pasal kes kau kat kem hari tu,” mula Zikri. Dia tidak lepas daripada merenung wajah Athirah. Gadis itu tetap gaya coolnya siap angkat kening lagi.
“ Ada apa dengan kes tu?” tanya Athirah acuh tak acuh. Dia tidak mengangkat langsung mukanya. Zikri mengecilkan matanya, mula syak sesuatu. Dia kenal sangat gadis bernama Nur Nia Athirah itu. Bukan sehari dia kenal tetapi dah 6 tahun.
“ Apa yang berlaku hari tu kat kau?” soalan Zikri secara spontan membuat Athirah terhenti seketika melipat baju. Zikri nampak anak mata Athirah yang bergerak ke kiri sebelum kembali ke baju. Zikri tersenyum sedikit. Dia tahu apa maksud gerak geri Athirah sebentar tadi.
“ Aku tersesat jalan je lah hari tu-,” tak sempat Athirah menghabiskan ayat.
“ Jawab soalan aku dengan jujur Nur,” sampuk Zikri. Dia tahu Athirah sedang cuba menyorokkan sesuatu. ‘ Perempuan memang tak reti menipu, so tak payah susah-susah perah otak kau tu,’ desis hati Zikri.
Athirah mencebik lalu menjeling sekilas Zikri yang berada di sebelah kiri katilnya. Dia menjeling pula Irfan yang berada disebelah kanan katilnya. Dua-dua jejaka itu merenungnya tajam. GULP... I feel like a criminal.
“ Aku duduk kat tepi sungai lepas tu tiba-tiba ada benda yang jatuh kat atas aku. Lepas tu aku pengsan. Sedar-sedar je aku ada kat dalam hutan. Dah. Apa lagi kau nak tau?” laju saja ayat yang terkeluar tadi. Irfan mengangkat kening.
“ Tu je? Mana part yang superman tu datang?” ejek Irfan dengan senyuman yang sangat menjengkelkan siapa-siapa yang melihat. Athirah mengetap bibir. Menahan geram. ‘ Sengaja je mengukit. Nak bikin aku malu lah tu. Sengal punya mamat,’ kutuk Athirah.
Nia Athirah tidak menghiraukan Irfan lantas menzip begnya dan dicampak ke sofa yang berdekatan dengan katilnya. Landing cantik kat atas sofa itu.
“ Athirah, kau cuba ingat balik apa yang terjadi. Kau cuba ingat muka yang kau nampak. Cuba ingat balik,” Zikri seolah-olah merayu. Athirah pulak macam dengar tak dengar aje. Takde perasaan langsunglah.
“ Kenapa kau beriya-iya sangat nak tahu ni? Apa kena-mengena dengan korang kalau aku ingat pon siapa dalangnya?” bentak Athirah, tak puas hati. Zikri dan Irfan semakin tajam merenungnya. Cuaklah pulak aku tengok dua orang mamat ni. Manalah nurse nih bila aku perlukan diaorang??
“ What?” tanya Athirah. Irfan tetiba menghampiri Athirah yang duduk bersila di atas katil. Athirah dah semakin takut, jika diapa-apakan Irfan. Dekat sangat wajahnya dengan wajah lelaki itu. Athirah nak undur ke belakang tapi dah terhimpit dengan bantal. ‘ Kalau dia berani sentuh aku, aku bagi penangan biar landing terus kat wad sebelah,’ bisik hati Athirah.
“ Kau tau kan apa sebabnya kita orang tanya kau. Aku tau kau ada sorokkan something daripada kita orang. Kau cakap sekarang siapa mastermind disebalik kes kau ni....kalau tak.... ,” Irfan berhenti seketika untuk senyum sinis dan menunjukkan sesuatu dalam genggamannya. Ternganga terus Athirah melihat diari kesayangan berada di tangan musuhnya. ‘Alamak bila masa pulak dia cilok diari aku nih??’
“ Diari aku! Bagi balik!!!!” teriak Athirah. Habis lah segala luahan hatiku. Irfan hanya gelak jahat. Sengal nyer.
“ Kau nak balik buku ni, cepat bagitau aku apa yang kau tau. Kalau tak, aku ambik terus buku ni dan aku akan baca.. atau pon aku sebar je lah kat sekolah..” ugut Irfan dengan muka jahat. Athirah rasa nak menangis je. ‘ Mana adil, main ugut-ugut,’ rengek hatinya. Dia tetap cuba beriak tenang. Nak cover lah kononnya.
Nia Athirah mengetap bibir, geram lalu membuang pandangan ke luar tingkap. Sakit hati dia menengok musuhnya itu. Irfan masih dekat sangat dengannya. Zikri pula melongo sebesar-besar alam. Ni kalau sesiapa yang melihat agenda ni dari jauh mesti dah fikir bukan-bukan dah.
“ Aku tak berapa ingat lah apa yang jadi,” keluh Athirah perlahan. Dia tak tipu. Hentakan di kepalanya memberikan kesan sampingan. Irfan mengundur sedikit ke belakang, seolah-olah memberi ruang untuk gadis itu mengingat semula. Dia tidak lekang daripada melihat wajah gadis itu. Wajah Athirah berkerut-kerut kemudian Athirah menggeleng.
Semakin dia cuba mengingat, semakin sakit kepalanya. Berdenyut-denyut. Dia menangkap keluhan Zikri. Irfan senyap sahaja. Athirah mengangkat anak matanya. Berderau darahnya tatkala matanya bertembung dengan mata Irfan yang merenungnya tajam. Bukan renungan yang penuh kebencian tetapi renungan yang lain daripada lain. Athirah cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
‘Apahal mamat ni tengok aku semacam? Macam tak pernah tengok muka aku pulak,’gumam hati Athirah.
Suasana kelas 5Sci 1 senyap saja pada pagi itu. Almaklumlah sekarang waktu matapelajaran agama. Ustaz Husni yang mengajar mestilah senyap aje. Ustaz ni ada auranya tersendiri yang boleh membuatkan pelajar-pelajarnya diam dan bercakap bila perlu. Terbaiklah.
Semua pelajar tekun menyiapkan kerja yang diberi oleh ustaz. Ustaznya pulak duduk meyemak kerja sekolah di meja guru.
TUK, TUK, TUK..
“ Assalamualaikum,” satu suara yang memberi salam di muka pintu. Serentak semua orang dalam kelas tu menoleh ke arah pintu. Tersembul wajah Nia Athirah yang tersengih. Ustaz Husni meletak pennya.
“ Waalaikumussalam Nia Athirah. Masuklah,” pelawa ustaz dengan lembut. Nia Athirah berwajah selamba sambil berjalan ke dalam kelas. Cara jalannya sedikit terhenjut-henjut. Doktor cakap dia tak perlu menggunakan tongkat memandangkan kakinya hampir pulih. Ye lah tu, pada hal aku yang beriya-iya sangat tak nak guna tongkat. Pft..
Athirah tidak mempedulikan kawan-kawannya yang terlongo besar memandangnya. Mukanya selamba je macam takde apa-apa yang berlaku. Huh takde feeling langsung. Athirah menghulurkan sekeping nota kepada Ustaz Husni yang tetap tenang. Tu sebenarnya surat daripada doktor. Doktor mana lagi.. mama aku ler.
“ Kenapa tak beritahu saya awak datang hari ? Tak payah lah awak susah payah naik tangga sampai tingkat empat ni, Nia Athirah,” tegur Ustaz Husni dengan lembut. Athirah suka mendengar ustaz menyebut namanya. Macam sweet aje,
‘Eh gedik lah kau ni Nur. Mentang-mentang lah ustaz ni still single and young, kau pun sibuk nak ambik kesempatan,’ tukas otaknya. Athirah tersengih.
“ Susah apanya ustaz? Saya naik guna escalator lah. Itu lah gunanya escalator. Berbaloi tuan pengetua kita sediakan escalator dalam sekolah ni,” balas Athirah. Part escalator tu betul. Sekolah mereka ni lain daripada lain. Terlebih maju....lebih maju daripada sekolah kluster. Sayang sekolah ni...MUUUAAH.
Ustaz Husni mengangguk. Athirah berjalan ke tempat duduknya di belakang kelas. Afiza tersenyum kepadanya. Athirah membalas. Sebaik sahaja Athirah melabuhkan punggungnya semua pelajar kembali menghadap buku masing-masing.
“ Kita belajar topik apa ni?” bisik Athirah seraya mengeluarkan buku agamanya dari beg sandangnya.
“ Kaifiat perkahwinan,” bisik Afiza tanpa mengangkat muka. Athirah menjeling seketika ke arah Ustaz Husni yang sibuk menyemak buku pelajar. Athirah mula menyiapkan nota agama. ‘ Dalam banyak-banyak topik, kenapa lah ustaz perlu pilih topik nih??? Haaah, malangnya aku ni,’ rungut hati
Athirah.
Tetiba satu nota kecil muncul atas mejanya. Athirah tersentak. ‘Siapa yang memandai je taruk benda alah ni atas meja aku? Menyemak aje lebih,’ desis hatinya. Dia tidak sedar bila masa kertas kecil itu muncul atas mejanya.
Lantas dia memandang belakang kepala Izadeel yang duduk dihadapannya. Lelaki itu tiba-tiba berdehem. Athirah menyepak kerusi Izadeel. Izadeel seperti orang kena renjetan elektrik. Badannya terus tertegak lalu menoleh ke belakang.
Athirah mengunjuk ke arah kertas itu dengan dagunya. Anak mata Izadeel mendarat ke atas kertas kecil itu lalu dahinya berkerut seribu. Lelaki itu memandangnya semula dengan menaikkan dagu dan kening seolah-olah berkata, “ Kau nak apa? Apa benda surat nih?”
Athirah menggeleng, seolah-olah berkata, “ Takde pape lah”. Izadeel menghadap bukunya semula. Athirah mengambil surat itu sempat dia mengerling ke arah Afiza yang memang dah khusyuk. Sekolah ni kena bom pon minah tu tak sedar.
Athirah dapat melihat namanya tertulis atas surat itu. Perlahan-lahan dia membuka dan membaca butiran suratnya.
‘ Meet me in the library after school. Pukul 3. Datang jangan tak datang. Kalau tak.. siaplah. P/S: I still have your diary... ~ ur loving husband~’
‘ Loving husband kepala batu kau! Bila masa lah pulak aku kahwin dengan kau, mamat?? Ergh...geli beb,’ kutuk Nia Athiah dalam hati.
Tak semena-mena surat itu terus direnyukkan. Geram punya pasallah ni. Ada ke patut main ugut-ugut orang dalam surat? Athirah membuka semula renyukkan surat itu. Dia mengoyak kertas itu sampai hancur lunyai jadinya.
Anak matanya menikam belakang kepala Irfan. URGHH! Gunung berapi nak meletup! Geramnya dengan mamat perasan bagus nih. Sesedap dia aje main suruh orang buat tu buat ni pastu ugut-ugut. Rasa nak terajang aje mamat Korea perasan bagus tu...
“ Nia Athirah, kamu ada masalah ke?” tegur Ustaz Husni. Terpadam terus gunung berapi. Semua mata memandang ke arahnya kecuali Irfan. Dia dah tahu apa yang gadis itu sedang buat. Jeling orang sampai nak tembus kepala orang.
Athirah hanya tersengih. “ Takde ustaz.” Lantas dia menundukkan wajahnya. Malu punya pasal. Tak sangka perbuatannya disedar ustaz. Malu giler. Athirah mencuri-curi pandang ke arah ustaz yang sudah menghadap kerjanya semula.
Athirah mengangkat semula mukanya. Tetiba matanya bertembung dengan Tengku Mia yang menjelingnya semacam. Athirah mengerutkan dahi. ‘ Apa kena dengan minah lintah ni tetiba aje jeling-jeling orang,’ gerutu hati Athirah. Dia juga membalas jelingan perempuan itu. Tengku Mia terus memandang ke hadapan. Athirah tersenyum lebar, menahan gelak. ‘ Tau pon takut. Main lagi dengan aku.’


2 comments:
i need yr sambungan cerita ni ><
sgt bgus! ^^.
dh sambung dh balqis
Post a Comment